The Unpredictable Life

The Unpredictable Life
Indah~

Sunday, February 19, 2023

Liku Cerita Sebelum Jadi Jutawan (ameen)...

 




1. 0530 aku bangun prepare apa yg patut, sambil bersahur. Niat nak puasa sunat Senin. Puasa sunat ni, selain drp dpt menjimatkan duit, dia juga dapat menjimatkan duit, gaji sikit lagi nak masuk ni, lol!

2. Around 0600, aku kejut Aisyah utk mandi dan solat. 0630, aku kejut Maryam dan mandikan beliau. 0645 bagi nebulizer pada Musa. Sedar-sedar, kencing bocor atas seluar. Xpe, small matter je ni. Tukar seluar.

3. Kol 0705, masa dlm lift, Musa berak bocor pulak. Bahagi dua, aku bawa Musa ke atas utk cuci, wife bawa anak ke kereta dan tunggu dekat lobby. Bila settle, Aisyah aku amik, dynamic duo Musa-Maryam isteri amik. Hantar ke sekolah.

4. 0730 to 0740 aku rang bell dekat sekolah Aisyah. Xde orang. Bila call, cikgu cakap dia lambat sikit hari ni. Ada emergency. Tetiba aku dapat call, isteri dan dynamic duo dah otw ke hospital. Sekolah depa pun tutup hari ni. Isteri terpaksa gerak dulu sebab ada hal penting kat hospital hari ni. 

5. Tak sanggup tunggu, dgn pantas aku and Aisyah balik, tukar kereta dan ke hospital utk amik anak, sampai hospital dah kol 0900 dah. Call adik (cikgu) nak mtk tolong jaga anak, adik aku cakap anak dia pun akan ikut dia sekolah, sebab ada hal.

6. Tengok jam dah 0930, message boss,

 "sukar utk di terangkan, tapi saya EL boss." 

Boss memahami, beliau replied, 
"Noted. Hopefully everything is okay". 

I am signing off for today, with style. Sahaja aku, makan 2biji roti canai, kerana Allah taala.


Tuesday, February 14, 2023

Banana's Bros

 


Outing

 

Baru balik outing KMB.
Cari ubat gigi.

Syurahbil terlupa beg, tinggal di stesyen bas.

Foe vs friend

 1. Indeed, last week was a hectic one. Drp N9 balik ke Kelantan. Mak had an operation.

2. Alhamdulillah, everything was fine. InsyaAllah post recovery pun okay.
3. Sepanjang jadi penunggu katil, sempat la berjumpa sahabat sahabat lama; drp zaman sekolah rendah, sekolah menengah dan kmb.
4. Terasa sangat tua, sebab bila tengok muka masing-masing, nampak tua nak mampus. Aku pun mcm tu la gamaknya.
5. May Allah bless all of us with health, baraqah and berkat dalam hidup masing-masing. Ameen.







Ibrah Peristiwa Kesakitan

 Ibrah Peristiwa Kesakitan

1. Sepanjang tempoh menjadi penunggu katil, agak byk pengajaran yang diambil.
2. Sakit tidak kenal usia. Ada patient tu umur 80tahun, chinese lady. Ada katil hujung tu, a lady around 50ish, peneman dia adalah husband dia. Ada satu tu budak sekolah menengah, peneman dia silih ganti tak mak dia, kakak dia. Ada satu tu, mangsa kemalangan rasanya, kedua kaki patah, sebelah tempurung kepala telah dibuang. Jarang-jarang anak dia dtg jadi peneman.
3. Extended lessons from no.2 adalah who are your partners/family members. They will be with you through thick and thin.
4. Waktu sakit ni, byk nak pakai duit. Stokin nak pakai waktu bedah tu dah rm70. Parking kereta 3 hari dah rm70. Yang penjaga pun nak makan juga, minum juga, duit tu. Tak masuk cost sampingan lagi. Orang cakap, sediakan payung sebelum hujan.
May Allah guides us all.



Pay It Forward

 


1. Waktu aku kecik dulu, byk ocassion, secara tiba-tiba, ada orang tak kenal bagi hadiah duit. Tak byk pun, RM2, RM5, RM10, RM20. Speechless, tapi amik. Lol.
2. Waktu aku sekolah menengah, ada occassions buku aku hilang, seluar hilang, nak dekat raya, ada cikgu yang bagi hadiah duit. Again, aku amik.
3. Masa aku belajar uni dulu, masa summer breaks, pernah aku naik motor terlanggar kereta makcik ni. Makcik ni turun, tanpa byk songeh, dia bagi duit RM100 suruh pergi klinik. Again, aku amik.
4. Masa aku kerja pun pernah. Masa makan lunch, waktu nak bayar, tetiba akak cakap dah ada orang bayar. Korek punya korek, sekali tahu yang bayarkan tu adalah abang jual ikan kedai sebelah. Dan byk lagi occassions lain.
5. Utk # 1-3, mmg aku bersyukur sgt. Mmg aku doakan tak putus kepada pemberi semoga Allah balas kesihatan, rezeki murah dan sebagainya. Maklumlah, mmg takde duit. Bila dapat duit, guna utk buat bayar apa yang patut. Utk no 4 aku doa juga, tapi more to rasa malu dan kagum dgn manusia. Pendapatan mereka tak seberapa, tapi cuba berbuat baik.
5. Sekarang aku cuba praktikkan benda sama. Kalau aku jumpa budak nak beli ice cream atau gula-gula, aku belanja/hadiah kan mereka. Kadang-kadang kalau dekat klinik aku jumpa orang eksiden motor, cedera jatuh bukit, kalau aku nampak mereka ni orang tua atau students, aku cuba utk cover cost belanja mereka. Akak counter pulak byk tanya, siapa dia kepada awak? Awk ke yg langgar dia? Kenapa nak tolong bayar? Kita nak tolong senyap-senyap, swipe je la kad ni kak. Lol!
6. Buat mcm ni bukan sebab kaya sangat, tapi more to rasa bersyukur, dan pay it forward. Cuba utk buat walaupun for the next days/weeks aku end up puasa sunat setiap hari. Lol.
“A society grows great when old men plant trees in whose shade they shall never sit.” — Greek Proverb.

Musa

 1. Musa demam. Awal plan cuba utk WFH. Tapi bak bait dalam satu lagu tu, ‘haaaraaapan setinggi gunung, berderai menjadi debu…’

2. Start dgn hantar Aisyah sambal bawa Musa dalam car seat. Otw balik, menangis, terpaksa park tepi utk suap susu.
3. Sampai rumah, berperang nak bagi ubat. 2 kali attempts, sebab first attempt berakhir ke lantai. Beliau pandai ludah dah sekarang.
4. Plan asal nak mandikan lambat sikit, terpaksa revise plan sebab cirit pula. Lepas sesi urus diri, bukak Youtube, tabur segala jenis mainan atas lantai, buka laptop utk hantar email pada bosses.
5. Selepas seketika, melalut kepada bahan bacaan ‘why analgesics, antihistamines and decongestants not for babies’, ‘cryogenic chambers for babies’, ‘wake the babies up when the September ends’, etc. Lol. Baca je, okay! Lol.
6. Dah, beliau lapar susu dan nak dukung pulak.
Q: What makes a great life?
A: Do you know what success is?
Success is when your children, want to be with you when they are adults.
How many people can have all of things, and their kids do nit come home for the holidays.
I’ve been called asshole, dogshit my whole life,
The most cool thing, I’ve been called in my entire life, is Dad!



About Me

My photo
"Kadang-kadang, aku rasakan hidup aku terlalu menarik, sehinggakan bila masa berlalu, ingin saja aku kembali"