Sunday, January 12, 2020
Hari Pasar Tani
1. Sekolah Aisyah buat hari usahawan muda. Budak tahun 6 jual barang, budak-budak bawah beli kupon dan beli barang.
2. Plan asal isteri aku yang pergi (dia arrangged utk kerja malam). Kebetulan hari ni aku cirit birit, nak pergi dengan xnak sama banyak. Since Aisyah over excited ajak, aku pergi je la.
3. Serious comel nampak budak budak panggil pelanggan; "Sayur-sayur, Ayam, Ikan..."
Ibu-bapa tekun melayan karenah anak-anak. Namun, ada segelintir anak-anak keseorangan. Parents xdapat datang katanya.
4. Sewaktu memegang Maryam, sekumpulan budak-budak datang mengerumuni pipi berlemak Maryam. Isteri memulakan perbualan;
Ada adik baby tak? Mama dan abah xjoin..
5. Pelbagai jawapan. Antara yang menarik perhatian aku adalah;
"Adik dalam syurga.
Abang duduk dengan abah kat kampung. Saya dengan mama kat sini.
Mama xdapat datang jaga adik satu lagi..."
Kanak-kanak memang jujur!
6. "Hah, dah tu kenapa mata dan hidung berair?" Tanya bini.
"Nasi lemak ni pedas sangat!", jawab aku, pendek!
"Mana ada. Saya makan okay je. Akak, nasi lemak tadi pedas ke?" Aduss, dia cari backup pulak...siot je.
TP CUSTODIAN
Ada sorang TP-custodian, dulu different departments, skang baru join ours. Umur sekitar 64 ish...
Paginya, dia ada meeting di level aku. Waktu terserempak, me being nice, aku say hi la...
How are you,
So, now you join us. Welcome.
Actually, we met several times before, it was many years ago.
just in case you forgot me, my name is fajarimi.
Yes I do remember you. Btw, how's your phd going on?
*You better forget me now. Lol!
Paginya, dia ada meeting di level aku. Waktu terserempak, me being nice, aku say hi la...
How are you,
So, now you join us. Welcome.
Actually, we met several times before, it was many years ago.
just in case you forgot me, my name is fajarimi.
Yes I do remember you. Btw, how's your phd going on?
*You better forget me now. Lol!
Lelaki mati awal compare to pompuan?
1. They said that. I am nobody to agree or disagree. Cuma, if that what they said, I am looking for the reasons. Pemerhatian dibuat di sekeliling; rumah dan pejabat.
2. Typically, lelaki malas gila. Bangun lambat, tidur awal. Bangun je, order makan mcm kedai mamak. Some even request makanan being served to them. Anak-anak 95% tanggung jawab isteri. 5% tu sumbangan dia masa sebelum kelahiran anak!
3. Bila anak ada masalah, anak hadir pada ibu, menyebabkan sel sel otak ibu giat berkerja utk penyelesaian. Jika kita summarize no. 2 and no. 3, basically, perempuan ni mmg senantiasa aktif physically and mentally, sekaligus menyihatkan mereka. Badan manusia ibarat air jika statik maka rosaklah ia.
4. The minds of a woman always exaggerate thing to the worst. Contohnya, sakit tangan je patah, sakit perut cancer, sakit kepala BP. Sekaligus mereka pergi ke hospital utk check ups. Ini memang terbukti statistically; lagi ramai perempuan pergi ke hospital atau klinik. Lelaki? Tangan putus! Boleh letak plaster...kalau ke hospital pon, dah worst situation ever, dan dibawa unwillingly by waris.
5. Byk pusat kesihatan dan kecantikan, seperti spa, manicure dan pedicure, majority di kunjungi oleh perempuan. Sedangkan kuku yang bersih dan sihat (dan cantik) menjadikan makanan yang disuap ke mulut terjaga. Lelaki pulak, ada kes yang kalau tengok kuku persis gorila.
6. Hadoi, penat. Kene ada sorang, pandai, kuat dan berpengaruh, kerja dia pergi tampar para bapa yang berperangai no.1. Semoga kita lelaki berubah ke arah kebaikan.
Caffeine withdrawal...
1. Maryam demam (masih). Mula mula isteri amik cuti, lepas tu aku. Kesian tengok budak demam, lembik xbergerak, makan xnak, minum susu 1 or 2 ounces je.
2. Kemuncaknya, semalam aku pulak sakit sakit badan, dan sakit kepala. Super sakit! Makan paracetamol dan ponstan xjalan. Pergi klinik check temp spike sikit je, BP pon sikit je spike. Still xleh nak explain kenapa sakit sangat.
3. Benda memalukan, tapi a must. Aku call adik aku seawal subuh. Datang skang! Demam! Adik aku angkut 2 anak datang urut kepala aku, sambil fefeeling budak budak. Terima kasih cikgu!!! Nnt aku belanja.
