1. Masa kecik-kecik dulu, parents aku, termasuklah semua parents, hantar anak pergi sekolah. Sampaikan, ada satu ketika, rasa xberapa nak sihat, tapi sebab badan xpanas, pun kene paksa pergi sekolah.
2. Tujuan dia, nak suruh belajar sains, belajar agama, belajar kira-kira. Nnt tak kene tipu hidup ni, tak salah pedoman dalam perbuatan.
3. Tapi, bila tiba masa, nasihat daripada yang pergi sekolah ni diabaikan. Haih, penat!
4. Contoh, ada masalah darah tinggi, sebab bertahun-tahun pemakanan tak sihat, gaya hidup kurang bersukan, ada diabetes. Cuba teka, apakah yang dibuat? Jumpa doktor payah sekali, ubat buang jauh-jauh, pergi bekam. Pak Ali sebelah rumah cakap bagus. Kita kene tawakal...kata Pak Ali sebelum meninggal dunia 15 tahun lepas pada usia 41 tahun, sebab komplikasi pelbagai.
5. Somehow, bekam ni dianggap boleh rawat pelbagai penyakit, termasuklah nak bagi anak degil dengar kata. Ada satu kes tu, lambat dapat anak. Cadangan yang diberikan adalah, pergi mengurut dengan bomoh/ustaz. Yang disuruh pergi adalah isteri... salah konsep dari segi sains dan agama!
6. Utk majlis perkahwinan contohnya, atau majlis bercukur anak...punyalah byk syarat dan pantang larang. Kene balas tujuh la, kene ada manisan la, uri kene tanam dengan asam dan paku la, haih. Tu tak kira bila berlaku mati kene buat makan-makan dan tahlil tu. KENE BUAT katanya. Tak tahu ke bila mana berlaku kematian, ia adalah hari yang memenatkan mental, emosi dan fizikal. Adakah sesulit itu yang islam ajar?
7. Somehow, peristiwa covid byk buang benda-benda yang tak perlu, adat yang menyusahkan. Semoga kita tidak lagi menjadi golongan yang membuta-tuli mengikut perbuatan tanpa dalil dan sebab.


No comments:
Post a Comment