The Unpredictable Life

The Unpredictable Life
Indah~

Saturday, April 25, 2026

Jemputan Mengajar

 1. Kadang-kadang, pergi mengajar dekat uni. Menarik!


2. Bila jumpa students luar negara, jumpa students local, ada yang pernah berkerja, ada yang sambil berkerja, ada yang tak pernah berkerja.

3. Ada soalan yang diajukan berkisar tentang teknikal, ada yang berkisar tentang personal. Layankan aja...

4. Paling payah pernah ditanya, apa pendapat encik tentang sambung belajar PhD?

"Saya tak boleh nak jawab tu, sebab saya pun tak ada PhD."

Dia insist juga... Abis kelas dia tunggu. Tanya soalan sama.

"Setahu saya, PhD ni bagus sebab latihan PhD ni ajar kita utk extract maklumat drp open sources, tapis yg mana baik dan buruk, dan usulkan pendapat kita sendiri dengan bukti yang kita jumpa menerusi tulisan kita sendiri."

Dia suh aku bagi tahu keburukan PhD pula. Dia insisted.

"Saya pernah dgr kawan saya bagi tau saya, dalam cerita super heroes, majority penjahat ada PhD. Yang heroes semua either degree atau master sahaja."

Dah anda meminta sgt, saya bagi je...

Makanan


 1. Dulu masa ada events dekat sekolah, aku cukup segan bila mana akhir events, abah aku mtk makanan lebih dengan petugas. Petugas bagi je sebab selalu makanan byk lebih. Seingat aku, takde pulak aku nampak dia makan makanan tu.


2. Bila dewasa, aku rasa aku dah faham. Rasa bersalah pada abah aku, pada masa yg sama aku bangga pada isteri aku, lol.

3. Amik contoh, few days back ada hari sukan dekat sekolah. Dah anak-anak penat main sukan, masa nak balik tu, wife aku dah start tanya nak masak apa or makan mana.

4. Aku dah rancang awal. Setapak aku masuk dalam event, aku dah pasang mata tengok makanan apa yg organizer bagi.

5. Abis event, kami pelan-pelan menapak keluar. Byk makanan tak abis, organizer letak atas meja; burger, air kotak dan roti. Aku amik je lah.

6. Sampai rumah, dgn bangangnya, I mean bangga-nya; "Xyah masak kin, anak-anak makan yang ni".
Lol.

Setel makanan anak-anak...

Thursday, April 16, 2026

Saya bantah...

 1. Satu masa dulu, kami makan dekat mall ni. Nampak satu pasangan ni, age around 70-80 masuk dan makan meja hujung.


2. Nampak husband dia melayan order, sambil ckp dgn isteri dia. Isteri dia jelas sakit, dengan ada wayar dekat muka, xbercakap sepatah, mata pandangan kosong.


3. Aku ckp dekat cashier, apa yg mereka makan aku belanja. Tapi jgn cakap. Sebab org ramai, aku yakin takkan pecah rahsia.


4. Selang seketika, terkejut aku pakcik tu sebelah aku. Ucap terima kasih dan ajak borak. Aku blurr, kaget, layan sambil senyum. Selalu xpernah kantoi, tapi kali ni hampeh...


5. Upon perbualan, I figured pakcik a renowned lawyer dalam Malaysia (patutlah cashier tu kalah).

Isteri sakit stroke (multiple). Key leaders juga dalam telekom zaman heyday mereka. Mereka berdua above 80. 

Once in a while mereka keluar utk makan sesambil jalan jalan 


6. Aku nampak makcik tu pandang aku masa husband dia cakap orang muda ni belanja kita. Muka dia kosong, tak bercakap, tapi hujung bibir dia senyum (stroke). Bidding goodbye, pakcik tu cakap 'Good to know you'...

Aku replied 

"Good to see old people, eh, I mean good to be old, eh..." aku gabra dah.

'I know you meant well'...

Kali ni makcik tu senyum bibir kedua-dua belah... 


7. Secara tak langsung aku berjaya melawak dgn org stroke... kebanggaan hidup aku tu.


About Me

My photo
"Kadang-kadang, aku rasakan hidup aku terlalu menarik, sehinggakan bila masa berlalu, ingin saja aku kembali"