The Unpredictable Life

The Unpredictable Life
Indah~

Wednesday, November 12, 2025

Statistics

 1. First time aku kenal subject ‘Statistics’ adalah masa buat preparation dekat KMB in year 2005. In short summary, subject ni pasal ‘the study of collecting, organizing, analyzing and interpreting data’ dalam membantu kita buat keputusan.


2. Senang cite, dalam hidup kita ni, xde benda yang kebetulan. Semua yang terjadi bersebab dan ada tandanya. If you pay enough attention, you can make the best decision dlm sesuatu benda.


3. Satu hari tu, sebelum cuti semester, lecturer aku bagi tugasan; aku kena buat statistics kemasukkan kenderaan dalam stesyen minyak, kategori tayar lebih drp 2, pada masa yg berbeza dlm masa sejam. Waktu tu adalah pagi, Tengah-hari dan senja. Asingkan ikut jenis; kereta, van, lori etc.


4. Lepas tu aku tanya; “Katakan ada lori yang bawa kereta masuk, nak kira mcm mana? Sebab kereta tu tak masuk voluntarily, tapi di bawa masuk secara paksa-rela. Nak kira ke tak?”


5. Sebelum cikgu tu jawab, dia gelak sambil mengeluh; 


“Saya mengajar selain drp kelas awak, ada 2 kelas yang lain. Dan, tugasan ini adalah sama seperti tahun-tahun lepas. Saya dah mengajar lebih 10 tahun. Mengikut statistics yg saya buat, akan ada seorang or 2 orang yang akan tanya soalan yang mcm ni pada saya setiap kali tugasan di beri. Dan rata-rata mereka berasal drp Pantai-Timur. 


Saya dah expect soalan ini, cuma saya tak pasti kenapa ini terjadi. Jawapan utk soalan awak adalah, awak consider benda tu, dan nnt compare if you remove that. There will be disturbance in the statistical analysis, occurring only within a specific time frame.”


6. Kami gelak je waktu tu. Selepas tu, masa cuti, aku duk sebelah pam angin, pagi tu utk kira kereta. By tgh hari aku dtg balik duk situ. Drp jauh aku nampak pekerja pam minyak dtg bagi air dan tegur aku; “Kau buat apa kat sini?”


 Rupannya member sekelas aku masa form1-3 dulu. Lepas aku cite tugasan aku, dia bantai gelak. Dia cakap dia ingat budak tak betul mana datang duk stesen minyak dia kira kereta tadi. Btw, lupa nak cakap, aku datang kayuh basikal (vehicles were scarce during my time), park sebelah pam angin, duk kira kereta selama sejam. 


7. Selepas lebih 20 tahun, aku rasa explanation utk #5 adalah; Lori bawa kereta jarang berlaku dekat area kampung aku pada zaman itu, dan bila mana ia berlaku, I cannot help myself but to pay attention for it. As simple as that. Lol!


About Me

My photo
"Kadang-kadang, aku rasakan hidup aku terlalu menarik, sehinggakan bila masa berlalu, ingin saja aku kembali"