The Unpredictable Life

The Unpredictable Life
Indah~

Sunday, November 28, 2021

When you are older

 This will all make sense when I am older

Someday, I will see that this makes sense

One day, when I'm old and wise

I'll think back and realize

That these were all completely normal events

Ah!


I'll have all the answers when I'm older

Like why we're in this dark enchanted wood

I know in a couple years

These will seems like childish fears

And so I know this isn't bad, it's good

Excuse me


Growing up means adapting

Puzzling at your world and your place

When I'm more mature

I'll feel totally secure

Being watched by something

With a creepy, creepy face

Ahh!

Ahh!


See, that will all make sense when I am older

So there's no need to be terrified or tense

I'll just dream about a time

When I'm in my age of prime

'Cause when you're older

Absolutely everything makes sense


This is fine



Starla by Virgoun

 Aku selalu bermimpi tentang

Indah hari tua bersamamu

Tetap cantik rambut panjangmu

Meskipun nanti tak hitam lagi


Bila habis sudah waktu ini

Tak lagi berpijak pada dunia

Telah aku habiskan

Sisa hidupku hanya untukmu



Sunday, November 21, 2021

Kisah Dia #2 

 Kisah Dia #2 


1. Berbual dengan golongan junior yg masih belajar University.  Sample size 2 orang je (adik aku), so tak wholly. Tapi aku pukul rata je la. 


2. Ada yang dah start giving up study, rasa malas sangat nak buat assignments dan fed-up dengan students' routines. 


3. Multiply that feeling bila tengok ada antara kawan yang habis study degree awal, ada yg lepas spm tak sambung dah, ada yang abis diploma dah, mereka semua dah start kerja, ada yang dah mampu beli motor atau hire-purchase kereta. Ada yang dah mula berkeluarga. Makes them thinking 'what is my purpose?'. 


4. First of all, kudos to those who reach-out and ask help! You are doing the right thing. Not so many have that courage, and I encourage others to do so. 


5. Secondly, isu conflict dalaman ni bukan isu asing. Aku dulu pun alami benda sama. Aku ingat lagi, aku spent quite some times duk discuss/talking verbally dengan student's advisor aku. Tanya macam-macam. Dia layan je. Kadang-kadang, all we need is people to listen. Alhamdulillah, Allah kurniakan orang yang baik sekeliling aku. Time to pay forward. 


6. Thirdly, kita kene ingat, jalan cerita orang tak sama dengan kita. Rezeki orang lain-lain. Kita boleh tengok utk jadikan panduan, tapi kene latih diri utk belajar bersyukur dengan apa yang ada. Allah bagi lebih kat sini, kurang kat sana. Dia kan maha adil. 


7. Last but not least, antara faktor dalam inner conflict ni, aku rasa, sebab keadaan sekarang ni. Tak jumpa orang sangat, tak jumpa kawan-kawan, lecturers pun kot video conferences je, rasa berserabut. So, cubalah utk lebih berinteraksi. Jagalah SOP. 


P/s: Actually, conflict dalaman ni dia dtg on and off. Tak semestinya students, aku yang dah kerja ni pun selalu jugak kene hadap. Be prepared ye adik-adik.



Saturday, November 20, 2021

Kisah Dia #1

 Kisah dia #1 


1. Panggil plumber utk pasang paip kat singki. Beliau orang Bangladesh. Sambil buat kerja, beliau bercerita. 


2. Dah 14 tahun dia berkerja di Malaysia. Tahun 2008 dia datang, dia jadi tukang kebun dekat sebuah University tempatan. Gaji 800 to 900. Kerja selama 3 tahun. 


3. Lepas tu, dia join kerja plumbing. Initially, dia xpernah buat pun kerja plumbing ni, seorang senior indonesia yg byk ajar dia. 


4. Sepanjang dia kerja skang ni, dia selalu hantar duit balik rumah. Alhamdulillah, dia berjaya bina 1 rumah; 3 bilik dan 2 bilik air di Bangladesh.  Recently,  dia hantar 6k balik kampung utk adik perempuan dia kawen. 


5. Kata beliau lagi, tahun depan dia dah nak balik for good dah. Dah ada modal sikit, dia nak bukak kedai baju kat kampung dia. Backup plan, kalau yang tu tak jadi,  dia nak bukak kedai plumbing. Kemahiran dah ada, tapi modal tak cukup lagi. 


