Umrah Koboi
1. Tempoh hari, ada business trip ke arab saudi.
2. Dah alang-alang kat sana, aku amik kesempatan utk buat umrah terus. Ini umrah kali pertama dlm hidup, alhamdulillah...
3. Cabarannya adalah masa yg sgt limited. Aku ada buffer time kurang 10 jam utk buat 4 rukun wajib umrah. Tak boleh nak extend the stay, sebab lepas business trip aku, wife aku pula on call.
4. Tiga minggu sebelum pergi, benda yang dibuat adalah study dalam buku, bincang tips drp org yang dah pergi, baca blogs dan study maps google. Ulang-ulang sampai hari last.
5. Beberapa orang bagi nasihat, sebelum pergi, ikhlaskan hati dan buka/lapang kan dada, selalunya akan ada ujian yg Allah bagi.
6. Antara ujian aku alami adalah, entah mcm mana, hotel aku double book, double charges tapi dpt satu bilik. Puas hantar email dgn bukti hitam putih, tapi pihak hotel berkeras kata mereka x salah. 4k juga tu (utk yg unnecessary charge) . Selepas sekian lama, nasihat isteri adalah utk berlapang dada. Bayar je la, dah usaha, doa dan tawakal je la. Yang ni kita cite lain kali, insyaAllah.
7. Sampai-sampai, sangkut dekat imigresen dan bag saja nak dekat 2 jam. Tak taulah salah sapa, tapi geng arab ni main potong lines, blur jap aku. Nasib baik aku x beli speed train yg kol 730 tu. Confirm melepas.
8. Utk pengetahuan umum, org arab ni dia tak mengutamakan english sgt. Seingat aku, sepanjang aku duk sana, aku cakap kelantan dan juga cakap arab fushah (pmr dan tingkatan 4, terima kasih ustazah!!!).
Ada satu scene tu dekat Dammam, nak pergi hotel, mamat arab tu sesat.
Aku duk cakap straight and right, dia duk pusing block dah dua kali. Sekali aku teringat, "ihdinasiratol mustaqim, wa, yamin...". Driver dan kawan aku gelak, tapi sampai!
9. Sambung masa dekat mekah. Mamat arab rata-rata spesen je, ada baik dan ada yg tak berapa baik. Yang x baik adalah, mereka bawak kereta laju gila, 140 km/hr, sambil taip mesej, stereng pegang pakai lutut.
10. Yang baiknya, kalau kita cakap dgn mereka guna broken arab, mereka tolong sungguh sungguh. Ada scene tu, aku cuba nego nak naik teksi, drp 200, dapat 150, ala tour (slang ni legend, lol). Aku tanya, aku ada 200, kau ada balance tak 50?
Hal endaka nuqud, soghiran...lol. Dia amik 50 letak dalam poket aku, walaupun bag tak angkat lagi masuk kereta.
11. Mamat arab tu tanya, sorang je ke, first time ke? Aku jawab, naam. Dia bawa aku jalan mana tah, siap lawan arus bas lagi, sampai dekat tangga, dia cakap, naik je. Aku naik atas, terus pintu mataf. Masa tu masih awal pagi.
12. Buat tawaf, saie, solat Jumaat, tahalul, tengok bukit, jalan-jalan dekat maktabah dan sekitar luar kaabah, masuk pekan kecil, terus amik teksi balik ke Jeddah sebelum ke Dammam.
13. Penat ya amat. Benarlah kata sahabat, umrah dan haji ni, kalau possible, cuba pergi buat masa muda. Sebab mmg memerlukan qudrat. Pasal umrah pula, sebenarnya, kalau kita buat yg wajib sahaja tanpa ziarah dan yang lain, kos nya insyaAllah affordable dan masa tak perlu lama pun (dalan 3 hari, termasuk flights).
Semoga Allah bagi peluang pada anda semua, insyaAllah, ameen.
