The Unpredictable Life

The Unpredictable Life
Indah~

Saturday, December 7, 2019

Sepucuk surat

1. Percaya atau tidak, satu ketika dahulu, ada satu budaya bawak surat sokongan bertanda tangan individu tertentu, sewaktu pergi interview kerja. Mungkin ada lagi sekarang? Only God knows...

2. Selalunya, bukan semua, calon yang nak interview ni xlayak pon utk jawatan tersebut. Mengakibatkan dalam masa 2 or 3 tahun, either prestasi tempat kerja merudum, or calon berhenti kerja sebab stress melampau (pelbagai faktor).

3. The thing is, if it is too easy, no appreciation from both parties (yang kerja dan yang memberi kerja) is involved. Instead of sekeping surat bertanda tangan, kenapa kita tak mantapkan skills (education dan attitudes) utk kerja yang di cari, atau ilmu yang di tuntut (bagi sapa yang nak masuk university).

4. If we think this budaya bawak surat is betul, dan accepted logically, tibalah masa kita revolutionised kan ia, "bawa surat bersama mayat", dengan tajuk "Si polan dulu baik orangnya, xperlu hisab, saya yang mengesahkan...". We should!!!


Thai Cave Rescue



1. Nak di jadikan cerita, baby carrier Maryam tertinggal di nursery. Bini pulak kerja. Super malas nak keluar. Marathon Netflix la jawabnya. Antara cerita yang menarik dan banyak pengajaran adalah Thai Cave Rescue (documentary) dan World War Z.

2. Dalam documentary, di ceritakan mcm mana proses menyelamat bermula drp hari pertama sampai hari ke 14.

3. Siapa sangka, antara benda pertama yang membantu proses adalah lakaran lukisan gua (structure view) oleh ahli akademik dari tahun 1980-an.

4. Aku baru paham kenapa doktor dalam askar kene menjalani latihan ketenteraan fizikal. Tanpa latihan fizikal, mustahil untuk doktor menyelam masuk dalam gua, dan doktor adalah orang terakhir utk keluar drp gua lepas budak budak di keluarkan.

5. Pakar selaman gua dalam dunia ni ada tak lebih 100. Salah seorang pakar, waktu dia tiba, beliau menceritakan dia nampak manusia macam semut di kawasan kejadian. Mcm menyerabutkan suasana. Selepas di beri penerangan, beliau paham actually, it was a controlled and well planned system; ada yang merayau atas bukit utk cari jalan masuk lain, ada engineers utk plan salirkan air keluar, medic team utk rawat volunteers yang buat kerja, dll.

6. Salah seorang pakar diver komen, kalau ikut logic adalah sgt bahaya untuk decided keluarkan mangsa dengan menyelam bersama sama. Tapi keputusan di buat juga. In the end, that was the best decision! Sebab, mereka mesyuarat sebelum decide. Setiap masterminds menyuarakan pendapat baik buruk masing-masing, setelah keputusan di buat, semua akur! Bukan komen kot belakang kata, "kan aku dah cakap!" Or "actually aku tak setuju ni."

7. Setiap orang akan rasa mereka paling banyak menyumbang. Sebenarnya, mereka salah! Setiap yang ada sama banyak menyumbang. Drp diver yang first cari jalan, doktor yang merawat, doktor yang bagi ketamine pada mangsa utk tenang, SEAL diver yang mati sebab bagi tong oxygen, datuk bandar yang berani decided/signed arahan bahaya proses menyelamat, hatta tukang urut yang datang urut volunteers yg penat.

8. May we learn something from these. Sebenarnya, cabang ilmu/kerja banyak, dan setiap satu boleh jadi peluang untuk kita menyumbang pada masyarakat (dan asbab masuk syurga). Janganlah kita terlalu cepat decide kan utk anak anak kita, "kak long bila besar nnt jadi... nnt sejuk perut ibu mengandung." Nak sejuk minum/letak air batu la! Nak kaya bukak pusat rawatan elektrik pastu claim neurologist!

9. Let them decide, based on their capabilities dan peluang. Jangan lah kita sertakan hidup mereka dengan surat sokongan drp ahli politik....


Wednesday, December 4, 2019

Berjalan

Kemahiran Berjalan...

1. Sedar atau tidak, berjalan kaki sangat sukar. Ambil contoh Maryam, dah masuk 11 bulan, masih meniti untuk bangun dan stabilkan diri. Part jatuh terhempas tu tak payah cite la.

2. Long time back, I had this incident. An incident that made me appreciate life, loneliness and walking.

3. Nak dijadikan cerita, tahun 1999, I had an accident. I broke my leg and fractured both arms. Bukan itu points dia. Yang nak cerita adalah, I was bedridden for quite sometimes and xboleh jalan jugak utk more than 6 months.

4. Selepas seketika berbaring, nak duduk adalah suatu masalah besar. Felt like xbalance, dan asyik nak jatuh. It took me a lot of time, practices and motivation just utk duduk tercongok atas tilam.

5. Lepas tu nak jalan. Masha Allah, astaghfirullah! Dengan xbalance bila berdiri, xtau nak langkah besar mana, bila nak switch kaki masa melangkah, dan xpercaya dengan kekuatan kaki. I was struggling! I think they have these terms and explanations medically. They are Sciences and parts of the process. But i had those difficulties.

6. Bagi sapa yang sihat, they will less appreciate kebolehan berjalan ni. Sebab mereka lupa masa kecik dulu, macamana susahnya proses nak jalan. Mereka akan lebih appreciate kalau mereka sakit dan sembuh. Mereka paling appreciate bila mereka sakit dan tak sembuh sembuh!

7. Tak payah la tunggu no.6 untuk rasa bersyukur sahabat sahabat!

About Me

My photo
"Kadang-kadang, aku rasakan hidup aku terlalu menarik, sehinggakan bila masa berlalu, ingin saja aku kembali"