The Unpredictable Life

The Unpredictable Life
Indah~

Friday, August 26, 2022

Pengurusan Pusaka 

 



1. Setiap orang akan berpeluang utk menguruskan harta pusaka, secara langsung ataupun tidak. Paling koman pun, orang yang akan uruskan pusaka anda (anda mati awal). It's just about time. 


2. Menguruskan pusaka ni mmg makan modal; masa, duit, mental dan perasaan. So, anda kena bersedia. Selalunya, dalam adik beradik yang ramai ni, setiap orang akan memyumbang bahagian masing-masing. Bak kata Wonder Pets, 'Apa yang penting? Kerjaaaa sama! 


3. Kalau tetiba anda rasa terlampau rileks, mcm tak penat langsung atau tak rasa susah pun dlm menguruskan pusaka, sila semak kembali. Mungkin anda tergolong dlm sebahagian yang dipanggil 'tak guna'.

4. Berkenaan tentang pusaka ni, golongan yang arif kena selalu bercerita tentang proses ini. Golongan yang tak tahu kena belajar. Golongan yang 'berusia' jgn nak sensitip tak tentu pasal. Golongan sekeliling haruslah membantu sedaya upaya. Mcm fardhu ain atau fardhu kifayah dah benda ni. 


5. Pernah awal-awal dulu, aku ada buka topik faraid, ada golongan emas ni sensitip, cakap dia tak lapar harta pun. Hakikatnya, bukan itu isunya. Isunya adalah, kalau golongan yang berhak tidak mendapat hak mereka, haram hukumnya. Takpa, kita teruskan mendidik. 


6. Bagi yang masih hidup, first step roger ejen atau wakil yang menguruskan wasiyat/faraid yang anda kenal. Mtk mereka explain proses yg anda kena buat dan mtk quotation. Seterusnya cuba utk buat walaupun ianya sedikit mahal. Kalau anda tak buat sekarang, waris anda yang akan buat kemudian, dengan susah payah! 


7. Kepada wakil faraid/pusaka, janganlah anda menyindir berlebihan. Aku pernah sebelum ni aku kene sindir dgn ejen aku, sebab aku amik masa sedikit lama (3minggu) utk contact dia kembali. Katanya, dia bimbang aku mati in between. Aku jawab vice-versa. Aku pun bimbang dia mati dulu sebelum aku. Satu kerja pulak aku nak cari ejen lain. Tau pulak akak ejen tu terasa hati, lol!

In my defense, aku lambat sebab nak kena study dulu pasal proses ni, nak kene yakinkan family members dulu sebab kalau commit fees dia riban-riban. Bukan sesaja. 


Moral of the story, sila ambil tahu pasal faraid ni secepat yang mungkin. Doakan proses urusan faraid ayah kami dipermudahkan.

Wednesday, August 17, 2022

Sembang Dapur 

 


1. Selalunya, selepas balik kerja, waktu sama-sama prepare dinner (beli je, pastu hidang dlm pinggan), ada je topik yang kami bualkan suami isteri. 


2. Mcm mcm topik keluar, daripada member beli motor baru, beli kereta baru, beli kereta mpv, member kawen, topik beli rumah dan sebagainya. Hari ni timbul topik baru. Pasal kos pendidikan anak-anak. 


3. Dekat office, ada seorang senior ni, dia bakal hantar anak dia belajar di university luar negara. Dia dan isteri dia bayar 100% perbelanjaan tersebut. Mmg tak dinafikan mahal, tapi they have been planning for it since 15 years ago. Keyword dia 'plan'. 


4. Tambahan cerita pula, dekat pejabat ada dua orang perkerja pelatih baru masuk (GEES). Sorang belajar dekat UITM sorang dekat UTP. Mereka berdua ni tak guna scholar mahupun PTPTN pun, tapi parents yang bayar. Both parents kerja makan gaji. Menurut mereka, waktu mereka kecil, setahun maybe 2 atau 3 kali je mereka pergi bercuti, selebihnya mereka hidup sederhana. Again, keyword dia 'rancang'. 


5. Somehow, aku tak excited sgt pasal topik topik lain ni. Tapi, bila tiba topik belanja anak sekolah ni, aku super excited. Dulu, waktu aku kecil, aku ada fahaman yg kalau rajin belajar, nnt dapat biasiswa. Paling kurang, apply pinjaman. 


6. Tapi, hasil drp pendidikan, fahaman aku berubah. Sepatutnya aku kene rancang utk anak-anak, especially pendidikan mereka. Kalau ada program bantuan di masa hadapan, itu adalah bonus. Tapi keyword dia adalah 'robust planning'. 


