The Unpredictable Life

The Unpredictable Life
Indah~

Wednesday, August 18, 2021

Kerambit

 1. Otw balik jogging pagi tadi, dari jauh nampak motor terhuyung-hayang, berdebuk jatuh. 

2. Dari jauh nampak 2 orang pakcik berdekatan (umur dlm 60) datang tolong. Penunggang lelaki sekitar 23 to 25, muda lagi.

3. Bila aku sampai dekat, aku tolong la jugak. Rupanya baju labuh (mcm cardigan) dia masuk dlm tayar belakang, sangkut dekat sprocket. Aku cuba tarik tapi xberjaya, kemas tersimpul.

4. Sekali, pakcik tu keluarkan mcm pisau dari sisi pinggang, hulurkan pada aku utk potong baju tu. Aku tengok betul-betul sebelum guna.

5. Eh, ni kerambit ni. Pakcik tu gelak, guna je la, dia cakap. Ada la dlm setengah jam baru berjaya. 

6. Aku tongkat dua motor, check penunggang dan motor. Motor byk rosak, tapi boleh start dan jalan lagi, penunggang berdarah. Pakcik tu nasihat mcm ayah-ayah, amik motor ni, balik terus. Bagi tau parents, jgn takut. Nnt ajak parents pergi klinik.

7. Sebelum aku blah, pakcik tu cakap, bagi balik la benda tadi. Lol, nasib aku tak masukkan dlm poket.

8. Pengajaran dia, naik motor jgn pakai pakaian loose. Bahaya. Lagi satu, jgn cari pasal dgn orang-orang tua, kau tak tau dia ada ilmu apa.

P/s: Kerambit adalah antara senjata paling merbahaya.


Friday, August 13, 2021

Jadi Cikgu

 Comel je, si kecik mengajar si kenot




Tuesday, August 3, 2021

Marah dan Barah


1. Satu ketika dulu, aku kagum dengan golongan seniors yang too outspoken, dan sgt tegas dan lantang dalam menyuarakan pendapat. Kalau dalam meeting atau discussion, these people are mocking others.
2. Satu ketika dulu, aku rasa kurang senang dengan golongan yang pendiam, dan kurang tegas dlm menyuarakan pendapat dlm meeting. I thought they were not trying enough.
3. Later, down the road, God made me realise that, no.2 people are the brightest, a rare breed and we should educate others to be them.
4. You never know everything 100%. Even if you think you are, others might as well. That is the reason why should not be no.1 too much. Sikit-sikit tu boleh, sebab it needs serious efforts and practices to be no.2
5. Another reasons, manusia ni mcm budak. When they make mistake, when they want to look for help, when they want some guidance, they will go for no.2. Meanwhile, no.1 is a big no no!
6. Kita bukan nak jadi no.5 sgt, tapi Petrophysics-101 mengatakan, there is always something filling the voids; if not water then hydrocarbon. Kalau budak-budak tak jumpa org baik jadi guidance, mereka akan jumpa orang jahat!
Be humble, be kind!

Proposal


1. Dulu, masa belajar satu subjek ni, theory of knowledge nama dia, ada satu tugasan. Aku lupa dah apa specific tajuk dia, tapi aku buat satu proposal pasal organ donation dikalangan banduan yang telah dijatuhi hukuman mati.
2. Antara benda yang aku buat, jalan kaki drp kmb ke klinik kesihatan berhampiran. Bas xavailable waktu tu rasanya, layan je la, sambil-sambil keluar outing ke aku mmg xsihat waktu tu, xingat. Bila jumpa doktor bertugas, aku utarakan pendapat aku, dan mtk pendapat dia. Ada jugak satu scenes tu, aku ke balai polis daerah utk soal selidik isu kemiskinan dikalangan penjenayah. Hmm...pikir-pikir balik bagus jugak tugasan mcm ni. Sempat la merasa interview pegawai khas dalam bilik siasatan jenayah.
3. Antara topik yang dibincangkan adalah, kita kena create awareness dikalangan manusia, akan kepentingan organ kepada yang memerlukan. Masa soal selidik dekat pasaraya, ramai yang menolak utk derma organ sebab alasan takut mayat tersiksa, mayat lompong, organ badan milik tuhan dan kene pulang balik etc.
4. Bila soalan diajukan pada pesakit, mereka berharap utk menerima organ tersebut utk kelangsungan hidup mereka. Bahkan, mereka berazam dan komited utk menjadi penderma organ dimasa hadapan, sebab mereka mengerti akan keperluan atas sesuatu.
5. Antara kesimpulan bodoh yang aku tulis dalam kajian aku pada waktu tu, manusia ni, in general, semua benda payah dan tak boleh bila diminta sesuatu, tapi tetiba jadi boleh bila mengharapkan sesuatu.
6. Lagi satu, mengikut data waktu tu, kebanyakkan pesalah yang kene tangkap dalam daerah tersebut, rata-rata pendidikan sekolah menengah je, ada yang tak habis. Sekaligus menekankan kepentingan sekolah dan ilmu dlm masyarakat.

