Sunday, August 30, 2026
Monday, August 24, 2026
The Wandering Souls
1. Antara doa yg selalu baca adalah;
' Ya Allah, berikan aku kesihatan yang baik dan panjangkan umur aku'.
2. Such a heavy wish!
Bak kata pepatah; If you pray for rain, you gotta deal with the mud too
3. Sejak dua menjak ni, aku dah start rajin jogging balik dah. Selalunya, aku jogging tanpa muzik. Selain drp aku nak torture badan, aku nak torture juga otak, kasi boring. Lol!
4. Selalunya, bila otak aku boring, dia akan create pelbagai cerita berdasarkan inputs mata aku melihat masa berlari.
5. Ada seorang makcik tu, umur dia 60/70 ish. Start drp senyum bila jumpa, bertegur sapa, sampailah dia start tanya aku pasal ubat yg patut dia makan (selain drp org ingat aku cikgu, makcik ni ingat aku doctor). I figured that husband dia sakit, bed-ridden most of the time, selalu keluar masuk hospital, komplikasi jantung dan buah pinggang.
6. Sebelum ni (few years back), selalu nampak dia dgn makcik satu lagi. Tapi semenjak dua menjak, dah jarang nampak mereka berdua. Otak kreatif aku cakap, mungkin makcik sorang lagi tu dah start tak sihat. So, sebenarnya, makcik tu rajin menegur sebab nak kawan je.
7. Ada seorang pakcik cina ni, age juga around 60/70 ish. Selalu jmpa dia masa jogging. Dia selalu pakai topi, short dan tshirt. Selalu dia seorang juga. Drp senyum, start bertegur sapa. Selalu dia akan say; Hello hello hello, morning morning morning, selebihnya bahasa cina.
Aku jawab; hao hao, dui dui, layan je lah. Agak dia tak faham, aku tibai english sambil selit "ruguo.."
8. Seorang makcik ni pulak lagi legend. Muka dia mcm ala ala mamak sikit, suami dia expat. Dia yg paling tua so far, 70 ish.
6 tahun dulu, selalu nampak suami dia jalan slow slow exercise. Pastu nampak bertongkat, followed by wheelchair. Ada beberapa kali incident suami dia terbuang air dlm pampers masa jalan.
Last aku borak dgn isteri dia minggu lepas. Masa tu dia jalan kaki pergi beli breakfast sesambil exercise. Dia cakap dia baru balik hospital, husband dia masuk ward... panjang cerita makcik tu nak habiskan jalan sampai gate tu.
9. Tetiba teringat cerita Wolverine. Hidup beratus tahun, semua orang tersayang hidup dlm memori sahaja...
The Usual Suspect
1. Seminggu sekali, aku hantar anak kelas tambahan. Sejam setengah menunggu tu, aku selalu bawa laptop study, or layan lagu sesambil.
2. Selalu ada je benda kelakar berlaku. Aku pulak, muka yakin, cakap tegas, layan je.
3. Sebelum ni, ada first time parents datang mtk jadual dan buku. Dah xde orang bertugas, aku tolong amik je la benda tersusun atas meja depan.
4. Ada anak murid nak balik, salam cium tangan ucap terima kasih cikgu.
5. Malam ni, ada cikgu baru malam ketiga mengajar, address aku cikgu discuss dengan aku rancangan mengajar beliau. Dah dia tanya, aku jawab dan komen je la. Sebelum balik, dia tanya aku dah berapa lama mengajar? Aku jawab 12 tahun lebih (umur Aisyah).
6. Tadi juga, ada mamat sabah first day mengajar sini. Sebelum balik, salam dengan aku. Aku bid good bye dan hati hati je lah.
Well, I cannot change what people think of me...
LOL!
Saturday, August 15, 2026
Belajar Amali Solat
Belajar Amali Solat
1. Dulu masa kecik, abah aku selalu suruh aku duk tepi dia masa solat.
2. Drp duduk dan tido tepi dia, bawa ke ikut cara dia solat, hinggalah aku belajar bacaan solat, kemuncak dia hafal simple wirid dan doa lepas solat.
3. Cabaran paling payah adalah solat subuh dan doa Qunut. Dia buat challenge, sapa anak-anak yang ikut dia solat subuh, dia bawak makan roti canai dengan gula kat kedai (Kelantanese style). Yang ni aku selalu jadi sole winner.
4. Sebab terlalu biasa baca bacaan solat nak bagi anak kat sebelah dengar, dia termasuk kategori makruh bila solat jemaah kat luar. Bacaan dia sedikit kuat kalau tak ingatkan dia masa solat kat masjid, walaupun anak paling kecik dah sekolah menengah.
5. Sekarang aku buat benda sama dengan anak-anak. Sebab terlampau biasa baca bacaan nak bagi anak sebelah belajar dan dengar, kalau aku solat kat office atau masjid pun, kalau tak beringat, aku jadi termasuk yg kategori makruh tu.
7. Sekarang ni phase Musa suka 'lawan pedang' jari aku masa bacaan tahiyyat awal dan akhir. Dia mmg suka perati dan potong jari aku masa jari bersaksi masa syahadah. Nak tergelak pon ada. Aisyah dah masuk phase baca doa, Maryam dekat phase rukun pergerakan solat lagi. Moga-moga jadi modal dalam kubur nnt, ameen.
8. Dan bila mana aku jmpa kawan-kawan yang alami masalah sama masa solat, yang mana terbaca sedikit kuat, aku tersenyum. Sebab aku tahu itu masalah global ayah-ayah nak ajar anak kecik solat...
Friday, August 14, 2026
Jumaat the 14th
Dear future self,
- This just another week, another Jumaat.
- Rasa lama sangat dah ni.
- Hopefully, insyaAllah, ada jalan keluar, ada jalan penyelesaian.
- May Allah guide me on the right path. Ameen.
About Me
- fajarimi
- "Kadang-kadang, aku rasakan hidup aku terlalu menarik, sehinggakan bila masa berlalu, ingin saja aku kembali"




