1. Bila mana bermusafir, selalunya aku akan cuba berbual dgn masyarakat setempat yg aku jmpa.
2. Tertakluk pada duit dan masa, aku cuba utk melihat alam sekitar,
قُلْ سِيرُوا فِي الْأَرْضِ فَانْظُرُوا كَيْفَ بَدَأَ الْخَلْقَ ۚ ثُمَّ اللَّهُ يُنْشِئُ النَّشْأَةَ الْآخِرَةَ ۚ إِنَّ اللَّهَ عَلَىٰ كُلِّ شَيْءٍ قَدِيرٌ
(29:20)
3. Alhamdulillah, sempat aku sewa kereta ke "Old-old Dubai". Notice the double old kat situ. Utk ke situ, kene naik bot tongkang.
4. Dekat sini, lebih 90% adalah foreigners. Mereka jadi pekerja membekalkan barang-barang ke Old Dubai dan New Dubai. Majoriti drp negara india, pakistan, bangladesh, sri lanka, philipina dan etc.
5. Sepanjang tempoh berbual tu, rata-rata mereka sebaya aku, 40ish. Dah lebih 15 tahun kerja. Kerja 6/7 hari seminggu, setahun sekali balik tengok anak dan isteri. Di negara orang, mereka sewa 1bilik dgn basic katil, toilet dan dapur share ramai-ramai.
6. Bila di tanya, ada yang dah berjaya beli tanah, buat rumah, hantar anak ke universiti. Plan mereka dalam 2 - 3 tahun lagi, cukuplah. Nak balik dah. Apa sgt nak dikejarkan.
7. Mereka ni manusia, ada yang baik, ada yang tak berapa nak baik. Mereka rindu pada anak-anak mereka. Musa ni, walaupun english dia jauh ke laut dalam (bahasa melayu pun dia masih huru-hara), dia nampak yakin menegur pakcik-pakcik lain bangsa. Mereka melayan musa. Ada yg bagi syiling, ada yang bagi hadiah. Deep down, aku rasa mereka rindu keluarga mereka.
8. Tertarik dgn pakcik ni, drp masa menunggu bot, masa atas bot, zikir tak putus di mulut. Rasanya, doa dan zikir inilah antara punca negara ini almost zero kes kecurian...





.jpg)