4. Malam, masih sakit kepala. Sambil menangis mengenang dosa dosa lama, xboleh nak tidur, aku bayangkan, kalau aku xsakit, apa aku buat kat office: interprete logs, baca paper, tulis report.... damn it!!!
Patut la...masuk hari ni dah 3 hari aku xminum kopi. Kat pejabat, average 3 gelas kopi aku minum.
5. Azan subuh, seusai solat, aku minum kopi. Skang rasa mcm nak gi jogging. Adoiii, parah!
TESL Teaching English as a Second Language...
1. Satu petang, tgh berjalan dekat satu mall, terserempak dengan booth tgh jual buku buku digital English. Dia panggil, mai la singgah. Xnak, xberminat, aku habaq. Dia buat tektik tarik Aisyah, kata nak buat ujian simple (tapi tangan dah tarik dah, lol).
2. Ujian berupa logic, simple math dan gambar-gajah (maafkan saya, gambar rajah). Tapi semua dia bantai dalam bahasa Inggeris. Yang sedihnya, dia buat slang. Lagi la anak aku xpaham (act, sumpah aku xpernah dengar that kind of accent). Dia toleh kat aku, cakap, tak takut ke anak xpandai English dalam era globasisasi ,,,,yadaa ayada tam tung tang...
3. Aku pon, amik buku, repeat semua ujian dalam bahasa melayu. Okay la, almost semua boleh jawab. Then, aku toleh dan cakap/membebel (lol).
4. First of all, anak saya baru 5 tahun, daripada dia start bercakap sampai sekarang, saya memang latih dia cakap bahasa melayu. English is just a language. Sooner or later, saya akan ajar English, tapi bila masa sesuai. Xde guna dia pandai English tapi bila saya cakap bahasa ibunda saya, dia xpaham. Dan, kalau awak perasaan, I am repeating myself in English sebab awak xpaham apa yang saya terangkan tadi. Yang ni saya takut!
5. Kitakan di Malaysia, cakaplah bahasa Malaysia. Di mana bumi dipijak, di situ langit dijunjung.
Lain padang, lain belalang...
1. Aku ke satu tempat makan favourite ni. Mcm biasa, staffs dia senyum, amik order dan main-main ngn Maryam (just mengagah je).
2. Pastu aku nampak ada satu pasangan ni, bukan Malaysian masuk. Pasangan ni ada baby, aku agak dalam less than 6-months (pm utk tahu tips dengan bayaran berpatutan, lol).
3. Staff tu buat benda sama; senyum, amik order dan main dengan baby (mengagah je). Seketika, ketika staff tengah angkat pinggan, tetiba aku nampak pompuan tu meluru sambil dukung anak kepada manager. Lepas tu menghala kepada staff tu.
4. Pompuan tu marah, kata jangan tengok suami dia, jangan senyum dengan husband dia, jgn nak try husband dia (dalam english dengan accent yang betul, lol). Staff tadi terkesima, xboleh nak reply. Maybe kaget dan language barrier kot.
5. Manager cuba handle masalah, couple tu terus blah tanpa makan. Isteri meluru keluar, sebelum tu, diacungnya, jari tengah... (lagu Surti dan Tejo, sambung sendiri)...
husband dia kutip barang barang yang ditinggalkan sambil mengekori rapat. Adusss, parah!
6. Manager cuba dapatkan kepastian drp staff, staff tergagap explained. Aku bangun dan ceritakan from my points of view. Isteri aku mengesahkan. Aku summarizekan, benda ni salah faham, maybe different culture; kita vs. mereka.
7. Kes tutup. Sambung makan chicken hor fun...
The Good Span of Time...
1. Whether we realise or not, kita sekolah rendah selama 6 tahun. Utk kes aku, aku Sekolah-A sampai darjah 3, lepas tu Sekolah-B.
2. Masuk sekolah menengah pulak selama 5 tahun, sebelum pergi preparation. Masa preparation, I spent 2-years there, sebelum ke next stage of life.
3. Dekat university, I spent lebih kurang 4 tahun sebelum graduated. Dekat dekat hujung tu, I remembered hampir nak gave up dek kebosanan dengan routines, lol.
4. Skang, setelah kerja hampir 9 tahun, I think this must be the reason kenapa byk kadang aku rasa... errr, damn it! Lol. Semalam tanya Syiro, sampai bila kita ni?
Sampai mati la, dia jawab.
Semua orang rasa benda sama ke?
5. Kalau orang tanya aku, berapa lama is the good period of time? My answer is between 3 to 6 years.
And I am about to double that, going for more.
Subscribe to:
Comments (Atom)
About Me
- fajarimi
- "Kadang-kadang, aku rasakan hidup aku terlalu menarik, sehinggakan bila masa berlalu, ingin saja aku kembali"





