1. Antara doa yg selalu baca adalah;
' Ya Allah, berikan aku kesihatan yang baik dan panjangkan umur aku'.
2. Such a heavy wish!
Bak kata pepatah; If you pray for rain, you gotta deal with the mud too
3. Sejak dua menjak ni, aku dah start rajin jogging balik dah. Selalunya, aku jogging tanpa muzik. Selain drp aku nak torture badan, aku nak torture juga otak, kasi boring. Lol!
4. Selalunya, bila otak aku boring, dia akan create pelbagai cerita berdasarkan inputs mata aku melihat masa berlari.
5. Ada seorang makcik tu, umur dia 60/70 ish. Start drp senyum bila jumpa, bertegur sapa, sampailah dia start tanya aku pasal ubat yg patut dia makan (selain drp org ingat aku cikgu, makcik ni ingat aku doctor). I figured that husband dia sakit, bed-ridden most of the time, selalu keluar masuk hospital, komplikasi jantung dan buah pinggang.
6. Sebelum ni (few years back), selalu nampak dia dgn makcik satu lagi. Tapi semenjak dua menjak, dah jarang nampak mereka berdua. Otak kreatif aku cakap, mungkin makcik sorang lagi tu dah start tak sihat. So, sebenarnya, makcik tu rajin menegur sebab nak kawan je.
7. Ada seorang pakcik cina ni, age juga around 60/70 ish. Selalu jmpa dia masa jogging. Dia selalu pakai topi, short dan tshirt. Selalu dia seorang juga. Drp senyum, start bertegur sapa. Selalu dia akan say; Hello hello hello, morning morning morning, selebihnya bahasa cina.
Aku jawab; hao hao, dui dui, layan je lah. Agak dia tak faham, aku tibai english sambil selit "ruguo.."
8. Seorang makcik ni pulak lagi legend. Muka dia mcm ala ala mamak sikit, suami dia expat. Dia yg paling tua so far, 70 ish.
6 tahun dulu, selalu nampak suami dia jalan slow slow exercise. Pastu nampak bertongkat, followed by wheelchair. Ada beberapa kali incident suami dia terbuang air dlm pampers masa jalan.
Last aku borak dgn isteri dia minggu lepas. Masa tu dia jalan kaki pergi beli breakfast sesambil exercise. Dia cakap dia baru balik hospital, husband dia masuk ward... panjang cerita makcik tu nak habiskan jalan sampai gate tu.
9. Tetiba teringat cerita Wolverine. Hidup beratus tahun, semua orang tersayang hidup dlm memori sahaja...


No comments:
Post a Comment