The Unpredictable Life

The Unpredictable Life
Indah~

Sunday, December 27, 2020

Hidup Baru, Cabaran Baru... 


 


1. Semalam jual sedikit perabot lama, sambil beri barang preloved pada pasangan baru kawen, who are currently menyewa dirumah lama kami. 


2. Suka tengok pasangan baru kawen. Masing-masing baru nak kenal each others, cabaran pelbagai sudut. Depa hias rumah mereka setakat mereka mampu, secantik yang boleh. 


3. Awal perkhwinan kami, someone share few tips/nasihat. Kepada adik-adik yang baru nak kahwin, langkah satu-satu. Langkah pelan-pelan. 


4. Jadikan amalan solat jemaah sebagai rutin. Ada benda kita tahu lebih, ada benda pasangan kita tahu lebih. Solat jemaah saling melengkapi, simbolik kepada kerjasama dan kebersamaan dalam sesuatu. Solat asing-asing byk keburukan selain kurang pahala. Tak kira salah basics yang mengundang pada xsah solat lagi tu. 


5. Jangan menipu kepada pasangan masing-masing. Even you have screwed up something really bad, just say the truth. You may stop something worse from happening, and you dont even knowing it. Paling penting, you gain the trust. Nak kene bebel ke, gaduh kecik ke, biar laa. 


6. Bak kata pepatah, kalau kail panjang sejengkal, lautan dalam jangan diduga. Kalau gaji rm1000, belajar la hidup dengan rm800. Buang la sikap biar papa asal bergaya, pedulikan apa orang kata, termasuklah parents atau adik beradik sendiri. Kalau depa nak bagi nasihat, silakan. Tak bermaksud wajib kene patuh.

Yang lain belajar sendiri. Pelan-pelan kayuh!


Monday, December 21, 2020

Wave110 2011

 1. Balik US dulu, ada la sikit duit utk memulakan hidup baru hasil kerja sambilan masa belajar. Benda pertama aku beli adalah motorsikal, sebab senang nak gerak. 


2. Awal permulaan kerja di klcc, ulang alik naik kuda ni la. Ada sekali tu, masa minggu introduction dekat bangi, aku packed beg hiking naik motor ke sana. Turun pukul 6 pagi, sampai 940 pagi. Reasonnya aku sesat tah mana-mana, siap masuk UPM. 


3. Ada satu cuti yang singkat tu, aku decide xbalik kampung. Sebab boring, naik motor ke melaka. Sampai sampai, hotel penuh sebab xbook in advance. Kebetulan sepupu aku mat lan ada business event dekat satu hotel ni. Dengan muka xmalu mtk tumpang tido semalam, lol. 


4. Ada satu episode tu, aku stressed kerja dan belajar. Aku start moto balik kelantan pakai lpt. Penat naik moto aku tido atas wakaf sebelah surau, kawasan kubur. Balik sehari, esok patah balik KL. 


5. Lepas almost 10 tahun, selamat tinggal sahabat. Semoga anda berbakti pada tuan baru!


Sedekah

 Sedekah.... 


1. Seorang makcik jual nasi ayam berempah, 6.50 satu. Selalu aku gi beli dua (utk Aisyah sekali) sebab malas nak masak. Makcik ni baik, senyum xputus. Ada sekali tu isteri aku ada sekali, so aku tapau 3. Hulur 20, baki diberi 2, seraya berkata hari ni rezeki makcik murah, makcik bagi hadiah pada adik. 


2. Ada satu kes, aku panggil orang pasang kabinet dekat rumah. Aku biar diorg berkerja, manakala aku mengadap logs yang tak pernah habis. Aisyah dan Maryam berlari sambil bermain. Selesai kerja, seorang perkerja bagi duit 10 seorang pada anak-anak. Aku kaget...dia berkata, buat baik dengan budak sunnah nabi. Terpana aku! 


3. Ada makcik jual nangka madu tepi jalan bukit antarabangsa. Ada satu waktu tu, hujan, aku berhenti, tgh kalut cari payung, makcik tu redah hujan datang tanya nak beli apa. Amik order, terus gi amik barang patah balik. Makcik dah biasa dengan hujan nak... 


"Mereka itu adalah golongan yang berkasih-sayang kerana Allah tanpa ada pertalian persaudaraan antara mereka dan bukan kerana harta-benda. Demi Allah, muka-muka mereka adalah "cahaya" dan mereka berada di atas "cahaya". Mereka tidak takut meskipun manusia lain berasa takut, dan tidak bersedih ketika orang lain bersedih..." quoted. 


"Ketahuilah sesungguhnya penolong-penolong agama Allah S.W.T itu, mereka tidak takut dan tidak bersedih (surah Yunuus Ayat 62)"



Graduation Goggles

 Graduation Goggles 

(quoted from HIMYM) 


1. Sudah siap repaint dekat ruang tamu, dah siap cuci the whole rumah (upah orang, pakai apps GRAB). As a gesture of terima kasih pada tuan rumah, dan rumah tu sendiri kerana bersama kami masa susah dan senang. 


2. Tadi quick tour dengan penyewa baru nak masuk, explain lebih kurang apa yg kami tinggal dan apa yang dia kene pay attention.  Ternampak kelibat diri sendiri, anak, isteri, families dan kawan-kawan yang pernah hadir dalam rumah... 


3. Paling byk nampak Aisyah masa kecik drp merangkak, berjalan sampai berlari. Aisyah ni, masa dia kecik, bini aku masih housemanship dekat hospital paling busy di Uganda. So, byk masa aku yang jaga. Itu yang segala benda xmunasabah jadi tu. Alhamdulillah jadi orang. 


Orang berbudi, kita berbahasa,

Orang memberi, kita merasa.




Appa

 Appa (from Avatar, The Last Airbender) 


1. Hari ni, majlis graduasi Aisyah. Majlis sangat singkat penuh dengan sop. Datang 15minit utk amik gambar dan sijil, balik. 


2. Otw balik, tgh drive kereta kat jalan besar, aku nampak ada sorang Bangladeshi naik moto brake emergency. Aku slowed down, perhatikan, bila dekat aku baru nampak, aku pulak brake emergency dan mengelak. Anak kucing tengah jalan! 


3. Sewaktu cari selipar dekat seat belakang (aku drive kaki ayam), aku nampak brother tu pertaruhkan nyawa dia pergi tengah jalan peluk anak kucing tu. Terus berlari kearah aku. Dia cakap melayu ala-kadar, please amik kucing ni, jaga dia. Nampak susuk tubuh pakaian dia buruh kasar, dengan debu dan peluh dibadan. Sebak! Aku amik.

4. Xsampai hati nak letak anak kucing tu tah mana-mana, discussed dengan wife, kita jagalah kucing ni. Terus bawa ke pet-shop, mtk nasihat penjagaan dan barang-barang. Atas nasihat penjaga kedai, bawak kucing ke veterinar utk suntikan dan ubatan. Dah la belum gaji, ku gagahkan diri sambil sepi membayar. Lol. God bless whomever created credit card! 


5. Drp petang sampai malam, Appa xmakan. Last sekali, amik makanan, letak dekat tangan, baru makan. May Allah bless brother Bangladeshi tadi, akak pet-shop tadi, dan veterinar tadi. Kalau Appa umur panjang, kita akan jadi kawan baik!


About Me

My photo
"Kadang-kadang, aku rasakan hidup aku terlalu menarik, sehinggakan bila masa berlalu, ingin saja aku kembali"