The Unpredictable Life

The Unpredictable Life
Indah~

Sunday, February 27, 2022

3 Bulan Telah Berlalu

 


 



1. Tempoh hari, anak-anak dan isteri tak sihat. Bawak ke klinik, gilir-gilir masuk. 


2. Masa menunggu turn, nampak kelibat satu family ni tgh jual buah. Nampak anak pompuan dia, dalam 4/5 tahun duk lepak tepi buah, berlindung daripada panas, bawah bayang pokok. Semoga Allah memberkati keluarga anda. Sebak... 


3. Tempoh hari, sempat berbual dengan seorang senior tempat kerja. Ayah dia dulu, sebelum retired, manager besar dekat company glc. Dapat pencen dlm 1.3 juta. Tak sampai 3 tahun, 1juta habis; cubaan utk berniaga dan invest lebur hangus ke laut dalam. Yang 300k tu nasib baik company bagi dlm bentuk sijil, so payah nak cairkan. 


4. Nasihat senior tu, byk kan belajar dan membaca pasal pengurusan keewangan. Kalau kene bayar pun, bayar la. Ilmu dapat insyaAllah tak hilang. Beliau tambah, konsep duit simple je, kalau kita tak boleh uruskan duit 1k atau 10k dengan baik, kita takkan boleh uruskan 100k atau 1juta. So, belajar sekarang!

Wednesday, February 16, 2022

Beliau Tak Siha

 




1.      Beliau tak sihat. Dah seminggu beliau alami masalah sukar kencing. Semenjak sakit, beliau mcm orang. Manja yang teramat. Mcm budak gemuk seberat 6.5kg yang dahagakan kasih saying.

2.      Bawa ke klinik, vet cakap maybe early stage batu karang, ataupun jangkitan kuman. Tapi the latter tu mungkin tak, sebab suhu badan dia xpanas.

3.      Byk faktor, boleh jadi sebab kibbles, kurang minum air, pasir dia kotor dan sebagainya.

4.      Buat masa sekarang, doctor bagi muscle-relaxer dan lawas kencing je. Yang ni x mahal sgt, dlm 20 ringgit je. Tapi makanan dia, better revise doctor cakap. Yang ni mahal, ratusan jugak le. Why? Kenapa terjadi seminggu sebelum gaji? ... lol.

5.      Berbual dengan doctor lagi, worst case scenario, kalau tak sembuh, kene warded dan masukkan tube. Yang ni dlm 600. Why? … lol. Adoiii, nauzubillah…

6.      Berbual dengan isteri, tak rasa mahal sgt ke 600? Isteri cakap, mmg mahal, tapi kalau perlu, kene spend juga la, puasa ke, OT ke, tarik saving ke, kene juga la. The day we took Appa, dia mcm kita signed agreement, kene commit. Mcm tu la hidup. Mcm tu la perkahwinan. Adoiii, insaf pulak.

7.      Hope/pray for the best, prepare for the worst.

Monday, February 14, 2022

Cerita Dongeng…




1. Awal-awal kerja dulu, ada a few things yang ‘kurang pandai’ pernah aku buat. Terlebih excited.

2. Ada satu tahun tu, aku officially berpindah ke sebuah bangunan/pejabat baru. Punyalah excited dengan tempat baru, aku cerita dekat abah aku. Waktu tu dia dah start sakit, tapi masih boleh cakap lagi walaupun kadang-kadang ingat tak ingat.

3. Kebetulan waktu tu weekends, abah aku ada stay dengan aku. Aku bawa abah aku pergi ambil gambar depan pintu pagar pejabat. Waktu tu, dia dah tak berapa boleh jalan. Tapi dia layan je.

4. Rasa tak puas, aku pergi cakap dengan polis bantuan, boleh tak saya nak masuk pusing-pusing dekat area kawasan ni. Polis tu garu kepala. Dia cakap, tak boleh masuk cik, kecuali staffs je. Orang luar tak boleh. Sedikit kecewa, aku akur je la. Berjalan masuk balik dlm kereta.

5. Kebetulan ada senior officer terdengar perbualan kami. Dia tengok aku, abah aku dan kereta. Dia pun cakap, bawalah abah awak masuk. Buat satu pusingan je, tapi jangan turun. Scan kad kerja tu.

6. Aku punyalah excited, senyum sampai ke telinga. Sambil pusing kereta, aku tunjuk ni la bangunan, bla-bla, yada-yada. Abah aku tengok sambil mendongak kepala. Senyum je dia. Walaupun aku tahu esok confirm dia akan lupa balik.

7. Setelah sekian lama, abah aku pun dah takde, aku terkenang balik, kenapalah aku buat mcm tu dulu, lol. Mesti polis tu pun pelik, ada jugak orang mcm ni ye. Tapi, deep in my heart, rasa bangga boleh tunjuk tempat kerja pada ayah aku. Lol!

Disclaimer: I can neither confirm nor deny on the story above.

Wednesday, February 2, 2022

Perbualan...



1. Hari ni mak dia kerja. Keluar pagi balik mlm.
2. Tengah hari, kami makan nasi dan sardin lebihan semalam. Kol 4 something, makan maggi cup. Pastu makan pisang.
3. Kol 6.30 pm dah ni, Maryam tido lepas minum susu. Aku tanya Aisyah, kita nak mkn apa mlm ni. Lapar dah ni.
Dia jawab, abah pikir la. Tak pun kita beli je senang.
Aku jawab, mmg la nak beli, tapi nak beli apa.
Dia jwb, abah kan orang besar, abah la pikir... perbualan jadi ping-pong.
In the end, sampai mama balik baru decide.
4. Kadang-kadang rasa kagum, dan best, sebab boleh berbual dengan anak mcm tu. Dia dah makin besar, otak dia makin cergas. Kita tunggu Maryam pulak nnt, apa pula jawapan beliau. Lol.

