Saturday, May 2, 2020
We hate changes...
1. Few days back, dapat surat kene tukar department. Selepas 4 tahun, plus or minus...
2. Walaupun aku selalu merungut kat tempat kerja lama, the moment I got that letter, the Graduation Goggles (HIMYM, 2012) was put on.
3. Tetiba aku terpikir betapa boss aku dulu baik orangnya, walaupun dia xberapa reply email, dia sebenarnya baca dan took actions quietly. Buktinya, setiap requests selalu setel, dan bila terserempak dia akan address the highlighted issues dengan aku. Anak aku demam, dia pm bagi kata kata semangat. I miss you boss.
4. Walaupun aku selalu bertekak dgn PP fellow yg duk belakang aku, sebenarnya "pertekakkan" kami constructive. Pasal SHF, clastics, carbonates, diagenetic...last week baru kami discuss pasal Pickett plot.
5. Daripada smalam, automatically aku cari seribu satu alasan utk stay as long as possible.
Bangun pagi sebelum kerja, basuh baju. Tapi bini jemur!
Tetiba teringat Aisyah ada homeworks. Lupa nak buat! bini kata dia dah settlekan!
Kunci motor xjumpa cari, anak aku tetiba keluarkan drp bekas mainan dia!
5. Fine!!! Otw nak hantar maryam, maryam pooped! Thank God! Boss, kene EL ni, sebab nak kene bersihkan yg bersepah. Takes so much time.
6. I guess, esok mengadap je la reality.
P/s: office baru aku hanyalah 100 meter drp office lama, but still...
Lessons learnt.
1. Somewhere in 2011/2012, aku ngn sorg member aku baru start jadi PP. Both of us di assigned utk jaga satu field ni.
2. Masa handover project, kami diberitahu salinity field adalah sekitar ##. Since that seniors baik ngn kitorg, kitorg telan bulat bulat.
3. Bila datang custodian PP ni (British), dia questioned kan Sw, sekaligus arahkan kitorg utk re-plot Cwa and Picketts.
4. Waktu tu la baru belajar pasal those plots. Yang hairannya, plots suggested salinity lain. Since custodian tu gemuk dan xhandsome, dan seniors kitorg selalu belanja makan, kitorg decided utk percaya those seniors.
5. Selepas discussion, 2 mangkuk hayun, kitorg la tu, decided utk force the data atas plots (ada la cara dia). Cantik... Masalah timbul selepas 3 minggu kemudian bila buat modeling...sampai ke sudah Sw xmatch.
6. The custodian turun padang dan investigate. Xsampai 10 minit, dia figured out the problem.
"Asal gradient-plots kau negative, bukan positive?" Kitorg mcm mayat dah masa tu. Dengan tenang, dia suruh replot the data, dan guna result utk test modeling. Apabila buat, masalah setel!
7. Semenjak hari tu, I learnt few things:
xkisahlah sapa yang bagi tau aku something, aku akan verify.
Someone hold certain position for a reason! So, kalau ada anak anak ayam cuba question a custodian, berhati hatilah. Because the odds adalah anak ayam yang salah sebab kurang pengetahuan.
Xyah nak menipu dalam hidup ni. Salah cakap salah, xtau cakap xtau. Senang! Kita kan bodoh, mengaku je la. Nnt ada la orang ajar.
P/s: nah aku belanja video Ayyam (from The Good Dinasour) nak tido.
Eureka!
1. Ada satu learning cardboard ni, aku ajar Aisyah bila mana aku rajin.
2. Objectives nak suh pandai sebutan English sikit, kenal animals, their body parts. So far, okay la. Aku x istiqamah mengajar.
3. Pagi ni, bangun drp tido, Aisyah cakap, dia dah tau dah Didi, Nana dan Jojo tu apa? Aku blur...maksud mu, anakku?
4. Aisyah cakap, mereka semua ayam.
Aku provoked, How do you know?
Kenapa bukan burung?
5. Tengok sini, kalau burung, diorg xde yang 'ni'. Ayam je ada yang 'ni'. Aisyah gigih mengajar aku kat cardboard, sambil tunjuk pada balung.
Ooo, aku pulak yg mcm bodoh, xpernah terpikir. Lol!
Latihan...
1. Few years back, masa abah aku masih boleh jalan, aku sewa boat bawa mereka bersama isteri dan Aisyah ke Bukit Keluang. Maryam masih tiada dalam perancangan. Xsalah aku, boat charge rm20/head.
2. Kat tgh pulau, aku sarung safety jacket, gi snorkelling tengok ikan. Air paling kurang 5 meter dalam. 2 meter drp aku, ada sekumpulan lelaki dan perempuan, tgh berenang huha.
3. Aku pon tegur dan borak, mereka bukak pelbagai cerita, orang muda, aku layan je...dalam agak 30 minit, aku baru perasan, depa xde any gears pun; safety jacket dan goggles.
4. Aikk, mana abang dan kakak punya gears? Aku berbahasa...
Selepas penerangan, aku difahamkan, mereka actually JPAM dan bomba, tengah berlatih bersama...
Yang berani menyelam ke bawah dasar tu la jurulatih in charges...
Wow!!! Kagum + Kaget utk seketika.
P/s: Adik aku nak pinjam phone, tanpa byk songeh, aku bagi je...berserta mesej!
Kalau dah bukan rezeki...
