The Unpredictable Life

The Unpredictable Life
Indah~

Sunday, March 20, 2022

Hospital

 



1. Hari ini, Allah bagi peluang utk spend masa dekat hospital perempuan dan kanak-kanak. Berada di lobby ni semenjak 7pagi sehingga kini, ada urusan masih belum selesai. 


2. Sempat menemuramah 3 orang brothers. These are their stories... 


3. Sorang brother ni bawak anak dia appointment post-operation check up. Umur anak dia 8tahun, dia muda 2tahun drp aku. Anak dia ada tumour dlm kepala. First tahu 2020, anak dia pening kepala dan mata kabur. Lepas check-up, confirmed tumour. Operation done 2020 jugak, dekat hkl, sebab pakar very limited. Rumah dia dekat Senawang. Cost byk habis sebab ulang-alik dan rawatan susulan dirumah. Byk masa dia buat OT dekat kilang utk cover balik. Waktu lunch, dia berkeras xnak makan, katanya tak lapar. Anak dia je makan. Walhal dia turun rumah seawal 7pagi lagi, skang dah waktu lunch. 


4. Sorang brother ni, dia agak senior sikit nampaknya. Paras rupa, pakaian dan tutur percakapan sgt sopan dan disiplin. Abang poliskan? Haah, betul. Jawab dia. Mana tau, lol! Spesen je semua bang, dia gelak je. Isteri dia pregnant 38 minggu, tapi kene operate sebab ada rahim jatuh??? (Aku xpaham sgt, maafkan saya. Kalau saya faham, nescaya saya kerja disini). Ni kandungan ke 7dah, anak ada 2, yg lain semua meninggal. InsyaAllah, ada rezeki abang dan isteri masuk syurga, ada 5 anak doakan abang tu. Beliau mengantuk, tak cukup tidur. Katanya dah 2 hari duk sini, rehat dlm kereta je. Cost mahal sgt kalau duk hotel. Lagipun xleh tidur sgt pun. 


5. Brother yg satu lagi ni kalut dan kelakar sikit. Beliau daripada selayang. Kene datang sini. Waktu dekat kaunter bawah, petugas ckp boleh buat RTK saliva tu je, buat depan petugas. Sekali depan labour room, kene tahan. RTK test kene buat dekat klinik, official report. Bergegas ke klinik 24jam berhampiran, pastu otw balik ke hospital, sangkut jammed dengan orang nak pergi kerja. Sampai-sampai anak dah keluar. Sebab frust dia turun makan dulu. 


6. Hmmm, ini antara sebab kenapa kita perlu sambung belajar ke peringkat tinggi. Sebab tenaga pakar utk sesuatu bidang, sgt terhad. Tapi... nak sambung belajar ni byk dugaan dia, masalah keluarga, masalah duit, masalah boss ikut kepala dia je, masalah dan dugaan silih berganti. Tapi, itulah dia, part and parcel. Kalau anda mampu, silakan. Saya doakan anda berjaya dan diberkati. 


Hospital walls have heard more sincere prayers than mosque halls!

Monday, March 14, 2022

Jalan Hidup



1. The other day, masa WIO, I was talking to a technician. She was purely overjoyed and happy on a news. Aku tanya la apa cite kak (sambil-sambil nak kill the time before balik). Akak ni dah 13 tahun kerja.

2. Dia cakap, kawan dia baru promoted jadi executive, after completing her degree study. Dia sikit lagi nak habis, lagi dua bulan.

3. Aku tanya lagi, serba sedikit pasal tersebut. Dia cakap, dia buat part time study degree selama 5 tahun, every weekends, from morning till night dia punya class. Professors pula strict, kelas kene attends regardless of whatever reasons. Masa dia kawen, dia kene attend kelas. Kawan dia accident motor, pun kene attend kelas.

4. Selama 5 tahun ni, byk pengorbanan yang dibuat. Weekends xbalik kampung, waktu siang kerja, malam buat assignments dan mcm-mcm lagi. Ramai yang quitted tgh jalan, alhamdulillah dia dan kawan dia mampu bertahan.

