Tuesday, June 29, 2021
Friday, June 11, 2021
Sekolah Kebangsaan
1. Masa kecik-kecik dulu, parents aku, termasuklah semua parents, hantar anak pergi sekolah. Sampaikan, ada satu ketika, rasa xberapa nak sihat, tapi sebab badan xpanas, pun kene paksa pergi sekolah.
2. Tujuan dia, nak suruh belajar sains, belajar agama, belajar kira-kira. Nnt tak kene tipu hidup ni, tak salah pedoman dalam perbuatan.
3. Tapi, bila tiba masa, nasihat daripada yang pergi sekolah ni diabaikan. Haih, penat!
4. Contoh, ada masalah darah tinggi, sebab bertahun-tahun pemakanan tak sihat, gaya hidup kurang bersukan, ada diabetes. Cuba teka, apakah yang dibuat? Jumpa doktor payah sekali, ubat buang jauh-jauh, pergi bekam. Pak Ali sebelah rumah cakap bagus. Kita kene tawakal...kata Pak Ali sebelum meninggal dunia 15 tahun lepas pada usia 41 tahun, sebab komplikasi pelbagai.
5. Somehow, bekam ni dianggap boleh rawat pelbagai penyakit, termasuklah nak bagi anak degil dengar kata. Ada satu kes tu, lambat dapat anak. Cadangan yang diberikan adalah, pergi mengurut dengan bomoh/ustaz. Yang disuruh pergi adalah isteri... salah konsep dari segi sains dan agama!
6. Utk majlis perkahwinan contohnya, atau majlis bercukur anak...punyalah byk syarat dan pantang larang. Kene balas tujuh la, kene ada manisan la, uri kene tanam dengan asam dan paku la, haih. Tu tak kira bila berlaku mati kene buat makan-makan dan tahlil tu. KENE BUAT katanya. Tak tahu ke bila mana berlaku kematian, ia adalah hari yang memenatkan mental, emosi dan fizikal. Adakah sesulit itu yang islam ajar?
7. Somehow, peristiwa covid byk buang benda-benda yang tak perlu, adat yang menyusahkan. Semoga kita tidak lagi menjadi golongan yang membuta-tuli mengikut perbuatan tanpa dalil dan sebab.
Penduduk Jalanan
1. Tadi, masa beli barang rumah, ada orang gila singgah. Marah-marah, pusing-pusing, dan keluar. Mamat depan aku tu, nampak muda lagi, diam je. Tuan kedai cakap, jgn kacau dia, dia xkacau kita.
2. Teringat waktu kecik-kecik dulu, aku ikut ayah aku bawak teksi sapu, kalau dia jumpa orang gila dia bagi duit dan makanan. Biasanya dia bagi duit syiling, sebab orang gila pandai beli barang, tapi xpandai kira duit. Kalau duit xcukup, tuan kedai akan mtk, tapi kalau duit lebih, biasanya manusia diam je, lol.
3. Tapi, nak buat baik dgn orang gila ni kene hati-hati. Sebab orang gila kan gila. Kalau dia serang kita, atau dia bogel depan kita, kita kene bersedia. Dia kan gila... Kita yang normal ni kena timbang tara. So, kalau perempuan, nak buat baik, pikir-pikirkan.
4. Since aku baru baik demam, badan rasa sedap sikit, kalau jadik apa-apa, paling teruk aku pecut la lari, lol. Aku pack sebotol 100 plus dan biskut, aku cari orang tu kat luar. Bapak la cepat gila mamat tu jalan, dah jauh baru jumpa. Dari jauh, aku tekan hon motor, angkat plastik air. Dia nampak je, terus datang dekat dan senyum. Amik, sambung jalan sambil minum.
5. Tuan-tuan, sebenarnya dia lapar dan dahaga. Tapi, sebab dia gila, dia xpandai nak mintak mcm kita. Dan seperti manusia lain, bila dia lapar dan penat, dia marah-marah. Haih, semoga Allah angkat masalah covid ni cepat sikit dari Malaysia. Bila semua dah normal, ramai orang baik kembali dijalanan, kucing-kucing, anjing-anjing dan semua penduduk jalanan akan ada makanan.
About Me
- fajarimi
- "Kadang-kadang, aku rasakan hidup aku terlalu menarik, sehinggakan bila masa berlalu, ingin saja aku kembali"