Kerja dan Cita-Cita

 Kerja dan Cita-Cita

1. Dulu masa high school, aku amik Biology. Niat masa tu nak buat medic/pharmacy. Tapi atas faktor kewangan keluarga, waktu selepas SPM tu aku terpaksa pilih engineering.
2. Waktu kolej persediaan, kami diwajibkan utk buat CSR dan semua CSR yang aku buat adalah bersama dengan medical students di hospital dan sekolah.
3. First day of briefing kerja amal was done by a MO yang baru lepas oncall. Dengan keadaan serabai, first ayat dia adalah, kalau anda nak jadi doktor sebab nak kaya, berhenti sekarang. Kalau anda nak jadi doktor mengharapkan kerja yang senang, anda salah. Not what I was expecting! Lol.
4. Meniti dewasa, setelah kenal kerja doktor melalui isteri dan kenalan, apa yang dipaparkan melalui TV adalah misleading.
5. The truth is, I think I am lacked of exposures on things. Masa aku high school, xbyk kerja yang aku tahu wujud di dunia reality. The reasons for that sebab aku takde pendedahan sgt. Dan juga byk misleading information.
6. Pernah pada satu ketika, aku nak tahu pasal kerja juru-ukur tanah/surveyor. Tapi I asked the wrong person. All I got was negative feedbacks. Aku pernah diberitahu kerja engineering ni sgt tak menjamin masa depan. Tapi aku tak diberitahu/bahkan pemberitahu pun tak tahu yang cabang engineering sgt luas, merangkumi pelbagai bidang. Dan faktor CGPA dan skills penting dalam process ambilan kerja.
7. Now, everytime I got the chances, I always asked the right person on what they are doings, and I tell them to every kids that I met. I also tell them both on the good and bad sides. Hopefully, they will not fly blind and solo.
And to others, be proud and tell your stories to kids. Your knowledge will benefit them.








pesanan

 1. Tadi ada quick technical discussion dengan team. Menghala ke hujung tu, an intern mtk pendapat peribadi pasal kerja.

2. Of course nasihat yg baik-baik. Tapi aku selitkan jugak 3 nasihat yang I learnt quite recently.
3. Byk kan menabung. Sebab kita tak tau bila kemalangan nak berlaku. Kita tak tau bila nak kene buang kerja atau bila kita nak berhenti kerja.
4. Kita buat yg
terbaik
, belajar kayuh pelan-pelan. Kalau perahu kita laju, alhamdulillah, kalau perahu kita slow, jgn nak sedih dan frust menonggeng. Rezeki orang lain-lain.
5. Dalam hidup ni, kalau nak jadi tegas boleh. Tapi jgn zalim. Sebab kita zalim ni x kemana, akhirnya sampai kembali pada kita.
Dah, aku nak masuk toilet ni. Dari tadi tahan...

Soalan Exam


1. Dulu, masa stress duk asrama, aku selalu tanya ayah aku; Camana orang boleh survive duk asrama?
2. Masa stress belajar kmb, aku selalu tanya abah aku; Kalau fail kmb ni, mana kita nak cari duit nak bayar balik sponsor ni?
3. Masa susah duk blajar uni, aku selalu tanya abah aku; Asal rasa sunyi sgt belajar uni ni? Dah la duit takde...
4. Awal-awal start kerja, ada jugak aku cite kat ayah aku pasal stress kerja, kehidupan dan sosial...
5. Selalunya, adalah jawapan dia. Mcm-mcm dia cakap. Paling consistent adalah; Inilah kehidupan, kehidupan mmg susah.
6. Skang ni, ada few soalan, tak sempat nak tanya, tak dan nak tanya...beliau dah pergi dulu. Itulah kehidupan.
7. Mcm mana orang boleh kerja berpuluh-puluh tahun? Tak stress ke diorg? Tak rasa nak berhenti ke?
Pejam mata...



About Me

My photo
"Kadang-kadang, aku rasakan hidup aku terlalu menarik, sehinggakan bila masa berlalu, ingin saja aku kembali"