The Unpredictable Life

The Unpredictable Life
Indah~

Monday, January 24, 2022

Dah Tua... 

 



1. Minggu lepas, waktu weekends, terjaga drp tidur around 2 am. 


2. Terfikir bahawasanya aku ni dah tua. Tengok anak-anak yang kian membesar. 


3. Teringat pulak dekat arwah ayah. Dulu, masa aku dah boleh start ingat dan enjoy suasana, ayah aku sebaya aku la. 


4. Lepas tu dah boleh predict apa yg bakal berlaku... Anak-anak sekolah menengah, masuk uni, berkerja dan start ada anak on their own. Cepat pulak masa berlalu. 


5. Bak kata pujangga, 'masa mmg bergerak pantas, kecuali seminggu sebelum gaji'.

Wednesday, January 19, 2022

Naik Motor ke Sekolah




1. Almost every morning, otw ke tempat kerja, aku akan hantar Aisyah ke sekolah. Perjalanan bertambah 20 minutes, sebab kene detour, depending on traffics, berbanding biasa. Maryam, mak dia yg hantar sebab dah mmg otw.

2. Itu adalah lebih baik, sebab kalau wife aku yg hantar dengan kereta, perjalanan bertambah minimum sejam utk beliau.

3. Almost setiap pagi juga, aku akan jumpa sorang akak ni, juga naik motor, bawak dua anak dia ke sekolah berhampiran. Anak dia aku kira dalam 11 to 12 tahun. Selalunya aku akan jumpa dia dekat traffic light depan masjid.

4. Akak ni rendah orangnya, sama tinggi dengan anak-anaknya. Beliau naik motor kapcai lama. Disebabkan faktor sizes, tiga orang atas motor nampak sgt menyedihkan. Sayu dan sebak menunggu lampu tukar hijau. Aisyah pula sentiasa menyayi/bercakap dekat belakang. Satu hari nanti, anda akan lebih appreciate hidup ni Aisyah...

5. Kalau kita interview, mungkin byk lagi kisah yang akan terkeluar. Kita takt ahu! Yang kita tahu, ibu akan buat sehabis baik utk anak-anak.

6. Semoga adik-adik menjadi pelajar pandai, mendapat rezeki melimpah ruah, berjaya di masa hadapan. Balas la jasa ibu anda! Paling tidak, doakan beliau!

Monday, January 17, 2022

 Berjalan-jalan Tanpa Teman 




1. Pernah tak terpikir, mcm mana nak keluar jalan-jalan, pergi mall, atau naik flight, bawa anak kecik tapi isteri tiada (maybe lari marathon, atau kerja, atau balik kampung sebab emergency, atau isteri merajuk xnak keluar dgn kita? Lol). 


2. Mcm mana nak pergi toilet? Nak solat kat surau? Kalau tinggal dekat luar toilet, atau surau, kene culik ke, hilang ke, haru biru hidup. 


3. Cara yang selalu aku buat adalah, tumpang guna toilet handicap, ajar anak pegang pintu jgn toleh. So far, alhamdulillah,  okay berjaya, sejak drp zaman Aisyah sorang lagi. Skang ada Maryam, tinggal nak kene replicate/implement je. 


4. Sama jugak mcm solat. Letak anak kat tepi atau depan, suruh mereka duduk atau baring. Pastu solat la. Another tips adalah, kene tinggikan suara kalau dia buat benda bukan-bukan. So far alhamdulillah mereka  stop. 


5. Awal-awal mengajar, tak seindah yang dibayangkan. Pernah sekali, sewaktu buang air, anak-anak depan pintu, Maryam bukak kunci, haru den. Alhamdulillah ada orang kat luar yg tgh tunggu toilet tolong tahan pintu drp terbuka. Terima kasih cik....malu tolak tepi. Lol. 


Selamat beramal!

Thursday, January 6, 2022

Coretan kisah lalu...

 


 


1. Few years back, sambil mengadap logs, aku berbual kosong dengan kawan aku ni, dia Geophysicist. 


2. Aku tanya dia, kau ada personal insurance/takaful tak selain company punya? Dia gelak dan tanya aku, kau agent ke? Lol. Tipikal je jawapan... 


3. Aku cakap, aku tgh nak cari utk anak-anak aku. So nak tau choices yg ada. Dia cakap, ada. Dia amik yg basic dgn kawan dia, sebab nak support member. 


4. Fast forward, 2020 dia di diagnosed cancer. Duduk kat hospital swasta lebih sebulan, insurance company dah nak limit dah... parents dia concerned, dan bagi tau dia pasal pihak hospital dah maklumkan hal tu. Sebelum tu, parents dia pun xtau pasal external insurance/takaful tu. Dgn tenang, beliau menyelamatkan keadaan. Takaful yg beliau amik sebab nak bantu member, akhirnya membantu beliau balik. Kurang satu masalah pasal costs. 


5. Tapi, umur beliau tak panjang, cancer mengganas, dan beliau kembali kepada Pencipta. 


Riwayat daripada parents beliau 3 bulan lepas, sewaktu menghantar Barang-barang personal kepada mereka. 


Saya bukan agent.

About Me

My photo
"Kadang-kadang, aku rasakan hidup aku terlalu menarik, sehinggakan bila masa berlalu, ingin saja aku kembali"