Thursday, June 4, 2020
Bahagia yang Tersembunyi
1. Geng prsb ni, hari jumaat makan di food court dekat uniten. Makanan sedap, harga murah, paling penting jarak dekat dengan masjid.
2. Ada sekali tu, meja penuh, aku main taram je duduk dengan sekumpulan brothers ni. Kami bersuai kenal. Alkisahnya, diorang kerja felda, office belakang prsb. Since diorg ramai, byk soalan mereka tanya aku dan aku layan je jawab setakat aku tahu.
3. Antara points mereka, untung kerja oil and gas ni, petronas pulak tu...gaji mahal. Bahagia hidup. Itu kata mereka la... aku cuba explain few things sesimple mungkin, sambil senyum, maklumla, azan lagi 10 minute.
4. Selesai makan, aku solat. Sebelum masuk office balik, aku muhasabah diri. Bahagiakah kami (aku)?
5. Masa form 5, hidup penuh tekanan. Dengan study dan latihan, sebab nak score spm. Setiap hari, bermula Jan sampai bulan spm, aku tidur tepat 1115 malam, bangun pukul 5am. Nak dijadikan cite, spm lepas raya. Banyak masa cuti balik kampung, aku spent masa study dan buat latihan.
6. Dekat kmb, lagi horrible gila. Dah la di momokkan dengan cost IB yg mahal, kalau xlepas kene bayar balik berserta pakej malu, bahasa inggeris aku personally waktu tu mcm harem, walhal 90% komunikasi disekolah adalah bahasa inggeris. Byk masa weekends, even cuti, xbalik kampung, spent dekat asrama membaca buku.
7. Dekat uni, dengan puasa dan raya di perantauan. Parents eksiden xboleh balik. Kalau sekarang majority kita sedih sebab raya tahun ni xboleh balik sebab mco, aku telah melaluinya sejak 2008 lagi. Lagi teruk sebab ada masa xleh g solat raya sebab clashed dengan kelas dan quizzes. Melayu waktu tu ada la 6 to 7 kerat. Lepas abis uni, kahwin pulak dengan doktor. So, raya mmg xbalik sebab isteri kene kerja.
8. Zaman kerja pon sama je. Sebab nak kekalkan quality pekerja, kami diwajibkan exams (acd) setiap tahun. Dia punya feeling dan penat, setiap kali exam, mcm nak mati, tapi setiap tahun. Setiap kali harga minyak drop, tidur malam xlena, sebab duk fikir esok ada kerja ke tak? Sepanjang 9 tahun berkerja ni, dah byk kali aku terpaksa mengucapkan perpisahan pada rakan-rakan yang kehilangan kerja, sambil berdoa keselamatan kerja sendiri.
9. Jom patah balik pada soalan, bahagia kah kami?
Xde jawapan actually, kerja mana mana pun, ada baik dan buruk tersendiri. Ada yang kene berkorban, ada yang kita enjoy. Itulah yang Allah jadikan sebagai ujian dalam dunia ni.
And the worldly life is not but amusement and diversion; but the home of the Hereafter is best for those who fear Allah, so will you not reason? (6:32)
P/s: bak kata member arab aku dulu, kalau kerja semata mata nak kaya dan duit, baik kau jadi pelacur.
Tapi aku lelaki!
Err, then you can sell drugs.
Point noted my friend, jawab aku.
Plumbing job...
1. Sempena MCO ni, antara kerja yang aku turut buat adalah plumbing.
2. Alkisah 2 hari lepas, bill air sampai double the previous values. First, aku check dengan jiran jiran aku. Bill diorg okay je... Then, aku pusing satu rumah cari punca. Akhirnya aku jumpa, tangki flush bocor.
3. Masalahnya aku xpernah baiki flush jenis push. Semalaman aku study YouTube. Byk orang putih dan chinese yg buat video ajar ilmu ni, melayu xde sgt...points to ponder upon.
4. Pagi tadi, semasa tengah buat uncertainty analysis dengan dr budi, otak aku pikir xlepas pasal flush rosak. Sakit hati sebab bill air rm200, kerana flush bocor...mcm bakar je duit tu.
5. Masa break, berbekalkan ilmu youtube, aku tanggalkan the damage parts, with great difficulties sebab xde pengalaman. Bawak alat ke kedai hardware. 3 kedai aku cari, tapi xde sebab alat ni model lama.
6. Sewaktu berehat tepi kedai, sorang brother datang tanya. Then, dia bagi cadangan; "tengok apa masalah, modify sendiri bang"...tetiba aku dapat idea.
7. Otw balik, aku jumpa tapak kasut tepi jalan, balik ukur size sealer dan potong. Lebihan potongan aku letak dalam floater utk improve daya apungan. Berjaya!!! Alhamdulillah.
8. Kalau abah aku sihat lagi, mesti dia bangga dengan idea bangang aku yang menjadi ni....lol!
Sunat Terawih vs. Exams
1. Bila pikir balik, solat terawih mengejar lailatulqadar ni macam budak nak exam je.
2. Kita di beritahu, ada hints utk malam ni, iaitu 10 malam terakhir. Ada jugak yg kata malam ganjil. Mcm soalan spots utk exam laaa, lebih kurang.
