Saturday, November 30, 2019
Fosil Karang Kuno
Menerima hadiah daripada Prof. Dr . Mohd Shafeea Leman (UKM) utk pertandingan mencari dan menamakan fosil sewaktu field trip tempoh hari. Hadiah di sampaikan oleh seorang kenalan, anak didik professor.
Fosil karang kuno. Mengandungi Cladochonus dan Bryozoa Polypora species.
Lokasi dari sebuah kuari di Kuah.
Usia: 285 juta tahun, zaman akhir Permian
Technical Paper
1. Aku dah buat SHF study ni sejak first day I joined the company. But believe it or not, nak tulis tajuk dan abstract ni saja ambil masa 4 hari.
2. Bak kata pujangga, in broken Englishnya;
"You are not doing anything if you don't understand what you are doing,
You don't understand a thing if you can't explain/write it to somebody else!"
3. Abis tu, kenapa susah payah nak tulis jugak paper? Maksud hadis;
"Apabila matinya anak Adam, terputus segala kecuali 3 benda, doa anak yg soleh, sedekah jariah dan ilmu yg bermanfaat!"
P/s: kenduri tahlil tidak dinyatakan dalam hadis tersebut.
Cycle of Potong Kuku
1. Masa aku kecik, aku ingat arwah nenek aku potong kuku aku. Dia pakai pisau, purely besi, xde handle kayu bagai. Dia asah pisau tu tajam gila. Masa potong kuku, dia pesan, jangan bergerak. Dan dia potong mcm potong butter! Tajam gila!
2. Then aku ingat jugak mak aku potong kuku aku. Selalu nya proses berlaku utk 2 or 3 sesi. Sebab aku cepat boring. Bila boring, aku blah. Petang or malam, sambung balik. Lol!
3. Then aku ingat aku potong sendiri. Masalah utama aku adalah cari pengetip kuku. Back then, selalu abah aku ada private personal nail-clipper. Kalau cari yang umum xjumpa, mengadap dia sebab nak pinjam dia punya. Selalu dia simpan dalam beg kain Atlas dia. Dia akan jeling cakap; Abis pakai letak balik! Dan dia punya xpernah hilang! Lol!
4. Then aku ingat aku potong kuku Aisyah. First time aku potong kuku dia, berpeluh! Jari kecik sgt, dan aku terbayang aku boleh potong jari dia, dan dia end up kudung! Imaginasi liar... then aku jadi expert gila, sebab wife aku selalu xde, dan aku lah si pemotong kuku dari syurga...
5. Then, aku potong kuku Maryam. Sebab terlampau yakin, aku potong terlampau dekat dengan isi, ala, bagai isi dengan kuku! Ended up berdarah jari dia, so far, that was the only one time, lepas tu aku sgt berhati hati.
6. Paling payah aku potong kuku, adalah waktu aku potong kuku abah aku. Dia stroke, xleh jalan sgt, masa tu boleh jalan sikit sikit. Dia duk atas kerusi roda, masa tu melawat farm in the city. Bapak aku ni garang orangnya (aku pon xsaling tumpah). Potong kuku, dengan kene sergah sama banyak, lol!
7. Satu lagi cycle, xsampai lagi, kalau panjang umur, orang lain pulak potong kuku aku. Haih...semoga Allah mudahkan proses potong kuku aku, amin....
Tuesday, November 26, 2019
Syiling dan aku
1. Antara hobi aku adalah mengutip syiling dalam rumah. You will be surprised dengan jumlah kutipan tersebut.
2. Cukup masa, seminggu or dua, aku akan ke kedai beli barang menggunakan syiling. Rasa mcm dapat barang percuma pon ada. Bangga!
3. Ada sekali tu, aku makan nasi dengan Aisyah dan Maryam. Bini kerja. Masa nak bayar, aku kira siap siap duit kat meja sebelum di bawa ke kaunter. Nak senang sebab nak kene dukung Maryam lagi.
4. Sampai di kaunter, belum apa apa, taukey kedai cakap dah ada stranger bayarkan. Rasa bersyukur tetap ada, tapi more to sakit hati sebab syiling kene bawa ke lain hari. Lol!
5. Aku rasa that stranger nampak kesian kot; Bawa anak sambil kira syiling kat meja. Kategori fakir mana ni gamaknya... Next time aku nak siapkan dalam plastik berserta jumlah dari rumah lagi.
Saturday, November 9, 2019
Practice makes perfect
Give me 1 minute, I'll make her smile, give me 4320 minutes, I'll make her memorize my biodata...lol
P/s: Bini balik kampung kes emergency, aku babysitting anak anak.
P/s: Bini balik kampung kes emergency, aku babysitting anak anak.
Wednesday, November 6, 2019
Cuti Itu Bukan Milikku
1. Tadi called mak, mak sedih cakap dah lama xbalik kampung. Bibit-bibit kesedihan merungkai, rasa macam anak derhaka pon ada.
2. Bila fikir balik, dalam dunia ni mmg xboleh nak kejar serentak; masa, duit, kesihatan dan keluarga.
3. Kerja aku ni, cuti setahun dapat 15 hari. Last time aku check, since January sampai November ni, dah lebih separuh aku cuti sebab anak-anak sakit.
4. Kampung laki-bini dua-dua kat Kelantan. Perjalanan 1-way makan masa 6 to 7 jam. Balik baru nak panas punggung dekat satu rumah, dah kene ke rumah satu lagi, sedar sedar dah kene balik KL. Total minimum 4-hari!!!
5. Since wife eden doktor, banyak hari dia kene kerja weekends, so xsemua weekends boleh balik. Den pulak, ada certain weekends kene pergi sites, ada certain weekends kene g aktiviti sekolah anak-anak. Ni tak sambung study lagi ni, kalau sambung, hummmmm... terpikir macam mana laki bini yang kerja doktor, sambung study, kampung sebelah-sebelah, tapi 7jam perjalanan pulang, agak agak kategori 'anak neraka' terus la gamaknya, dah xnyempat balik.
6. Katakan, kalau aku x kawen lagi, xkerja dan duduk rumah, mmg la sepanjang masa duk rumah. Tapi, rasanya jadi biawak hidup aku ni. Minda yang statik akan merosakkan tubuh!
7. So, apa kesudahannya? Jom kita summarizekan;
I don't regret on things yg dah berlaku. No matter what, masalah mmg senantiasa ada.
You do best what you can do, xsempat tolong physical, tolong dari segi lain. Hatta seekor katak membawa air dalam mulut utk padamkan api dalam kisah Nabi Ibrahim.
Apa apa komen, ambil positif dan ubah apa yang patut. Kalau xboleh ubah, xpayah.
P/s: Rezeki orang berkahwin, xberkahwin, ada anak, xde anak, ada kerja, xde kerja, lain-lain semuanya.
Subscribe to:
Comments (Atom)
About Me
- fajarimi
- "Kadang-kadang, aku rasakan hidup aku terlalu menarik, sehinggakan bila masa berlalu, ingin saja aku kembali"




