The Unpredictable Life

The Unpredictable Life
Indah~

Friday, August 26, 2022

Pengurusan Pusaka 

 



1. Setiap orang akan berpeluang utk menguruskan harta pusaka, secara langsung ataupun tidak. Paling koman pun, orang yang akan uruskan pusaka anda (anda mati awal). It's just about time. 


2. Menguruskan pusaka ni mmg makan modal; masa, duit, mental dan perasaan. So, anda kena bersedia. Selalunya, dalam adik beradik yang ramai ni, setiap orang akan memyumbang bahagian masing-masing. Bak kata Wonder Pets, 'Apa yang penting? Kerjaaaa sama! 


3. Kalau tetiba anda rasa terlampau rileks, mcm tak penat langsung atau tak rasa susah pun dlm menguruskan pusaka, sila semak kembali. Mungkin anda tergolong dlm sebahagian yang dipanggil 'tak guna'.

4. Berkenaan tentang pusaka ni, golongan yang arif kena selalu bercerita tentang proses ini. Golongan yang tak tahu kena belajar. Golongan yang 'berusia' jgn nak sensitip tak tentu pasal. Golongan sekeliling haruslah membantu sedaya upaya. Mcm fardhu ain atau fardhu kifayah dah benda ni. 


5. Pernah awal-awal dulu, aku ada buka topik faraid, ada golongan emas ni sensitip, cakap dia tak lapar harta pun. Hakikatnya, bukan itu isunya. Isunya adalah, kalau golongan yang berhak tidak mendapat hak mereka, haram hukumnya. Takpa, kita teruskan mendidik. 


6. Bagi yang masih hidup, first step roger ejen atau wakil yang menguruskan wasiyat/faraid yang anda kenal. Mtk mereka explain proses yg anda kena buat dan mtk quotation. Seterusnya cuba utk buat walaupun ianya sedikit mahal. Kalau anda tak buat sekarang, waris anda yang akan buat kemudian, dengan susah payah! 


7. Kepada wakil faraid/pusaka, janganlah anda menyindir berlebihan. Aku pernah sebelum ni aku kene sindir dgn ejen aku, sebab aku amik masa sedikit lama (3minggu) utk contact dia kembali. Katanya, dia bimbang aku mati in between. Aku jawab vice-versa. Aku pun bimbang dia mati dulu sebelum aku. Satu kerja pulak aku nak cari ejen lain. Tau pulak akak ejen tu terasa hati, lol!

In my defense, aku lambat sebab nak kena study dulu pasal proses ni, nak kene yakinkan family members dulu sebab kalau commit fees dia riban-riban. Bukan sesaja. 


Moral of the story, sila ambil tahu pasal faraid ni secepat yang mungkin. Doakan proses urusan faraid ayah kami dipermudahkan.

No comments:

Post a Comment

About Me

My photo
"Kadang-kadang, aku rasakan hidup aku terlalu menarik, sehinggakan bila masa berlalu, ingin saja aku kembali"