The Unpredictable Life

The Unpredictable Life
Indah~

Sunday, January 24, 2021

Menelusuri Kehidupan 

 



1. Apabila manusia bertemu sepi, byk yang terjadi, especially dalam kepala dan hati. 


2. Pengalaman pertama aku dengan sepi, sewaktu terlantar patah kaki dan kedua tangan retak masa darjah enam. Banyak aku bercakap sendiri, tentang apa yang aku nak dalam hidup. Dan juga apa yang aku perlu buat. 


3. Pengalaman kedua aku dengan sepi, sewaktu hujung tahun selepas pmr. Waktu tersebut bergelumang dengan emosi, apa patut aku buat, disaat aku literally bersendirian. Langkah paling berani aku buat adalah berjumpa dengan cikgu dan bagitahu apa yang aku mahu. 


4. Seterusnya di kmb. Pengalaman 2 tahun yang sangat mencabar. Setiap malam, sebelum tidur, aku tanya diri, apa yang aku mahu dan apa yang aku buat, sambil memerhati kapal terbang lalu dilangit (kmb sebelah klia je). 


5. Yang aku boleh recall lagi, tahun ketiga di university. Waktu tu rasa berbelah bagi dalam hati, nak proceed engineering atau quit tengah jalan. Alhamdulillah, di kurniakan student advisor yang sgt lembut dalam berkata-kata, menyantuni aku disaat aku hilang pedoman. Semoga Allah merahmati mu. 


6. Lagi, sewaktu gambar ni diambil. Waktu ni, ada kurang 24jam sebelum aku officially quit aku punya journey dalam phd. Waktu ni, aku rasa nak berenang dalam laut, sampai aku penat, dan ombak akan bawa aku pergi. Alhamdulillah,  agama dan family membimbing aku. 


7. Dan yang paling recent, waktu pkp ni. Aku banyak bertanya pada diri, apa pengakhirannya. Dan aku sentiasa berdoa dan solat hajat, akan masa depan diri. Semoga Allah merahmati semua manusia, keluarga aku, dan diri ini.

Friday, January 15, 2021

The Cobbler (2014) 

 





1. Best movie ni, ada masa tengok laa (iklan xberbayar). 


2. Tadi aku ke Giant Tmn Permata. Masa parking motor tu, aku nampak pakcik cobbler baru pasang payung, depan Giant, tepi jalan. Masa tu around 10 am. 


3. Abis beli barang, around 11.15 am, aku nampak pakcik masih menunggu customers. Hari makin panas, tapi orang xramai lalu-lalang. Ni antara golongan terkesan dek pkp. 


4. Cepat-cepat aku balik rumah, amik selipar Aisyah yang putus. Dia sayang selipar tu, mak dia beli. Sejak putus, selalu dia tanya aku bila nak letak gam. Aku bawak selipar tu suruh pakcik tu jahit. RM7 utk sepasang, murah dan hasil kerja yang bagus. 


5. Honestly speaking, ni adalah kali kedua dalam hidup aku jahit kasut. Selalunya aku beli kasut yang murah (bawah RM100, kat BATA byk pilihan bagus), pakai minimum setahun (selalunya rapat 2 tahun), bila rosak aku buang je la. 


6. Kecik-kecik dulu, masa dekat SMACH, kene pakai kasut kulit hitam. Abah aku bawak aku ke kedai bundle/barang reject utk beli kasut kulit. Selalu dapat brand Sepatu Timur. Bagus brand ni, harga dalam RM25 to RM30, tahan 2tahun. Kasut sukan pun beli kedai yang sama. 


7. Ada satu tahun tu, aku teringin nak beli kasut baru dan cantik sikit. Aku keluarkan duit biasiswa yang aku dapat, beli kasut New Balances ciplak, RM35 tak salah. Pakai xsampai setahun, tapak dia tercabut. Aku upah kawan satu dorm jahit. And that was the first time aku jahit kasut. 


8. Masa kecik mmg susah. 2 to 3 times ada incidents duit kene curi dalam asrama, seluar sekolah kene curi masa jemur, buku kene curi malam sebelum exams. Mmg sedih dan stress. Sebab abah aku kene bawak teksi sapu dan mak aku jual nasi lemak utk bagi duit ganti. 


9. Ada satu peristiwa tu, masa Form 5, esok nak exam agama islam, buku nota JUARA aku hilang. Sepanjang malam aku jalan cari buku tu, alih-alih jumpa member curi buat study. Hampeh betul. 

Do not blame me, but dulu masa barang aku kene curi, aku solat hajat khas utk kecelakaan pencuri tersebut. Ingat, jangan buat jahat, sebab doa orang teraniaya dan susah tiada hijab disisi Allah! 


10. Ada satu waktu nak PMR, buku bahasa Arab aku hilang. Walau dah Form3, dan lelaki, menangis called abah mtk duit nak beli buku. Abah kata tunggu 2 minggu lagi baru dapat gaji. Ustazah dapat tahu, ustazah bagi buku ganti sebagai hadiah. May Allah grant you jannah! A small deed encouraged me to study diligently, and I got A for Arab. Masa nak SPM, buku rujukan sasbadi sejarah pulak kene curi. Cikgu dapat tahu dan bagi hadiah buku. Dia cakap, study rerajin, cuba buat yang terbaik dalam exam. Alhamdulillah, dapat A+ utk sejarah May Allah bless you in this Dunia and Akhirat cikgu!


Dugaan...(cerita P. Ramlee). 

 



1. Meniti usia menghala 40an ni, dugaan bertambah-tambah. Kene pulak zaman pkp, zaman susah utk semua ni, perasaan dia lain macam. 


2. Dengan masalah jiwa, masalah kesihatan, masalah keluarga besar, masalah keluarga kecil dan etc., rasa macam kene tinju dengan M. Tyson bertubi-tubi, tepat pipi kiri dan kanan tanpa ada jurulatih campak towel putih. Penat! 


3. Tadi jiran offer kerusi duduk meja makan utk kanak-kanak. Ada byk. Rupanya, kedai terpaksa tutup sebab xboleh nak sustain. Pon usia dia baya aku jugak. Dugaan utk semua ni. Package harungi bersama utk cluster 30-40an. 


4. Adik-adik, prepare your mind, physical and money. Sampai masa, dugaan ini sampai. Bertahan, bersabar, be creative in handling them. Jangan gila!

Saturday, January 2, 2021

Dance Monkey

 Dancing Monkey 


1. Sewaktu kecil, semenjak bangku sekolah, kita terjerumus dalam acara lumba lari. Setiap kali selepas 'pertandingan', 

"they say oh my god I see the way you shine,

take your hand, my dear, and place them both in mine..." 

Somehow kita rasa bagus, dan motivated utk terus berlari. 


2. Peristiwa terus-menerus, dari SK, ke SMK, bawa ke Uni, sambung lagi ke tempat kerja. "Mereka" akan terus berkata,

"Ooh I see you every time, and oh my I like your style. You make me wanna cry, and now I beg to see you dance just one more time..." 

Dan kita terus berlari lagi tanpa henti. 


3. "They continue said, please dance more for me. I've never seen anybody do the things you do before. They said, move for me. And when you're done I'll make you do it all again," 


4. Sampai masa, you start asking yourself,  am I that kind of dancing monkey?... 

Penat. Berhenti menari kejap, layan bukit-bukau sambil mengenangkan masa tarian lampau.



About Me

My photo
"Kadang-kadang, aku rasakan hidup aku terlalu menarik, sehinggakan bila masa berlalu, ingin saja aku kembali"