Wamakaruwamakarallah, wallahukhairulmakirin.




Monday, August 8, 2022

Coretan Malam 

 Coretan Malam 


1. Teringat perbualan dengan seorang ni satu ketika dahulu. 


2. Beliau berpendapat, waktu kita muda ni lah gunanya gaji utk pakai kereta mewah dan motor besar. Buat loan je, nnt tolak la bayaran bulan bulan. Agak dah bosan, tukar model baru pulak. 


3. Buat apa simpan, sebab bila tua nnt, dah sakit. Nak bawa kereta jauh pun dah tak larat. Apatah lagi nak ride motor. Simpan duit byk byk pun, bila tua atau mati nnt, duit tu anak juga yg pakai (mmg beliau yg cakap begitu). Lagi pun, dia tak payah risau, sebab dia ada pencen. Rancangan hari tua beliau. 


4. Honestly speaking, aku tak kata beliau salah atau betul. As long as beliau tak mintak duit orang lain, tau menyusahkan orang lain, beliau betul. Dah duit dia, suka hati dia la. Selagi mana dia tak mtk aku belanja dia beras, atau kirim beli barang lepas tu tak bagi duit sampai kesudah, beliau dijalan yang benar. 


5. Cumanya, aku terkesima seketika, ada orang berpendapat begini rupanya. Cara berfikir yang mmg berbeza, yang tak pernah aku jumpa in reality, melainkan dlm drama melayu kol 630 atau novel-novel melayu lama dulu. 


Nampak sangat aku ni jenis tak cukup berkawan lagi dengan masyarakat...lol.


Sunday, August 7, 2022

Topik Diskusi

 Is it just me? 


1. Aku rasa, Mail mmg suka Mei Mei. 


2. Sebab tu Mail selalu usik Mei Mei. Masa jadi kambing, masa cerita labah-labah, dalam kelas. Tujuan utama, tak lain tak bukan utk tarik perhatian. 


3. Mei Mei pun sama, dia suka Mail. Sebab tu, dia selalu marah Mail. Dia akan bebel pada Mail kalau Mail malas, culas dalam buat tugasan. Sebenarnya, dia sayang Mail. Sayang dlm diam. Kalau Ihsan, Upin, Ipin, Jarjeet, dia buat dont know je. 


4. Sejarah menunjukkan, orang yang pandai saling tertarik antara satu sama yang lain. Mei Mei ni pandai dan rajin. Dalam kelas, beliau paling rajin buat kerja sekolah, markah selalu tinggi. Mail pulak rajin beliau dalam berkerja, tolong family berniaga dipasar malam. Mail ni pandai orangnya. Byk idea dan buah fikiran beliau muncul sewaktu bermain bersama-sama. Dari idea berniaga, sehingga idea mencipta permainan. 


Sama molek, sama padan.

Different Level 

 Different Level 


1. So far, challenge yang paling payah yang pernah direkodkan sepanjang jaga anak ni adalah, menjaga anak demam dan cirit birit. 


2. Bila demam, beliau tak nak makan. Susu nak habiskan 3 oz pun mcm perang 3 penjuru. Berkat menonton cerita Barat, kami suami isteri play Good Cop vs. Bad Cop. Mmg aku kerja mengugut je, bini aku kerja pujuk atas ugutan aku. 


3. Rumah pula, byk buat laundry dan mengemop lantai. Maklumla, budak-budak. Beliau tak bagi tahu bila cirit, sedar-sedar bau dan jelas warna dan rasa diatas lantai. Hadoiii! 


4. Challenge kali ni luar biasa sikit, sebab challenge ni global. Hari sabtu lepas, aku g klinik, ubat habis. Gi farmasi, pun habis. Semalam gi dua klinik berlainan dan satu farmasi, pun abis. Last sekali, baru jumpa dekat klinik jauh sikit. Tu pun ubat limited. Bila kene beli dan mencari ubat ni, baru aku start appreciate ubat. Mahal dowh ubat ni. Smecta dan ORS dlm 30 hengget kot. 


5. What is bigger challenge than this (refer to no. 1)? Bila ada dua anak yang demam dan cirit-birit... Lol! Musa pun nampak mcm tak nak ketinggalan dalam acara ini. 


Nasib baik annual leaves aku ada lagi, bila la nak sembuh ni, Haih....




About Me

My photo
"Kadang-kadang, aku rasakan hidup aku terlalu menarik, sehinggakan bila masa berlalu, ingin saja aku kembali"