The Unpredictable Life

The Unpredictable Life
Indah~

Tuesday, March 30, 2021

Hujan Rahmat




1. Hujan tgh lebat. Aku pulak demam. 


2. Cikgu dan ustaz ajar dulu, kalau hujan lebat, doa makbul. Aku pernah tanya cikgu/ustaz dulu, ada dalil tak? Kene luku, sambil hadith diberi. Mmg ada bukti. 


3. Ya Allah, jadikanlah aku bijaksana dan jadikanlah aku jutawan. Berikanlah aku kesihatan yang baik, dan ketenangan hati. 


Fajarimi 

30032021

Sunday, March 21, 2021

Coretan Ringkas 

 



1. Ada satu ketika tu, waktu mula-mula hantar Aisyah ke play school,  Aisyah selalu menangis. Paham je, budak takut-takut dan tempat baru. 


2. Setelah seketika, drama tangisan masih ada (standard la tu) tapi masa amik balik, aku perasan something is off. Aisyah kekadang takut, kekadang happy. 


3. So, kami laki bini discuss solusi. Cuba tanya Aisyah apa jadi, tapi jawapan budak 4tahun ni lagi payah drp soalan spm 2004. Bini dapat idea, 'sapa cikgu yg paling Aisyah suka?'. Cikgu-Z! 


4. Esoknya, kami pergi ke sekolah, cakap dengan Cikgu-Z. Bagi tahu dia, please no matter what, Cikgu-Z tolong amik alih jaga Aisyah. Ni hanya utk sementara je. Sebabnya, mcm ada benda xkena. Cikgu-Z setuju. Lepas 2 to 3 days, Aisyah makin okay. 


5. Lepas seketika, baru tau apa jadi. Lepas korek sikit-sikit, baru terbukak cite, Cikgu-M garang, style dia, kalau budak menangis or xdengar kata, dia kurung budak dalam store. Budak-budak lain pun kena. Xlama pun, kejap je. Kurang asem betoi cikgu-M, lol. 


6. Last time aku dengar, cikgu-m berhenti/dihentikan, xpasti. Tapi apa-apa hal pun, aku bersyukur xde apa-apa pelik yg jadik. Honestly, aku maafkan cikgu-m, dan doakan agar cikgu-m dirahmati Allah dan diberkati Allah, diberi hidayah. Standard la, orang muda, mungkin baru lagi nak kenal hidup. Kita manusia, tidak lepas dari kesilapan. 


7. Dalam kehidupan, macam macam senantiasa terjadi. Tapi, macam mana kita nak handle? Kita akan buat yang terbaik semampu kita. Ia mungkin xperfect, tapi silalah cuba sedaya mampu. Then, move on je la.... 


Hope for the best, prepare for the worst,pray to Allah.

Saturday, March 20, 2021

COP Session on Kitaran Hidup Lada

 



1. Bermula dengan kudup bunga


2. Bunga mula kembang. Bunga tampak cantik. Nampak kumbang dan lebah kecik start mai. Proses pendebungaan berlaku.


3. Bunga mula kuncup. Jangan sedih lagi.


4. Buah mula terhasil. Awal-awal boleh nampak bunga di hujung lada, seolah-olah tercantum.


5. Bunga start gugur, tinggal lada kecik.


6. Lada mula membesar, cukup masa kaler akan berubah, dan sedia utk dimakan.


Begitulah juga hidup manusia ni, waktu tengah 'berbunga', nampak cantik tapi sekadar utk dilihat. Apabila 'bunga layu', hilang seri dan gah, tapi jangan sedih. 

Beliau hanya bermanfaat pada yang lain setelah proses bunga gugur dan buah pun terhasil. Eh, ke situ pulak!!?


Apa apa pun, bersabarlah dalam kehidupan, sekian terima kasih.


Penanam Lada Sambilan

Friday, March 19, 2021

Watch for Me on the Mountain

 


Old and Alone 

 



1. One day, on a very fine day, when you are old and alone, when you forget almost everything including yourself, what will you do? 


2. By experiences, briefly by watching my dad, well... he forgot everything...except; 


3. Occasionally he asked what time was it so that he could send his kids to schools or pick them up. He asked for the spare coins to be given to the kids for lunch. 


4. Sometimes, when old friends visited, he quickly recognised them. Conversations would be based on what he liked in the past. Smiling and laughing for the stupid jokes. 


If we live long enough, we will be there...

Sunday, March 14, 2021

Sakit

 Sakit... 


1. Ni first time Appa xsihat. Selalunya, sebelum subuh aku bangun, aku bukak sangkar dan main dengan dia kejap. Tapi pagi tadi, aku malas. Bini aku yg bukak sangkar dan Appa main sorang-sorang. 