3. Byk yg terjadi, students study soalan spots je. Xsentuh bab lain. Menyebabkan xpaham sangat secara menyeluruh, main taram hafal je. Lebih sedih lagi, salah konsep dan terlupa topik utama yang di bincangkan.
4. Kita plan nak solat 10 malam terakhir je, yang super malas lagi, niat nak kejar malam ganjil je. Sekali salah paham definisi permulaan hari adalah bermula Maghrib, Dan 10 malam terakhir sepatutnya dikira drp hari first syawal, backwards. Tu tak kira hari bukak puasa makan kambing lagi tu, super malas dan kenyang, dah skip solat.
5. Selalunya, orang yg dapat malam special ni adalah orang yang istiqamah, solat terawih drp malam pertama, sampai malam terakhir. Bacaan xfancy, cukup sekadar bacaannya, paling penting consistent. Geng ni lah insyaAllah dapat jawab exam dengan baik, sebab datanglah soalan mcm mana pon, dia cover semua topik (semua hari terawih).
P/s: utk mengelakkan confuse, aku letak lego sebelah sejadah mewakili solat yang dah dibuat. Dia jadi parah bila maryam datang, amik lego buat main...err, ni rakaat ke berapa ni?
Eid Mubarak all!!!
Beli laptop...
1. Adik aku nak beli laptop. Laptop lama rosak. Bagi rakyat marhaen, process nak beli laptop is not that straight forward.
2. First, dia bagi tau mak nak beli laptop. Lepas tu mak bagi tau adik-beradik lain bahawa adik bongsu nak beli laptop, ada drama air mata sikit berkenaan budget, pilihan laptop dan sebagainya.
3. Kemudian, adik-beradik yang lain mesyuarat sesama mereka. Benda pertama yang di bincangkan adalah, process nak tong-tong duit. Selesai bab ni, seterusnya adalah process mencari laptop. Beberapa calon dipilih untuk tujuan tersebut.
4. Memilih laptop pon ada strata dia. First kene cari yang sekufu, dah course engineering, kene cari yang ada graphic card, ram dan processor tertentu. Cari yang terlampau bawah nanti merana sewaktu berkerja, cari yang terlampau power nnt budgeting issue dan underutilised...
5. Agak agak dah berkenan subject, proposed pada tuan kedai. Tanya lagi, takut ada terlepas pandang, takut boleh lagi tuan kedai bagi apa apa yang patut, upgrade ke, potongan harga ke, pesanan merbahaya yang tentang laptop yang kita tak tahu.
6. Lepas semua setuju, tinggal nak bayar. Boleh pulak tetiba adik called cakap, "eh, eh, eh, nanti jap, ada lagi calon yang seems better, specs lagi tinggi tapi harga slightly mahal".
Cara dia adalah, ingatkan balik apa tujuan asal beli laptop. Kalau overspecs, overspends, xbahagia jugak nnt. Then, barulah kembali ke pangkal jalan.
7. Mcm tu la jugak process nak kahwin ni. Kalau main langgar je (main beli je), nnt ada sedikit masalah, terus xleh handle, sebab begin with on a very weak foundation.
Dah, sekian, nasihat pagi utk orang muda. Selamat beramal.
Duit Raya...
1. Kecik kecik dulu, selalu dapat duit raya...jumlah total sekitar 50 to 60 hengget... banyak dah waktu tu.
2. Parents mengamalkan prinsip separate legal entity, bermaksud mereka xsentuh duit anak-anak. Selalunya, aku jenis kedekut sejak azali. Aku spent dalam 10%, balance aku simpan dekat bank.
3. Sebab aku jenis xpercaya orang sejak kecil lagi (hahahaha), selalu aku akan naik kereta dengan ayah aku untuk ke bank. Aku masukkan sendiri. Dalam perjalanan, selalu borak kosong dengan abah. Abah aku pernah cakap, aku lagi kaya daripada abah. Aku tanya kenapa?
4. Abah aku cakap, RM50 tu mutlak duit aku. Sedangkan duit yang abah aku ada, milik semua orang dalam family, dan xpasti berapa balance yang tinggal hujung bulan. Aku dengar je...sambil layan super ring yang aku beli. Aku x offer pon kat abah aku, lol!
5. Fast forward 20 tahun kemudian, aku baru paham. Duit aku adalah milik anak-anak, isteri, parents dan adik-adik yang xde kerja lagi. Silap hari bulan, roger orang lain...err...pinjam ratusan hengget, mustahak ni...
6. Benda wajib buat, ikut kemampuan masing-masing. Kalau ditahan, Allah tarik kot lain; kesihatan, keamanan, family dan lain-lain. Itulah hakikat tanggung-jawab.
P/s: walaupun demikian, aku still nak siku kepala adik aku, naik motor xjaga maintenance. Menyusahkan jek..lol.
Subscribe to:
Comments (Atom)
About Me
- fajarimi
- "Kadang-kadang, aku rasakan hidup aku terlalu menarik, sehinggakan bila masa berlalu, ingin saja aku kembali"




