The Unpredictable Life

The Unpredictable Life
Indah~

Thursday, May 27, 2021

1 Tap Buy 

 





1. Sebab kesian kan budak-budak, aku bagi Aisyah dan Maryam main game dlm tab, on gilir-gilir basis. 


2. Tgh duduk kat ruang tamu, tetiba aku dapat mesej kat phone resit upgrade game rm9. 


3. Panggil Aisyah tanya apa yg berlaku, dia kata ikan dia nak mati (Fishdom). So dia hidupkan la ikan tu. 


4. Aku amik tab check game dan settings, rupanya ada satu function yang dia panggil 1TapBuy. Terus aku cancel kan benda tu. 


5. Aku godek-godek lagi, sebelah pembelian tu je, ada another offer of rm400 utk another thing. 


5. Ya Allah, syukur bukan Maryam yg main waktu tu, syukur bukan yang tu Aisyah tekan. 


Guys, sila check setting phone anda sebelum menyesal!

Monday, May 24, 2021

Test Tested

 


Silence is Golden...ye ke?

 



1. Somewhere last week, tgh kerja, tetiba Aisyah hilang dalam rumah. Xde kelibat dan suara xkedengaran. Cari punya cari, tgh main rumah-rumah dengan Appa. Diciumnya Appa mcm orang, lol.


2. Once, aku tengah masak lunch (errr, fine!;goreng telor dan masak nasi, makan dengan kicap), Aisyah dan Maryam tag team pegang Appa. Appa meronta gigit tangan dan mana-mana yang beliau sempat capai. Lepas tu, dengan bangga datang pada aku bagi pieces of info; Abah, Appa ada susu (tetek) tapi xde pusat! Adoiiii, Maryam berparut tangan sampai sekarang.


3. Sekali aku tgh solat Zohor, dengar bunyi benda jatuh. Pastu, semua orang diam, baik je duduk kat tilam sambil tengok TV. Dengan Appa sekali Aisyah letak dalam sangkar dan kunci. Abis solat, aku tanya. Sorry, tadi main kejar-kejar. Terlanggar laptop abah. Sampai sekarang laptop tu ocassionally screen-blackout, kene restart after a while.


4. Tengah kerja, Maryam hilang menyepi. Cari dalam bilik, jumpa. Habis almari dan chest-drawer kene conteng dengan pensil. Nasib baik washable. Lepas dua-dua kene luku (Aisyah kene jugak sebab letak pensil merata), dua-dua elok je tido tengah hari, Kalau tak, jauh panggang dari api.


5. Ada satu ketika, tgh buat kerja, aku rasa nyaman dan sunyi. Tetiba kerja hilang dan aku berada diruang antara dimensi. Lama pikir apa yang jadi. Tak logic hidup aku setenang ini. Terus berusaha utk bangun dan kembali ke realiti. Rupanya tertidur waktu tgh stretch-out atas tilam, sakit belakang. Lol.

Saturday, May 22, 2021

Kehidupan Perkerja Hospital 

 



1. Ini adalah pemandangan biasa kat rumah bagi Maryam, sekali seminggu. 


2. Beliau akan duduk dekat dengan pintu, bawa mainan atau phone, just duduk je situ. 


3. Sekali seminggu, isteri akan dapat cuti. Beliau akan spend masa utk masak for the family. Mungkin itu cara beliau utk menguruskan perasaan beliau. Dan explanation utk Maryam adalah, sebab dia nak dekat dan tengok mak dia. Appa aku xpasti apa fungsi dia kat situ. 


4. Dulu, masa aku kerja cleaner hospital, ada satu scene tu, aku termasuk dalam ruang bersalin. Ada sorang nurse ni, dah berusia, tegur dan ajar apa yg patut. Setelah seketika, aku rapat dengan dia. 

5. Dia byk pesan, kerja staffs hospital ni byk pengorbanan, kene byk sabar. Kalau kawen dengan nurse contohnya, kene faham kerja dia. Kalau tak, jadi mcm dia dulu, bercerai utk perkahwinan pertama. 


6. Bila kawen dgn doktor, ooo baru tahu. Lepas dengar cerita kawan-kawan yang lain, juga doktor, ooo baru faham.

Wednesday, May 19, 2021

Liku-Liku Perjalanan Seekor Bulus 

 








1. First day rescued atas jalan, berat 200 gram. Garang sesangat. Tak boleh nak pegang. Mungkin trauma kot. 


2. Now, the rest was history. Semoga terus membesar. 


Adopt Don't Shop


Saturday, May 15, 2021

Dalam Hati Ada Taman 

 






1. Appa ni, dia punya ganas, setakat ni, tangan aku xpernah betul-betul sembuh. Mesti  ada sikit berdarah kene gigit atau cakar, kalau x masa makan, masa usap kepala dia. 


2. Ikutkan hati masa sakit tu, mcm nak cepuk je kepala dia. Tapi... Appa pandai main politik. 


3. Masa aku solat, dia parking baik tepi aku. Masa aku baca doa, dia menyendeng kat kaki. Bangun awal pagi, sebelum subuh, Appa xnak makan melainkan kalau dalam tangan aku. Lumrah kucing, suka bermanja. 


4. Masa sakit, Appa ni manja gedik. Dia tidur atas riba, datang kat kaki, tido kene sentuh. Kalau tak sentuh, xtido. 


5. Kalau kita, manusia yang bijaksana ni xboleh nak belajar drp Appa, apalah gunanya. Byk dosa dan perintah yang kita langgar. Sekurang-kurang nya, luangkan lah masa di awal pagi atau malam bermanja/mengadu pada Allah. 


