1. Apabila manusia bertemu sepi, byk yang terjadi, especially dalam kepala dan hati.
2. Pengalaman pertama aku dengan sepi, sewaktu terlantar patah kaki dan kedua tangan retak masa darjah enam. Banyak aku bercakap sendiri, tentang apa yang aku nak dalam hidup. Dan juga apa yang aku perlu buat.
3. Pengalaman kedua aku dengan sepi, sewaktu hujung tahun selepas pmr. Waktu tersebut bergelumang dengan emosi, apa patut aku buat, disaat aku literally bersendirian. Langkah paling berani aku buat adalah berjumpa dengan cikgu dan bagitahu apa yang aku mahu.
4. Seterusnya di kmb. Pengalaman 2 tahun yang sangat mencabar. Setiap malam, sebelum tidur, aku tanya diri, apa yang aku mahu dan apa yang aku buat, sambil memerhati kapal terbang lalu dilangit (kmb sebelah klia je).
5. Yang aku boleh recall lagi, tahun ketiga di university. Waktu tu rasa berbelah bagi dalam hati, nak proceed engineering atau quit tengah jalan. Alhamdulillah, di kurniakan student advisor yang sgt lembut dalam berkata-kata, menyantuni aku disaat aku hilang pedoman. Semoga Allah merahmati mu.
6. Lagi, sewaktu gambar ni diambil. Waktu ni, ada kurang 24jam sebelum aku officially quit aku punya journey dalam phd. Waktu ni, aku rasa nak berenang dalam laut, sampai aku penat, dan ombak akan bawa aku pergi. Alhamdulillah, agama dan family membimbing aku.
7. Dan yang paling recent, waktu pkp ni. Aku banyak bertanya pada diri, apa pengakhirannya. Dan aku sentiasa berdoa dan solat hajat, akan masa depan diri. Semoga Allah merahmati semua manusia, keluarga aku, dan diri ini.


No comments:
Post a Comment