5. Antara sebab kenapa dia nak sambung study tu, satu, gaji mmg beza. Starting gaji utk executive sama mcm basic salary dia + overtime yang dia buat mcm nak mati. Terkedu aku dengar, gaji technician ni mmg tak besar, sebab aku tahu basic salary executive tak besar mana pun (kat tempat aku la, kat tempat lain xsure). Second, insurance coverage dia revise up berbanding technician. So, dia sgt appreciate bila dapat insurance coverage yg slightly higher as compared to now.

6. Aku ucapkan terima kasih utk cerita dia. Sepanjang jalan aku balik, atas motor, tak putus aku ucapkan alhamdulillah dan kenang balik, rezeki Allah bagi utk buat degree. Tak pernah terpikir ada sesetengah manusia Allah tak bagi rezeki tersebut.

Fabiayyi ala irobbikuma tukadziban…



Saturday, March 5, 2022

Amik Port

  



1. Since acara tgh trending, awal minggu lalu, tuhan pilih aku dan isteri menyertai acara ini. Ingatkan 'tak layak', tetapi tuhan merancang, terpilih jua. Anak-anak negative. 


2. Nasib baik bekalan sardin ada 3tin, ikan kembung, pelaling dan telur ada stocks dlm rumah. Tempoh quarantine diisi dengan acara rehat dan makan. 


3. Bagi sapa yg tak pernah kene, keep on praying dan usaha utk tak payah masuk la. Sakit dada, demam, sakit kepala, batuk tak henti, sakit sendi badan dan sebagainya. Makan panadol je la mampu, paling teruk telan ubat batuk mlm-mlm. 


4. Alhamdulillah,  acara dah abis. Tinggal sikit lagi. Semoga Allah dah tak bagi dah participate dlm acara ni. Xnak. Xsanggup dah. May Allah protect all of us from this disease. 


P/s: Boring duk rumah xleh keluar ni, buat la activities utk kekal sihat mental...

Different League 

 



1. Dulu, awal-awal kerja, aku satu team dengan expats PP ni. Ada 3 org senior PP, umur range 56 to 60. 


2. Satu hari, sempena TGIF, diorg berborak dan plan nak tgk wayang weekends waktu tu. Cite Amir Khan yg baru keluar waktu tu, PK. Depa suh aku check waktu tayangan. 


3. Dgn innocent nya, aku buat apa yg disuruh. Aku bagitau waktu tayangan pada depa sambil check harga sekali, utk TGV dan GSC. Lepas tu, aku cakap/suggest, tiket weekends mahal sikit, tambah pulak movie baru. Dlm rm18 per kepala tak salah aku. 


4. Dah orang tua, duk terbayang nenek dan atuk aku, aku kesian. Aku made extra efforts mtk kawan aku download kan bluray quality movie tersebut, dan pas pada depa.  Mereka senyum je, amik movie tu, cakap terima kasih. Later, aku dapat tau mereka pergi jugak tengok movie tu. Aku diam je la, sambil pikir kenapa la nak bazirkan duit tu. 


5. Byk tahun kemudian, selepas aku paham situasi, baru aku boleh rationalize kenapa/mengapa tindakan mereka tu. Mereka tu expats, dah berusia, anak-anak pun lagi tua drp aku dan masing-masing dah berkeluarga sendiri. Ada diantara mereka isteri dah meninggal. 


6. Tujuan mereka nak keluar sebenarnya lebih kepada nak bersosial dan keep them active. Agaknya, bila aku offer solusi murah illegal kepada mereka tu, mereka just ambil walaupun xguna sebab mereka nak jaga hati aku. Lagi pun, mungkin mereka tak sampai hati nak cakap, yang tiket tu mungkin mahal bagi aku, tapi bagi mereka mcm kacang je. Later, aku baru tahu rupanya gaji expats dan seniors mcm mereka, tiket tu hanyalah 0.025% gaji mereka sebulan. 


7. Manalah saya tahu. Dalam keluarga saya, paling kaya saya pernah jumpa adalah pakcik saya yang kerja dekat PPD. Tu pun cukup bulan depa selalu puasa sunat utk kemaslahatan ekonomi dan kesihatan. Kenangan dah semua tu. Mereka dah pulang ke negara asal mereka. Ada yg dah meninggal rasanya. 


P/S: Gambar from event lama, circa 1925 masihi.

About Me

My photo
"Kadang-kadang, aku rasakan hidup aku terlalu menarik, sehinggakan bila masa berlalu, ingin saja aku kembali"