The Unpredictable Life

The Unpredictable Life
Indah~

Sunday, July 31, 2022

Cerminan Kehidupan

 Memories ni dia mcm cermin.

Masa kita sihat, cermin tu clear one piece.

Bila kita tua, cermin start pudar.

Bila kita sakit/lupa, cermin itu retak seribu. 

Tugasan kita mencari bits and pieces...tugasan kita menggilap cermin itu.




Monday, July 11, 2022

Gajah Baik 

 



1. Hari Jumaat lepas, waktu ambil Musa drp nursery, perasan beliau panas sikit. Kebetulan, hari ni la wife aku balik kampung sorg diri sebab ada urusan keluarga. 


2. Mlm tersebut, beliau started batuk dan panas. Hari Sabtu malam, nampak makin melarat batuk dan demam. Just bagi ubat demam, neb. saline dan salbutamol (betul la kot eja mcm ni, lol). Melarat ke hari Ahad. 


3. Pagi Isnin, nampak mcm dah tercungap sgt dah ni. Bawa ke klinik. Doktor referred to hospital utk further assessment. 


4. Then, bawa ke hospital utk doktor check apa yg patut. Sekali, admission cakap ward penuh. Tapi, hospital akan buat assessment jugak utk bagi ubat yg patut. Bermulalah kisah yang panjang kami di hospital. 


5. Sementara isteri dgn Musa dalam bilik bersama nurses, aku, Aisyah dan Maryam lepak dekat satu corner ni. Jumpa patung gajah. Teringat satu teka-teki given by an Indonesian cleaner to me satu: "Dalam banyak-banyak gajah, gajah apa yang baik?" 

"Gajahat!" 


Lama aku loading baru paham.

Saturday, July 2, 2022

Tabung Rompakan Diri 

 



1. Terima kasih kepada seorang sahabat kerana tidak putus memberi nasihat yang baik kepada orang ramai. Semoga Allah membalas jasa baik sahabat dengan rezeki yang melimpah ruah. 


2. Tabung ni, saya start buat January. Setiap kali saya puasa sunat, atau berjaya kawal diri drp makan lunch yg berlebih-lebihan, saya masukkan disini. 


3. Since setengah tahun sudah berlalu, saya buka utk mid-year review. Alhamdulillah, hasilnya saya masukkan dalam emergency fund saya.

Friday, July 1, 2022

Motivasi Hidup

 



1. Mak aku ni dia sakit, penat nak berjalan.


2. Byk masa dia duk dlm bilik je. Jarang-jarang, dia berjalan dengan perlahan ke ruang tamu.


3. Al kisah, maghrib semalam, aku nampak beliau berjalan dengan laju, ke ruang tamu. Aku kata, eh, dah sihat ke.


4. Rupanya, dia nak tanya. Dia cakap, ada bau wangi tak? Bau mcm bunga kubur. Maghrib ni. 

Aku menghela nafas... Ikin pasang perfume electronic bari beli kot shoppee.


Moral, takut boleh mengatasi sakit tua!

About Me

My photo
"Kadang-kadang, aku rasakan hidup aku terlalu menarik, sehinggakan bila masa berlalu, ingin saja aku kembali"