The Unpredictable Life

The Unpredictable Life
Indah~

Wednesday, February 2, 2022

Dugaan

 


  • Meniti usia ni, menghala ke 40an ni, ada beberapa ujian yang dilalui. Mungkin dulu masa muda pun ada, but I was carefree. Skang ni, xboleh nak careless, kene be caring, lol. Overall, through conversations dengan kawan-kawan, semua orang mengalaminya. Urutan je lain-lain.

  • Masalah keewangan. Yang gaji kecik, baik gaji besar, semua mengalaminya, ikut cara masing-masing. Ada tahap tu, puasa almost every day, bukak puasa makan benda basics, berhari-hari, berbulan-bulan. Ada tahap jual barang-barang, sebab nak dapat extra duit dan xnak spend duit for maintenances. Ada orang tuhan bagi nikmat boleh meminta bantuan. Tapi tuhan tak bagi nikmat tu pada aku. Hadap je la. Kalau kita start menabung waktu senang (before it rains), ia sangat membantu. That is what I have been practising since forever.

  • Masalah kesihatan parents. Semakin tua, mereka semakin tak sihat. Ada yang dijemput Illahi awal lagi. Masa ni, byk duit nak kene pakai. Daripada costs makanan, rawatan, upah pembantu (nurses, physio dan sebagainya), keperluan katil khas dan sebagainya. Ada satu tahap tu, pernah aku averagekan, sebab aku ada keep track dalam Excels apa yang telah dibelanjakan, purata $700 to $900 jugak spends for each months, dan benda tu berlarutan lebih 2 tahun. Waktu senang dan sihat ni, untuk hari tua kita, kalau kita bersiap dengan takaful, insyaAllah membantu nanti.

  • Masalah kesihatan anak-anak, isteri dan personal. So far, aku dah kena dah serba sedikit, cover semua family. Alhamdulillah, benda ni tak berlaku serentak. Sempat la nak rotate masa dan duit utk cover apa yang patut. Masa isteri sakit, warded sebab masalah tulang belakang, aku jaga anak-anak. Masa anak warded, gilir dengan isteri jaga anak. Paling azab, bila diri sendiri yang sakit. Tahun lepas, ada la dalam 2 minggu lebih jugak aku terdampar bak kapal karam. Preferred tak warded sebab nak kene jaga anak-anak kat rumah. Isteri byk amik cuti, utk tolong anak-anak. Masa tu kan PKP, taska tak bukak. Kalau kita mengamalkan senaman rutin, badan sihat, insyaAllah membantu sedikit sebanyak bila mana sakit singgah. Kalau tak, maybe byk complications.

  • Masalah adik-beradik. Haih. Malas nak cerita. So far, tolong setakat yang mampu je. Kalau dah mengarut sgt, aku blah je la. Byk lagi benda wajib lain aku nak kene piker. Cuma, aku melazimi memberi sedikit bantuan kewangan kepada mereka. Tak banyak, sikit. Aku buat secara rutin, monthly. Ni ibrah aku drp kisah lalu. Waktu aku kecik-kecik dulu, saudara-mara dan cikgu aku ada bagi duit poket pada aku. Walaupun tak byk, tapi membantu. Duit tu la yang aku simpan sikit-sikit, guna utk keperluan later on. Dulu aku sgt berjimat cermat kot. Salah satu sebab kenapa aku tak hisap rokok dulu, sebab sayangkan duit la, membazir.

6.      Yang lain kita tunggu dan lihat. Slow-slow hadap. Semoga Allah membantu dan memberkati kita semua, ameen.


No comments:

Post a Comment

About Me

My photo
"Kadang-kadang, aku rasakan hidup aku terlalu menarik, sehinggakan bila masa berlalu, ingin saja aku kembali"