2. Tetiba dalam toilet, dengar beliau muntah. Sikit je, tapi lepas tu dia jadi sgt pasif dan xnak bergerak. Sampai jam 10 pagi, Appa tergolek xnak makan. Bila aku pegang badan sgt panas. Amik pelajaran Aisyah-Maryam demam, aku mandikan Appa dan keringkan balik. Temperature stabil sikit. Barulah ada bunyi meow jarang-jarang. 


3. Bawak ke klinik. Tapi line beratur masyaAllah! Dua jam lebih baru boleh jumpa doktor. Doktor suspect keracunan makanan. Suntik antibiotic, bagi charcoal dan iv-drip. Bayaran, masyaAllah! Semoga Allah kayakan aku cepat. 


4. Jam 9 mlm, Appa masih belum makan. Amik kibble rendam dalam air, pastu suap satu-satu. Haih. Dulu aku pernah sembang dengan bini aku; 

"Appa ni kita bela elok-elok, agak dah besar, kita jual! Dapat la duit. Kaya kita".

Namun, aku rasa itu lah namanya sembang kencang semata-mata. Appa sakit rasa mcm Aisyah-Maryam yg demam. Apatah nak jual. 


Malam nnt kita bangun cek lagi Appa mcm mana ye, kata aku pada isteri...


Thursday, March 4, 2021

Shrink

 Shrink 


1. Sebelum ni, pendedahan aku pasal shrink adalah melalui movies dan series. Seterusnya, makin meniti dewasa, ada few of my friends kene pergi jumpa psychiatrists (adalah kisah-kisah mereka tu). Honestly speaking, sebelum ni persepsi aku pasal psy ni neutral. Tapi aku tau majority masyarakat kita menganggap psy ni issue taboo dan something to avoid. 


2. Recently, dek terlalu banyak masalah melanda secara melampau, aku bersuara pada few people, termasuklah colleagues dan bosses. Alhamdulillah, company kitorg ada menyediakan so called khidmat kaunseling dan sokongan (alaa, mcm sekolah tu). They suggested me to call them (employees assistant programme). 


3. Walaupun a bit skeptical, aku call juga (standard la, benda baru mmg camtu). Sesi dia bermula dengan suai kenal, dia tanya pasal aku, aku tanya pasal dia. Waktu aku tanya dia tu, aku tanya sebanyak mungkin (sesuai dengan keadaan laa). Agak aku dah puas hati, baru proceed dengan proses seterusnya, yang mana aku bercerita dan dia mendengar, dia cakap pendapat dia yg neutral, choices yg ada, aku cakap pendapat aku and so on. 


4. Dalam sejam setengah, sesi abis. Bini aku tanya, apa komen aku. Aku cakap, aku rasa cam xde beza je.... 


5. Seterusnya... aku rasa sgt penat dan lapar. Malam tu, for the first time in forever, aku dapat tido dengan tenang. No more mimpi yang bukan-bukan, waktu tido xde pikiran dan perasaan xbest. 


6. Alhamdulillah,  aku dikurniakan company yang bagus. Selepas seketika, direct bosses aku ajak slow talk, try to understand what happened. Two of them book their time, ajak jumpa physically dekat satu tempat (mengikut SOP). Aku bercerita apa yang aku rasa dan alami pada mereka, dan mereka menyuarakan pendapat mereka secara neutral dan options pertolongan mereka. Again, abis sesi, bini aku tanya apa komen. Aku cakap, mcm xde beza je... 


7. Tapi, esoknya aku start bukak laptop dengan sedikit keriangan. Benda xsetel 100%, tapi aku discuss technically dengan colleagues dengan ketawa, it had been a while since that happened. 


8. In summary, kita kalau ada masalah, kita xleh simpan sorang. Kita kene cari proper channels and seek help. Even kalau xjumpa channels pun, kita kene mtk pendapat kawan sekeliling kita, discuss dengan isteri atau adik beradik. Agak payah sgt, discuss dengan parents, mana-mana jelah. Masalah xkan settle, tapi otak kita makin 'luas', dan kita akan ada byk options utk settlekan masalah. 


9. Solat sunat hajat, istikharah kene buat. Sebab hebat mcm mana pun kita, status kita hamba (lagu WALI band). So, sedarlah diri. 

"Dan barangsiapa yang bertawakal kepada Allah niscaya Allah akan mencukupkan (keperluan)nya" (65:3). 


Semoga Allah membantu kita semua, diatas segala masalah yg kita hadapi. Ameen.



First Day of School 

 



1. Anak, semoga menjadi orang yang 'berjaya'. 


2. Definisi 'berjaya' bagi abah adalah; Pertama, cuba sedaya-upaya untuk tidak menyusahkan orang lain. Kedua, memberi manfaat pada orang lain. 


3. Semoga Allah merahmati kamu dan semua rakan-rakan mu!

About Me

My photo
"Kadang-kadang, aku rasakan hidup aku terlalu menarik, sehinggakan bila masa berlalu, ingin saja aku kembali"