Thursday, June 4, 2020
Sunat Terawih vs. Exams
1. Bila pikir balik, solat terawih mengejar lailatulqadar ni macam budak nak exam je.
2. Kita di beritahu, ada hints utk malam ni, iaitu 10 malam terakhir. Ada jugak yg kata malam ganjil. Mcm soalan spots utk exam laaa, lebih kurang.
3. Byk yg terjadi, students study soalan spots je. Xsentuh bab lain. Menyebabkan xpaham sangat secara menyeluruh, main taram hafal je. Lebih sedih lagi, salah konsep dan terlupa topik utama yang di bincangkan.
4. Kita plan nak solat 10 malam terakhir je, yang super malas lagi, niat nak kejar malam ganjil je. Sekali salah paham definisi permulaan hari adalah bermula Maghrib, Dan 10 malam terakhir sepatutnya dikira drp hari first syawal, backwards. Tu tak kira hari bukak puasa makan kambing lagi tu, super malas dan kenyang, dah skip solat.
5. Selalunya, orang yg dapat malam special ni adalah orang yang istiqamah, solat terawih drp malam pertama, sampai malam terakhir. Bacaan xfancy, cukup sekadar bacaannya, paling penting consistent. Geng ni lah insyaAllah dapat jawab exam dengan baik, sebab datanglah soalan mcm mana pon, dia cover semua topik (semua hari terawih).
P/s: utk mengelakkan confuse, aku letak lego sebelah sejadah mewakili solat yang dah dibuat. Dia jadi parah bila maryam datang, amik lego buat main...err, ni rakaat ke berapa ni?
Eid Mubarak all!!!
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
About Me
- fajarimi
- "Kadang-kadang, aku rasakan hidup aku terlalu menarik, sehinggakan bila masa berlalu, ingin saja aku kembali"

No comments:
Post a Comment