The Unpredictable Life

The Unpredictable Life
Indah~

Saturday, May 20, 2023

Tidur dan Bangun

 Tidur dan Bangun


1. Pagi ni, lepas subuh, area KL hujan. Alhamdulillah....


2. Dah lama tak rasa perasaan mcm ni. Hujan, tenang, masih cuti so xpayah nak fikir kerja, isteri kebetulan off-day, anak-anak masih tidur...

"nikmat mana yg kamu dustakan".


3. Instead of sambung tidur, aku layan minum kopi depan balcony...fikiran ligat pergi ke masa lepas, masa sekarang dan masa depan. Aku biar je tanpa pengkhususan.


4. Teringat tentang topic perbualan seorang senior tempoh hari. Beliau stress sebab anak lelaki beliau susah bangun. Kalau tak kejut, solat terbabas, lambat ke kelas dan sebagainya.


5. Pada pendapat aku, personally, tidur dan bangun ni adalah "the art of life". Sepanjang aku hidup, dah 36 tahun ni, alhamdulillah Allah temukan aku dgn pelbagai insan hebat. Sejak drp zaman SBP, KMB, USA dan dalam company. Sifat dan perangai mereka pelbagai, tetapi titik kesamaan mereka adalah tidur dan bangun.


6. Kalau kita tahu kita jenis yang payah bangun pagi, kita kena merancang utk tidur awal. Jangan main phone sebelum tidur, jgn layan horror movie atau bantai nasi arab kambing sebelum tidur. Set alarm utk bangun awal, dan yang paling penting, istiqamah dalam usaha ke arah ini.


7. Kalau seseorang itu jenis tidur menonong, tak fikir pasal nak bangun solat, pasal nak pergi kerja, in general, pada hemat saya, beliau ini seorang yang kurang bertanggung jawab. Can you really trust this person dengan kerja, perkahwinan dan sebagainya?


 That is why I said, this is "the art of life"!


8. Secara personal juga, aku dan isteri kat rumah, alhamdulillah jenis yg senang bangun pagi. Bahkan kami berlumba utk bangun awal pagi (secara sihat). Aku rasa agak tercabar, kalau isteri aku yg kejutkan aku awal pagi. Sebab tu, selalunya aku bangun dulu. Isteri bangun selepas dengar aku turun katil, tak sempat kejut.


9. On rare occasions, kalau salah seorang drp kami bangun lambat, then we both know ada benda tak kena; tak sihat, anak demam malam tadi kene berjaga, penat melampau sebab travel jauh, atau merajuk sebab bergaduh mlm tadi. Lol.


10. In summary, I personally think, kita seharusnya berdisiplin utk cuba tidur awal dan bangun awal. It is good for you in every ways. Kena bear in mind juga, berapa ramai antara kita yang tidur, tapi tak bangun. Bersyukurlah!!!


Melainkan anda kerja shift malam, then jangan tidur awal!


P/s: Kilat kuat sangat telah mengejut semua anak-anak. Dah kene start buat kerja dah, lol!




About Me

My photo
"Kadang-kadang, aku rasakan hidup aku terlalu menarik, sehinggakan bila masa berlalu, ingin saja aku kembali"