Dugaan

 


  • Meniti usia ni, menghala ke 40an ni, ada beberapa ujian yang dilalui. Mungkin dulu masa muda pun ada, but I was carefree. Skang ni, xboleh nak careless, kene be caring, lol. Overall, through conversations dengan kawan-kawan, semua orang mengalaminya. Urutan je lain-lain.

  • Masalah keewangan. Yang gaji kecik, baik gaji besar, semua mengalaminya, ikut cara masing-masing. Ada tahap tu, puasa almost every day, bukak puasa makan benda basics, berhari-hari, berbulan-bulan. Ada tahap jual barang-barang, sebab nak dapat extra duit dan xnak spend duit for maintenances. Ada orang tuhan bagi nikmat boleh meminta bantuan. Tapi tuhan tak bagi nikmat tu pada aku. Hadap je la. Kalau kita start menabung waktu senang (before it rains), ia sangat membantu. That is what I have been practising since forever.

  • Masalah kesihatan parents. Semakin tua, mereka semakin tak sihat. Ada yang dijemput Illahi awal lagi. Masa ni, byk duit nak kene pakai. Daripada costs makanan, rawatan, upah pembantu (nurses, physio dan sebagainya), keperluan katil khas dan sebagainya. Ada satu tahap tu, pernah aku averagekan, sebab aku ada keep track dalam Excels apa yang telah dibelanjakan, purata $700 to $900 jugak spends for each months, dan benda tu berlarutan lebih 2 tahun. Waktu senang dan sihat ni, untuk hari tua kita, kalau kita bersiap dengan takaful, insyaAllah membantu nanti.

  • Masalah kesihatan anak-anak, isteri dan personal. So far, aku dah kena dah serba sedikit, cover semua family. Alhamdulillah, benda ni tak berlaku serentak. Sempat la nak rotate masa dan duit utk cover apa yang patut. Masa isteri sakit, warded sebab masalah tulang belakang, aku jaga anak-anak. Masa anak warded, gilir dengan isteri jaga anak. Paling azab, bila diri sendiri yang sakit. Tahun lepas, ada la dalam 2 minggu lebih jugak aku terdampar bak kapal karam. Preferred tak warded sebab nak kene jaga anak-anak kat rumah. Isteri byk amik cuti, utk tolong anak-anak. Masa tu kan PKP, taska tak bukak. Kalau kita mengamalkan senaman rutin, badan sihat, insyaAllah membantu sedikit sebanyak bila mana sakit singgah. Kalau tak, maybe byk complications.

  • Masalah adik-beradik. Haih. Malas nak cerita. So far, tolong setakat yang mampu je. Kalau dah mengarut sgt, aku blah je la. Byk lagi benda wajib lain aku nak kene piker. Cuma, aku melazimi memberi sedikit bantuan kewangan kepada mereka. Tak banyak, sikit. Aku buat secara rutin, monthly. Ni ibrah aku drp kisah lalu. Waktu aku kecik-kecik dulu, saudara-mara dan cikgu aku ada bagi duit poket pada aku. Walaupun tak byk, tapi membantu. Duit tu la yang aku simpan sikit-sikit, guna utk keperluan later on. Dulu aku sgt berjimat cermat kot. Salah satu sebab kenapa aku tak hisap rokok dulu, sebab sayangkan duit la, membazir.

6.      Yang lain kita tunggu dan lihat. Slow-slow hadap. Semoga Allah membantu dan memberkati kita semua, ameen.


Tuesday, February 1, 2022

Norma Baharu... 

 



1. Jarang aku bwk kereta, selalu bwk motor je. Waktu cuti la masa bawa kereta. Sambil drive dgr radio. 


2. Tadi dlm iklan radio, ada 2 to 3 iklan yg menerapkan mesej kerja-kerja rumah, jaga dan uruskan anak-anak adalah tanggung-jawab bersama (lelaki dan perempuan), bukan sebelah pihak sahaja (selalunya perempuan laa.) 


3. Skang dekat socmed pun dah byk explanations drp golongan 'alim' pasal tangung-jawab bekas suami (ayah, xde istilah bekas ayah okay...lol) pada anak-anak. 


4. Pasal tanggung-jawab nafkah pada keluarga setelah suami/ayah meninggal dunia pun byk dihuraikan secara details. 


5. Selain daripada itu, ada juga golongan yang menerangkan kepentingan dan tanggung-jawab menabung utk diri, pendidikan anak-anak, bijak belanjawan dan elak pembaziran dalam kehidupan. Segala scams juga dibongkarkan. 


6. Payah nak belajar benda begini zaman dulu. Zaman aku kecik dulu, belajar basic agama dekat sekolah utk exams je. Langkah kaki keluar, terus adat. 'Biar mati anak, jgn mati adat'... lain mcm pepatah tu...

Terima kasih dan tahniah pada golongan ini kerana sudi mendidik masyarakat. Saya doakan anda semua diberkati Allah dan menjadi kaya-raya di dunia dan akhirat. Teruskan usaha anda. 


7. Semoga kita semua menjadi celik tentang perkara asas sebegini. Lepas ni xdela lagi kita percaya benda-benda yang too good to be true. Contohnya 7phd serentak pada usia 30an, minum cuka getah penawar penyakit jantung dan sebagainya. 


P/s: act minum cuka getah atau asid mmg boleh menghindarkan segala penyakit. Ce try...

About Me

My photo
"Kadang-kadang, aku rasakan hidup aku terlalu menarik, sehinggakan bila masa berlalu, ingin saja aku kembali"