6. Semoga sewaktu Allah tengah murka pada hamba lain, Allah redha dengan kita sebab kita selalu 'terjelepok' manja depan Allah di malam hari. Ameen.

Monday, May 10, 2021

PKP 3.0




1. Wabak tengah menular. Semahunya xnak keluar tanpa sebab menjadikan keadaan makin teruk.

2. Cuma duduk terperuk WFH ni byk kesan negative. Tekanan datang daripada pelbagai sudut; mental dan fizikal.

3. Rasa stress, tapi xboleh nak keluar exercise sebab ada dua anak kecil. Rasa zalim pada anak-anak sebab xboleh nak bagi makan proper (selalunya main tibai je apa yang segera), xboleh nak main dan layan anak-anak. Fitrah budak ni bermain dan bertanya tentang alam sekeliling, diulang-ulang.

4. Diri sendiri pun dah tak berapa sihat. Tak boleh nak focus kerja straight mcm sebelum ni. Faktor kejar masa menambahkan hiruk-pikuk suasana. Daya tumpuan merosot teruk.

5. Itu kesan pada yang dewasa, pada anak-anak siapa yang tahu? Mereka tak pandai meluahkan seperti kita. Acap kali kedengaran Aisyah cakap dia stress dan buntu (aku rasa dia copied ayat aku masa cakap pada isteri). Maryam pula, tengah main-main, tetiba dia baling barang. Protest maybe? Wallahu’lam.

6. Bila nak habis Ya Allah…

P/s: Masih menunggu wakil datang bagi harta RM100k yang aku tak tuntut sebelum ni…

Fajarimi
Anak Orang Kaya Terbuang

Thursday, May 6, 2021

Topik Debat 

 



1. Hidup dengan isteri ni, ada je topik yang dia bangkitkan utk diskusi. 


2. Topik malam ni; Kenapa aku jarang say 'I love you". 


3. Aku cakap, aku selalu jugak cakap ILY, pada anak-anak, pada isteri, pada Appa. Kalau compare dengan lelaki lain yang kita kenal, aku ni kategori kerap la jugak. 

Dia balas, aku hanya cakap bila dia/anak wish dulu. 


4. Aku cakap pulak, lelaki ni lazimnya say ILY melalui perbuatan atau percakapan tersirat. Ucapan setiap pagi sewaktu isteri nak pergi kerja, 'Hati-hati drive!', 'Minyak kereta dah isi?', 'Anak kunci, jam, telefon, tag nama, laptop dah bawak nak ke tempat kerja tu?' That wishes lagi meaningful, bahkan membawa maksud ILY lagi dalam. Dia replied, Tak sama! 


5. Aku tambah lagi, kadang-kadang takut nak wish ILY tanpa henti ni. Lupakah anda pada ayat;

“Apakah manusia mengira bahawa mereka akan dibiarkan mengatakan: Kami telah beriman, sedang mereka belum diuji?”

Al-Ankabut:2-3. 


Xpasti aku menang argument ke tak, tapi waktu bukak puasa tadi diam seribu bahasa, lol! 


Sorry....

Wednesday, May 5, 2021

Planning for the unpaid leaves?

 So far, have been thinking to take a 3-months or 6-months. The right time is August 16th, or onwards. Tapi, kalau tak tahan sangat, maybe earlier. Cuba buat lists kenapa untuk tindakan tersebut, agar tak menyesal dibelakang hari.


1. Faktor kesihatan fizikal dan mental.

2. I need a time-break and space for myself. Kerja utk 10 tahun ni agak menduga minda sebenarnya. Hopefully, insyaAllah, rehat seketika itu perlu utk refreshing my mind, sebelum melangkah jauh.

3. Nak gunakan masa rehat 3bulan utk focus benda lain totally unrelated to Petrophysics; Technical Analysis study, etc.

Masalah sekarang adalah, nak kene kumpul duit, menyamai gaji 3 bulan yang bakal cuti tu. 

On top of that, kene prepare some emergency fund as well just in case berlaku apa apa. 

Ya Allah, semoga dibulan Ramadhan ini, berkat bulan mulia ini, Engkau kurniakan aku rezeki yang melimpah ruah dan banyak, ameen.





Sunday, May 2, 2021

May 2021

 


 


1. Dapat notis kedua-dua sekolah anak tutup, sebab ada pelajar/cikgu sekolah positif test. 


2. Maknanya, kedua-dua akan duk rumah until further notice. Mak dia pulak wajib kerja... 


3. Aku tenung je dua-dua anak. Esok nak kene buat shf nak kene deliver. Sigh... 


4. Tahun lepas aku rasa mcm nak gila, terpikir nak amik cuti tanpa gaji. Tahun ni MCO xstart lagi official, aku dah terpikir nak bersara awal. 


5. Bagi sesiapa ada setahun gaji duit, xtau nak buat apa, boleh la consider bagi aku. Aku nak plan properly nak jaga otak supaya xgila ni. Balasan dia, aku doakan si pemberi selagi mana aku bernafas...


Fajarimi 

Yg dah penat otak dan fizikal

About Me

My photo
"Kadang-kadang, aku rasakan hidup aku terlalu menarik, sehinggakan bila masa berlalu, ingin saja aku kembali"