The Unpredictable Life

The Unpredictable Life
Indah~

Monday, May 23, 2022

Cerita Pendek

 


1. Hari ahad yg lalu, last minute, kami decided utk pergi tidoq semalam dekat satu hotel di port dickson ni. Sampai kol 5-6 pm tu. 


2. Alhamdulillah,  bilik besar, mengadap laut sunset, lokasi bilik pulak tgh laut. Tips nak bilik murah, amik hari ahad dan isnin. Tapi bukan itu point cerita. 


3. Malam tu, layan anak-anak bergelak ketawa, sebab penat sangat, aku solat asing, isteri dan anak solat asing. Ni starting cerita ni. Selalunya, kalau aku sampai tempat baru, aku lazimi solat jemaah dan baca ayat Quran lazim. Tapi tidak mlm itu, penat sgt. 


4. Pukul 130 pagi, tetiba aku mcm mamai mcm tu, aku nampak satu lembaga perempuan baju putih, cuba masuk dekat. Aku tau dia tak berniat jahat, cuma mungkin kami orang baru sampai, dia just datang nak tengok. Puas aku tahan, cakap jgn dtg, anak aku kecik-kecik lagi ni, tapi beliau tak reply apa-apa, sebaliknya, cuba dekat. 


5. Sedar sedar, bini aku kejut, cakap aku mimpi cakap sorang. Tanya kenapa, aku jawab, biasalah, kita baru sampai tempat orang. Ada orang nak usik. Sebelum tidur, baca ayat Quran sikit dan doa. Dalam pukul 2, Maryam bangun xleh tido. Lupa nak cakap, bilik tu ada 2 katil besar. Satu katil kat tengah, aku, isteri dan musa. Satu katil lagi Aisyah dan Maryam. 


6. Isteri suruh pindahkan anak-anak naik katil utama. Damn, lepas pindah anak-anak,  sorang tak muat. Takkan aku nak letak musa tidur sorang-sorang.  Lol. Aku la tu kene tidur sorang katil dekat dgn tingkap tu. 


7. Sambil-sambil tidur, sambung baca doa dan ayat Quran. Masa mamai tu, aku nampak beliau meninggalkan kami sekeluarga, tanpa sepatah kata. Beliau means no harm. Sambung tidur. Bangun subuh pukul 6, isteri cakap, beliau takleh tidur sebab takut drp semalam lagi. Hahahaha... 


Moral of the story, mana-mana kita pergi, jgn lupa baca doa dan ayat al Quran.

Saturday, May 7, 2022

Sampai Bila

 



Sampai Bila 


1. Buli boleh terjadi disekolah, ditempat kerja, hatta dalam keluarga dikalangan adik beradik atau saudara mara. Ia boleh terjadi bila mana ada gap umur, hatta dikalangan sebaya sekalipun. By definition,  buli adalah perbuatan mengasari orang yang lemah (fizikal atau mental, atau kedua sekali) dengan tujuan utk menunjukkan kekuatan sendiri. 


2. Bahana buli ni, selain drp memberi kesan negatif kepada mangsa, juga bakal memberi kesan buruk kepada pembuli in the near future. 


3. Dunia ni adil, ada masa kita diatas, ada masa kita dibawah. Kita bermula dengan muda, ada duit dan kuat. Satu hari nanti kita tua, lemah, dan mungkin tak sesenang dahulu. 


4. Tidakkah kita terfikir, bahawa orang yg kita ejek/buli itu tidak akan selamanya lemah? Waktu mereka diatas, barulah kita tahu langit itu tinggi atau rendah. Barulah waktu itu kita meratapi pada Illahi akan kesusahan diri. 


5. Kalau ada mangsa yang berprinsip "Forgiveness is between the bullier and God. It's my job to arrange the meeting" (Man On Fire, 2004), haru hidup kita. 


6. Rasanya, tibalah masa utk kita bertindak menghentikan buli. Kalau kita pembuli, berubahlah. Kalau kita nampak kejadian buli, laporkanlah. Kalau kita penguasa, ambil tindakanlah. Takkan lah kita nak tunggu anak kita sendiri kena baru nak terngadah. 


Ingatlah, hakikat hidup sesudah mati. 


P/s: Dengarkanlah, disepanjang malam mangsa berdoa, bersujud dan lalu meminta, agar pembuli hidup merana (baca jangan nyanyi).

About Me

My photo
"Kadang-kadang, aku rasakan hidup aku terlalu menarik, sehinggakan bila masa berlalu, ingin saja aku kembali"