1. Arakian satu ketika dahulu, uncon team nak hantar aku ke US utk training selama 2 minggu. Aku excited gila seraya menjawab, yes! Please send me! Selepas dia flashed proposal, xmasuk muka surat kedua lagi, aku terpaksa menolak. Bila ditanya kenapa, "That is when Maryam is due...".
2. Ada pulak satu ketika, team plan utk buat experiment PP-lab kat canada. Sebelum start apa apa, aku proposed nama orang lain; bini aku tgh pantang...
3. Ku sangkakan panas sampai ke petang, rupanya hujan di tengah hari... di sebabkan this COVID thingy, nampaknya goodbye Amsterdam...
Xpe, ada hikmah orang kata...
Say good words...
1. Senantiasalah memberi nasihat, because you never know who will be listening.
2. Masa aku kerja cleaner dekat hospital daerah dulu (nnt ada masa aku sambung cite ni), ada sorang hamba Allah ni bagi nasihat;
"Bila kau start kerja, first thing kau buat adalah settlekan benda wajib; hutang, sewa, zakat, saving dan hadiah pada parents dan saudara terdekat"...
3. "Balance then guna utk makan dan enjoy sikit sikit. The moment kau rasa duit makan dan enjoy too much, revise no.2. Kalau tak, nnt dia 'auto' revise. That moment you would not like it so much!"...
4. Ever since aku start kerja drp tahun 2011, sampai skang, benda first aku buat adalah this excel sheet.
P/s: orang yang bagi nasihat tu adalah taukey stesen minyak besar di daerah aku. Masa tu, aku jumpa dan borak dengan dia masa menunggu giliran bank di bandar.
MCO Day ##
1. Hari ni masuk hari ke berapa tah, aku tak kira. WFH pulak, ada hari sibuk, ada hari okay saja.
2. Selalunya, dek kekangan sumber asli (isteri xde sebab kerja hospital), aku bangun awal around 530 to 600 am utk setelkan kerja. Pasal stress sikit sikit tu xyah cite la...
3. Topik hari ini, stress di kalangan budak. Thanks to wife, kitorang detect Aisyah alami symptom stress aka tekanan.
4. To begin with, dia cepat merajuk. Dia selalu cakap dia bosan nak jumpa kawan kawan, dan dia menangis utk benda benda simple; tengok movie, masa main, masa cakap dan etc.
5. Paling drama, bila isteri balik kerja petang atau malam, di peluknya isteri. Ajak main dan berbual. Isteri pulak penat. Di luah mati emak, di telan mati bapak... Sebelum ni, x macam tu. Teringat pulak perasaan tu masa buat PhD dulu, God damn it!!!
6. Bila ini jadi, hands down, kerja letak tepi, pikiaq apa nak buat. Beli mainan, phone and video calls dengan kawan kawan dia dan etc. Hopefully membantu la sedikit sebanyak...
7. Sila perhatikan anak-anak anda... kalau xde anak, boleh consider kawen! Lol
P/s: Beliau satu ketika dahulu...
Tips Potong Rambut
1. Musim MCO ni, pelbagai bidang kerja aku ceburi. Antaranya adalah gunting rambut sendiri. Here are the tips...
2. Mula mula, beli mesin gunting rambut. Shopee delivery ada je.
3. Malam sebelum gunting rambut, kau kemas rumah, sapu bersih bersih. Lipat baju dan basuh pinggan. Jaga anak anak, mandikan, dan sikat rambut mereka, pakaikan mereka baju cantik cantik. Agar bila mana isteri kau balik kerja, dia kagum dan terhutang budi dengan kau.
4. Bangun awal pagi, gunting rambut kau sehabis baik. Buat belah tepi dan depan. Hati hati, kene buat kasi kemas.
5. Tinggal bahagian belakang dan atas, kejut bini kau, mtk tolong potong. Sebab dia masih good mood (refer no. 3), dia akan buat sehabis baik.
Good luck!
Trip aka jettak
1. Dugaan kita hari ni lain sikit. Ada dua soket xleh pakai, on je trip. Sekaligus dia affect wiring lampu toilet. Tukar starter, mentol pon xjalan.
2. Aku kenal brother indonesia ni kat surau sini. Pekertinya baik sekali. Sebelum ni, selalu terserempak dia hantar isteri (kerja cleaner), dan nampak dia dan kawan selongkar dumpster cari barang recycle.
3. Tadi, waktu menghala ke rumahnya, nampak dia dan kawan lepak di beranda. Dia tersenyum dari jauh lagi. Dah sebulan xkerja katanya. Aah, kebetulan bang, mtk tolong tukar soket dan lampu, hehehehe.
4. Waktu buat kerja, dia berborak. Katanya belajar semua ni melalui kelangsungan/kemahiran hidup. Aku cakap, aku pon ada kelas tu dulu kat sekolah menengah...tapi saya masih bengap bab praktikal. Dia nampak blur...dia kata dia xabis sekolah rendah pon. Then aku baru paham, maksud dia pengalaman...
5. Bila siap, aku nak bayar upah, dia malu malu nak amik. Bagi jugak, dengan ungkapan, kita sama sama susah bang, saya tolong abang kot ni, abang tolong saya kot sana...
Sambung cari data...terpikir, masalah aku ni xseberapa sangat compare to sebulan xkerja...
Subscribe to:
Comments (Atom)
About Me
- fajarimi
- "Kadang-kadang, aku rasakan hidup aku terlalu menarik, sehinggakan bila masa berlalu, ingin saja aku kembali"





