The Unpredictable Life

The Unpredictable Life
Indah~

Tuesday, October 27, 2020

MCO vs. WFH

 

1. Awal bulan 9, aku pergi full medical check-up yg bawah company punya tu. Alhamdulillah, semua was okay, kecuali asid uric border line. Tapi, doktor kata okay. 

2. First week start balik pkpb, aku wfh. Masuk hari ke-2, sakit gila kepala. Pergi klinik doktor check BP tinggi gila. Doktor syak ada jangkitan dalam telinga, then bagi antibiotik. TCA. 

3. After that, sakit kepala okay, tapi still, BP check kat rumah fluctuate. Hari ni jumpa doktor balik. Check balik BP masih tinggi. 

4. Bincang dengan doktor points no.1 to no.3. Doktor kata mcm ni, awak jaga makan dan exercise elok elok dalam seminggu ni, minggu depan datang balik. Kita tengok apa nak buat nnt. Please be more disciplined and responsible for your own body. 

5. Aku cite kat kawan, dia bantai gelak je. Aku cakap, Zack, kau xde BP boleh jadi 2 sebab; satu kau tak check lagi, dua sebab kau less stress kat rumah sebab bini kau ada. So, terima kasih kat bini kau. Lol! 

P/s: Nah, aku belanja Maryam tgh stress. Sebabnya dia berebut mainan dengan kakak dia. Dengan aku pun stress. Haih.




Wednesday, October 21, 2020

Rumah Sewa

 



1. Kat luar tgh hujan. Xbanyak boleh buat bila hujan, internet kaput, jemur baju xboleh, astr* kelaut. Tengok pokok pisang la jawab dia. 


2. Terimbau zaman kecik-kecik dulu, masa aku patah kaki. Lama xleh jalan. Byk masa duk tenung siling dan juga hutan belakang rumah. 


3. Entah kenapa, terasa nak lepas semua yg ada utk harga sebuah ketenangan. Benarlah kata pujangga, "hati yang tenang harta manusia yang paling bernilai...". 


4. Tapi, kelangsungan hidup harus di teruskan. Ada tanggung jawab yang harus dipenuhi. Semoga Allah mencukupkan keperluan kita semua. 

Bercukurlah, eh, bersyukurlah.


Monday, October 19, 2020

Secrets of life...

 



1. Balik kampung kejap. Tengok mak dan abah. Sekadar mencemar duli, balik sekejap sgt. Balik aim beli barang sikit utk mak, settelkan hal saman motor adik aku (kureng asem punya adik~ lol).


2. Masa dekat rumah mertua, nampak bapak mertua aku duk tenung ikan, sambil main cucu. Sedar tak sedar, umur beliau dah 60 lebih. Alhamdulillah, masih sihat, gaya orang tua la. Yang penting, boleh bawa berborak dan masih boleh kejar Maryam dan Aisyah.


3. Borak dengan isteri...tajuk topik kesihatan. Ikut pemerhatian, put aside gaya pemakanan, gaya hidup sangat memainkan peranan dalam kesihatan. Ikut pemerhatian, kalau dekat pejabat, manusia yg selalu jerit, maki hamun dan sumpah seranah, ditimpa pelbagai penyakit hampir nak mati, walaupun umur baru 40 to 50-an (regardless ramai defend kata hati baik). 


4. Geng geng yang xbanyak argue, boleh control emosi dengan baik, dengan izin Allah masih sehat. Bahkan, wajah nampak berseri walaupun umur 60an...Bahkan, geng geng ni la yang kami orang muda cuba approach bila mana ada masalah teknikal...analogi pada cucu main dengan atuk.


5. Waktu melantak satay dengan bapak mertua, waktu mak mertua dan isteri tengah bergosip dalam bilik, waktu Aisyah dan Maryam tengah main dengan lembu dan arnab, bapak mertua cakap dalam hidup ni, kene belajar forgive and forget. Jangan besarkan benda kecil. Simple!


P/s: tgh tgh LPT, ada satu tempat ladang kelapa sawit nama dia New Zealand. Waktu pagi mmg mcm oversea dah dah....

Kitaran kehidupan... 

 



1. Akan ada satu masa, yang mana you feel like you had enough. Dah penat dengan semua benda. Rasa menyampah dengan semua benda. Percayalah, itu normal. 


2. Waktu itu, berhati-hatilah. Jaga tindak tanduk, jaga tingkah laku dan kata-kata. Sebab sedikit kesilapan akan membawa padah yang panjang. 


3. Masa tu, ada beberapa benda yang boleh anda buat. Boleh bercakap dengan sesiapa termasuk kucing. Xsalah pon. Tapi kalau kucing tu jawab, sila jumpa doktor! Boleh call mak dan ayah, kalau mereka ada lagi. Minta doa mereka, cerita pada mereka. Boleh beli kasut dan jogging tanpa henti, penat jogging sila naik bas untuk balik. Boleh keluar dan berborak dengan kawan-kawan. Tengok apa yang berlaku pada masyarakat sekeliling. Mungkin itu boleh mengubah cara anda berfikir. 


4. Pendek kata, buatlah apa apa yang patut, yang penting anda float, jangan lemas (bak kata seorang sahabat). Dan apabila anda dah lepas fasa ini, ingatlah dua benda; satu, anda akan jadi manusia lebih berguna pada orang lain, kedua, pada masa hadapan masalah ni akan repeat. So, ulangi langkah satu sampai habis. 


Pesanan khidmat masyarakat ini dibawakan oleh abah Aisyah dan Maryam. Hak cipta terpelihara.

Menunggu Mati 

 



1. There was a very senior Pp who worked with me, umur dalam 64 tahun.  Mamat expat ni sgt ramah dan rajin berkerja. Dia duk sebelah meja aku je dulu (skang dah balik ke tempat kelahiran dia oversea). 