Surprisingly, umur dia baru 33. Kisah insan yg sgt inspiring dan bermatlamat. 


P/s: Ini bukan beliau, tapi adik saya.




Wednesday, November 10, 2021

Ikan Sardin

 Ikan Sardin 


1. Dulu, masa kecik-kecik, antara lauk yg selalu ada kat rumah adalah sardin. Sebab satu tin besar ada 2 to 3 ekor, dan harga dia xmahal sgt. 


2. Antara kenangan awal aku ke KL, masa tu form 4, lawatan sekolah. Persatuan apa tah, aku dah lupa dah. Abah aku bagi bekal RM30, backup RM20. Backup tu, kalau terguna, kene justify berserta bukti, lol. 


3. Ada sekali tu bas berhenti utk breakfast dekat kedai mana tah kat area KL. Aku pergi tanya satu-satu harga lauk berapa sebelum makan. Paling terkejut, seketul sardin RM2.50 to RM3. 


4. Aik? Bukan ke setin murah je ke...kata dalam hati je la. Later baru aku tahu sardin ada byk cap, yg cap ayam antara yang mahal. Cap yang mak aku selalu beli tu mmg murah. Lol. Aku pun, amik lauk kerang, sebab kerang paling murah waktu tu. Air order teh o panas. Minum berpeluh-peluh. Lol. 


5. Abis makan, waktu nak bayar, akak tu cakap, ada pakcik dah bayarkan utk satu bas. Lol. Actually, masalah kewangan ni mmg real dikalangan pelajar especially yg dtg daripada kampung. 


6. Pernah ada satu ketika tu, waktu aku, isteri dan Aisyah bercuti kat Langkawi (kali pertama dalam hidup aku sampai bumi Mahsuri). Kami mkn dekat satu kedai masakan thai. Tetiba dtg satu bas sekolah berhenti, sekolah drp Kelantan jugak, lol. 


7. Awal-awal tu, 3 orang cikgu turun nego dengan taukey. Dia cakap ada ## orang nak makan, nasi lauk campur dan air, dengan budget  RM #, apa boleh dapat. Taukey cakap tipis sikit tu, lol. Ibrah daripada kisah lama aku, pelan-pelan aku approached taukey, cakap bagi 1 lauk, 1 sayur dengan kuah, air bagi je apa yg budak-budak nak, saya bayar. Jgn bagi tau diorg. 


8. Surprisingly, total kalau xsalah around RM400 je. Mungkin taukey pon ada chip in jugak. Waktu aku slow-slow nak blah, sapa tah bocorkan rahsia, satu bas datang kerumun ucap terima kasih. Rasa janggal pulak, lol. My point is, kalau anda mampu, belanja la budak-budak sekolah. InsyaAllah keberkatan tu ada.




Saturday, November 6, 2021

The Lotus Eater

  



1. Dulu, masa dekat sekolah menengah, we were asked to learn literatures. Byk kisah-kisah di pelajari sarat dengan pengajaran. 


2. Antara kisah yang diingati adalah The Lotus Eater. Sebelum ni, xboleh nak paham kenapa seorang pengurus bank di ibu kota London memilih utk melepaskan semua dan hidup simple di ceruk pantai... nnt baca sendiri la cerita dia, penuh tragic ceritanya. 


3. Meniti usia ni, sebenarnya masih belum boleh paham akan sesuatu yang terjadi, tapi start boleh terima, bahawa dalam hidup kita ni ujian datang dalam pelbagai bentuk kepada berlainan manusia. Ada yang handle the problems differently and there is no right or wrong in it. 


4. Cumanya, kita sebagai manusia ni, bila mana ada manusia lain memerlukan bantuan, kita cuba bantu setakat yang kita boleh. Itulah kaedahnya. Jangan pelik bila mana ada sesetengah masalah dicipta bukan utk diselesaikan, tapi utk hidup bersama dengan manusia. Life is a mystery. 


5. Teringat satu babak dalam Infinity War, bila mana Steve Rogers berubah 180. Beliau memilih utk settlekan masalah dengan lebih bijak; dengan akal dan bukan 100% fights. Dan bila mana ada peluang, beliau memilih utk hidup dengan Peggy sampai akhir usia, instead of being the hero. 


I might do the same!


About Me

My photo
"Kadang-kadang, aku rasakan hidup aku terlalu menarik, sehinggakan bila masa berlalu, ingin saja aku kembali"