Menghabiskan masa sebelum tidur,
Baru sahaja mengikuti malam pertama kursus Petronas yang masih berbaki 13 hari,
Teman yang lain keluar menikmati malam bersama-sama,
Dan aku menolak dengan alasan mahu tidur awal~
Sedar atau pun tidak, masa 4 tahun yang lalu telah menjadi sejarah,
Peristiwa belajar di bumi Amerika sudah berlalu, kini,
Aku bergelar pekerja Petronas berjawatan eksekutif,
Sebentar tadi aku menitip,
Gambar wajah-wajah sahabat tahun ke 5 pelajar perubatan,
Sayu dan sepi terbit dalam hati dan diri,
Tiada apa yang di kesali~ Allah ada jalan tersendiri~
Hidup tidak pernah terduga, dengan segala kejutan dan juga cabaran,
Hidup tidak pernah terduga, dengan segala kejutan dan juga cabaran,Kini aku bergelar penduduk kota, yang dahulu aku cukup takut untuk hidup di sini,
Namun kini aku seolah-olah kanak-kanak yang membesar di celah arus modenisasi,
Semoga di waktu yang ditetapkan,
Aku diberikan peluang untuk hidup bersamamu~
Salam rindu padamu Teman di Ireland~