2. Waktu penat dan stress buat logs, kami selalu sembang mengarut. Ada sekali tu, aku nak beli TV. Beriya dia suh aku beli sejenis TV ni, dekat kedai ni. Aku dan bini pon pergi la usha, sekali usha TV harga 8k. Xjadi beli, esok tu aku cakap kat dia, mahal TV, 8K. Dia cakap apa? 8k? Murahnya? Dia beli dulu 12k!

Kurang asam! 


3. Ada sekali tu, topik dia pasal kehidupan. Dia kata, up to a point, dia dah tertunggu tunggu akan kematian. Semua kawan kawan dia yang sebaya dia, yang kerja sekali dulu, dah meninggal dunia. Even isteri dia dah meninggal juga, ayah dia, adik dia. Aku tanya, what did you feel? Dia kata, awal awal tu, dia rasa sedih akan kematian. Tapi, sejak dia masuk late 40s, kematian dah terlalu biasa bagi dia. 


4. Dia cakap, kadang kadang dia terpikir, hidup keseorangan ni sgt perit. Biasanya ramai orang pikir hidup lama dan sihat (mcm Wolverine) best. Bagi dia, sekarang dia cakap benda tu menyedihkan. Sebab you have to watch people around you go first, and you know that you will never see them again. It is painful inside. 


Sambung tengok logs....

PIBG


 1. Hari ni sesi berbual virtual cikgu dan parents. Bini aku kerja, tapi sebab dia xpercaya kat aku, tambah pulak cikgu pompuan muda xkawen lagi, dia insists nak join sekali. Lol. 


2. Overall okay je Aisyah, budak normal. Suka main dan payah tido tgh hari. Cuma yang uniquenya, dia byk cakap/bertanya dalam kelas. Soalan dia valid je, tapi kadang kadang too advances. Kalau saya tak control keadaan, keluar silibus pelajaran. Lagi satu, mana dia belajar pasal scientist dan logging formation evaluation ni? Lol! 


3. Meeting tamat dengan gelak ketawa. Cikgu pesan, improvekan arab dan jawi, nanti 2 bulan depan ada exam lagi. 


P/s: Bagi sesiapa yang masih single, ingin berkenalan dengan cikgu, boleh pm saya. Bisa diatur (Agensi Match and Point).

Pendidikan Awal 

 


1. Tahniah kepada pendidikan Malaysia. Budak-budak tak takut ke klinik gigi. Nilai keberanian dan kepentingan klinik gigi byk di terapkan dekat sekolah, cerita kartun upin-ipin dan didi and friends. 


2. Pendidikan juga mengajar dan memberitahu budak-budak akan kewujudan peluang perkerjaan seperti saintis, angkasawan, dll. 


3. Di harapkan pendidikan seperti ini diterapkan ke next level dalam tv, cerita drama melayu dan lain-lain lagi. Byk remaja, pemangku masa depan dah terpesong. Kewujudan bidang hiburan melibatkan remaja yang melampau, somehow memesongkan basic understanding dan fahaman manusia.




Perbualan Sebelum Tido 

 



1. Sejak dua menjak ni, selepas tidurkan anak, kami akan spend masa berborak kosong. Topiknya adalah, kalau kita boleh rewind masa ke high school, apa kita nak buat? Topik kedua, kalau kita ada 20 juta, apa kita nak buat? 


2. Utk soalan pertama, kami cuba kupas, apa yg trigger soalan tu? Stress dengan kerja, rasa nak buat benda lain, rasa xcapai lagi akan sesuatu dll. Cuba kaji balik, kenapa buat apa yg kita dah buat (refer to the pasts). At the end, in summary, 95% kami akan repeat the history. 


3. Utk soalan kedua, kenapa soalan tercetus? Errr, sebab nak kaya? Then cuba kupas, apa yg akan dibuat. First bayar zakat, bayar hutang, simpan a portion and spend another portion. Dah kalau mcm tu mmg sama je kita ni, miskin or kaya. Mmg tu pon yg kita buat....lol. 


4. Zzzz...


Serenity... 




1. For the past 4-5 days, xsihat sgt. Ditambah dengan work from home, selangor xde air, mmg menambah cabaran. 


2. Hari Sabtu lepas, gi klinik, doktor check BP, mmg tinggi. Xpasti BP tinggi sebab sakit kepala, or sakit kepala sebab BP, kinda chicken-egg question. Regardless, doktor bagi ubat rehat. Makan ubat tidur sepanjang masa. Bangun utk solat dan ke toilet je. Terima kasih pada isteri utk uruskan rumah dan anak. 


3. Sewaktu tido, aku mimpi patah balik ke zaman lampau. Waktu tu rasa susah, duit xde, rumah ada tv kecik dan adik-beradik ramai, tapi both parents sihat. Disebalik hiruk-pikuk rumah, terasa bahagia. Rasa lama sangat. 


4. Tersedar bila dengar suara maryam dan aisyah main. Sebelum bangun, masa dekat transition area between reality dan mimpi, aku cakap, i need to go back to the reality. Terasa zalim utk stay mcm cerita Inception tu. “Building A Dream From Your Memory Is The Easiest Way Of Losing Your Grasp On What’s Real And What Is A Dream." (Inception, 2010). 


5. So far, bagi aku, tahun 2020 ni bukan setahun, tapi lebih 33 tahun. Sebab dia bawak aku menjelajah kembali ke masa lampau, dan I have seen too many possibilities of my futures. 

About Me

My photo
"Kadang-kadang, aku rasakan hidup aku terlalu menarik, sehinggakan bila masa berlalu, ingin saja aku kembali"