The Unpredictable Life

The Unpredictable Life
Indah~

Tuesday, February 1, 2022

Norma Baharu... 

 



1. Jarang aku bwk kereta, selalu bwk motor je. Waktu cuti la masa bawa kereta. Sambil drive dgr radio. 


2. Tadi dlm iklan radio, ada 2 to 3 iklan yg menerapkan mesej kerja-kerja rumah, jaga dan uruskan anak-anak adalah tanggung-jawab bersama (lelaki dan perempuan), bukan sebelah pihak sahaja (selalunya perempuan laa.) 


3. Skang dekat socmed pun dah byk explanations drp golongan 'alim' pasal tangung-jawab bekas suami (ayah, xde istilah bekas ayah okay...lol) pada anak-anak. 


4. Pasal tanggung-jawab nafkah pada keluarga setelah suami/ayah meninggal dunia pun byk dihuraikan secara details. 


5. Selain daripada itu, ada juga golongan yang menerangkan kepentingan dan tanggung-jawab menabung utk diri, pendidikan anak-anak, bijak belanjawan dan elak pembaziran dalam kehidupan. Segala scams juga dibongkarkan. 


6. Payah nak belajar benda begini zaman dulu. Zaman aku kecik dulu, belajar basic agama dekat sekolah utk exams je. Langkah kaki keluar, terus adat. 'Biar mati anak, jgn mati adat'... lain mcm pepatah tu...

Terima kasih dan tahniah pada golongan ini kerana sudi mendidik masyarakat. Saya doakan anda semua diberkati Allah dan menjadi kaya-raya di dunia dan akhirat. Teruskan usaha anda. 


7. Semoga kita semua menjadi celik tentang perkara asas sebegini. Lepas ni xdela lagi kita percaya benda-benda yang too good to be true. Contohnya 7phd serentak pada usia 30an, minum cuka getah penawar penyakit jantung dan sebagainya. 


P/s: act minum cuka getah atau asid mmg boleh menghindarkan segala penyakit. Ce try...

No comments:

Post a Comment

About Me

My photo
"Kadang-kadang, aku rasakan hidup aku terlalu menarik, sehinggakan bila masa berlalu, ingin saja aku kembali"