The Unpredictable Life

The Unpredictable Life
Indah~

Tuesday, July 28, 2026

Cerita Dongeng

 Cerita Dongeng 



1. Kawan share gambau ni. 

Aku pun dah tak ingat pasal gambau ni, bila tengok, teringat 1000 kisah...

Lol! 

Jazakallah sahabat! 


2. Jenjarang aku serious mode. Ni masa buat project apa tah, present live to president. Masa tu aku kat Perak, president dekat Bangi, asset dekat KL,  partners dekat Canada. Objectives waktu tu, nak tunjuk betapa canggihnya alatan kita ada waktu tu, membolehkan experiment dibuat tanpa sempadan. 


3. Dulu, kita ada lab utk handle raksa, somewhere dalam Malaysia. Seperti mana kita tahu, raksa ni bahaya. Sehinggalah ada satu tahun tu, berlaku satu incident. Kesannya, semenjak haritu, experiment guna raksa dah tak boleh buat kat sini, melainkan negara luar. Selalunya, Aussie atau Canada lah kita hantar. 


4. Sebelum incident tu, sempatlah aku duk ulang alik dlm lab tu, training dan amali dengan senior technicians kat situ. Masa berlalu perlahan dalam makmal. So, byk cerita utk kill the time. 


5. Mereka cerita, orang dulu ada ilmu, guna raksa utk ilmu kebal. Byk pahlawan lama, or even dekat thai, geng boxing ni guna ilmu ni. 

Kalau nak senang faham, mcm dlm sukan bina badan, ada yg guna steroid utk kesan dan hasil. 

Tanpa ilmu dan kawalan, natijah sgtlah bahaya. 

Aku iyakan sahaja, dengar je. Ilmu aku kurang, so aku xtau betul ke tak. 


6. Fast forward, recently, byk podcasts baik dlm negara mahupun luar negara sebut benda sama. Siap ada yg huraikan lagu yang famous tu pasal benda ni. 

Rupanya lagu tu ditulis berdasarkan kisah ni.

Ahli-ahli yang bahagian masing-masing menyebut benda yang sama.

Mmg betul brothers tu cite dulu. 

Luas rupanya dunia ni! 

Tak abis jalan lagi aku ni...


Sekian, cerita dongeng! 

Dah, jangan tanya. Aku takkan jawab.

Imam Express


 Imam Express...

1. Kat pejabat, selalu waktu Zohor dan Asar akan ada solat jemaah dekat so called 'surau' sementara. Kudos tu office-mates...


2. Imam dan bilal main tangkap muat je. Main tolak je.


3. Dekat pejabat, ada beberapa watak, yang memang bawah sikit je drp mufti. Amalan mereka kalau tak jadi GG or PE, mmg hafal Quran dan Zikir.


4. Masalahnya, mungkin nak mendidik imam baru / pelapis baru, mungkin juga nak menguji, mereka suka tolak muka-muka muda dan baru jadi imam.


5. Haih! Baru tadi waktu meeting aku buat lawak tak semenggah... dah kena jadi imam. 


6. Dah kena tolak, kadang-kadang kau tak sempat pasang kekuda. Ternaik juga.


7. Nasib baik hafal doa pendek dulu...


Tetiba terngiang-ngiang suara aura Dr Zakir Naik;


 "Brother asked a very good question!"

About Me

My photo
"Kadang-kadang, aku rasakan hidup aku terlalu menarik, sehinggakan bila masa berlalu, ingin saja aku kembali"