The Unpredictable Life

The Unpredictable Life
Indah~

Wednesday, June 16, 2010

برك الله


We're here on this special day,
Our hearts are fulled of pleasure,
A day that brings the two of you,
Close together,
We're gathered here to celebrate,
A moment you always treasure,
We ask Allah to make Your Love,
Last forever,
Let's raise our hands and make du'a,
Like the prophet taught us,
and with one voice let's all say..say..say..

2X...برك الله لكما وبرك عليكما وجمع بينكما في خير


Lagu ini dinyanyikan oleh Maher Zain,
Amat menarik lagu ini, selain daripada membantu
kita menghafal doa secara sepontan, kita sedikit sebanyak
mendoakan sahabat-sahabat kita yang mendirikan rumah tangga.

Tahniah, sekali lagi!

Sunday, June 13, 2010

Setahun sahaja lagi~


Sedar tak sedar, dah 3 tahun aku berada di Tulsa University,
Masih ada sisa setahun sebelum semuanya berakhir,
Titik perubahan daripada pelajar kepada pekerja.
Sebenarnya, sebagai pekerja juga adalah pelajar.

Semuanya seolah-olah masih segar dalam ingatan aku,
basahnya amatlah segar seperti embun di pagi hari,
Bagaimana aku meniti hidup di sekolah rendah,
bergelak-ketawa, riang-ria bersama-sama teman,
Kemudian melangkah ke zaman sekolah menengah.

Di era ini, sedikit sebanyak aku belajar erti kehidupan,
mengenal makna hidup dan kawan,
5 tahun berlalu, akhirnya tamat kisah ini,
Namun tetap segar di ingatan.

Setelah itu, aku melangkah ke alam pra-kolej,
Hidup berubah menjadi dewasa, semuanya lain sekali,
Tidak sama seperti sekolah menengah.
2 tahun bergelumang pahit maung itu, sekali lagi kejayaan di pengakhiran,

Hidup di University memang mencabar,
Hidup memang bebas, namun kesan dan akibat juga bebas,
sedar tak sedar tinggal setahun sahaja lagi.

Kini, setahun yang terakhir, aku termenung,
Hati merasakan amat kosong,
Hidup keseorangan dan ketakutan,
Takut merindui kenangan lalu,
Dengan sisa yang masih ada,
aku cuba untuk menjadikan tahun terakhir yang terbaik,
baik dari segi pelajaran mahupun pergaulan,
namun dari segi apakah ukuran terbaik itu,
kalau menurut hati mana bisa mungkin puas,
menurut orang pun mana bisa terturut,
entahlah, tunggu dan lihat sahaja.

Hati sering merancang dengan yang terbaik,
Namun nafsu meratah habis di tengah perjalanan,
Namun hati tak pernah puas dengan perancangan,
Malangnya nafsu juga begitu.

Tak mengapa, hati akan terus,
terus merancang yang terbaik untuk tahun terakhir,
Semoga Pencipta hati dan nafsu membantu,
Membimbing hati dengan Rahmat!

Saturday, June 5, 2010

Senaman 30 minit, setiap hari...!


Berjalan-jalan mengelilingi taman selama 30 minit,
Dengan hanya berjalan sambil pergerakkan ringan tangan,
Untuk kurus? Naahh! Mungkin Tidak!
Bagi sesiapa yang pernah buat benda yang sama pasti tahu,
Peluh yang terhasil tidaklah banyak,
menghampiri tiada langsung!

Tetapi...Inilah yang aku buat sejak minggu lepas,
setiap hari selama 30 minit.
Tujuannya sebenarnya untuk kurangkan tekanan,
Apa yang tersimpul dan berbelit di dalam kepala,
Walaupun tidaklah banyak ataupun berat,
adalah baik untuk kita rungkaikan,
Sepanjang aku berjalan,
ia seolah-olah gas yang mengalir keluar dari paip,
amat bagus!

Selain daripada itu,
Ia juga dapat membuatkan darah dalam badan mengalir lancar,
Membakar kalori dan lemak di dalam badan,
walaupun tidaklah banyak,
Tapi sekurang-kurangnya ada usaha cara hidup sihat.

Aku cuba, dan sebenarnya masih lagi mencuba,
untuk menjadikan amalan ini sebagai amalan harian,
InsyaAllah, jikalau ini berterusan sampai ke akhir hayat,
pasti, dengan izin-Nya hidup terhindar daripada penyakit jantung mahupun darah tinggi.

Tambahan pula, jika ia berterusan,
Maksudku jika amalan ini berterusan,
Ini dapat mendisiplinkan hidupku, sedikit sebanyak,
hidup penuh disiplin mematangkan pemikiran, tingkah laku dan kata-kata,
Satu lagi usaha yang aku lakukan untuk menjadi lebih baik daripada semalam.

Tadi, selesai bersenam, aku menimbang berat badan,
158 lbs! Kepala berpusing ligat memikirkan tinggi aku,
dengan pantas aku google Body Mass Index,
Ohh tidak, 26.4, ini menunjukkan aku lebih berat badan!
Rasanya baru minggu lepas BMI aku 24,
Inilah bahana apabila makan terlampau banyak!
Azam untuk esok adalah cuba mengawal makanan harian.

About Me

My photo
"Kadang-kadang, aku rasakan hidup aku terlalu menarik, sehinggakan bila masa berlalu, ingin saja aku kembali"