The Unpredictable Life

The Unpredictable Life
Indah~

Wednesday, June 22, 2022

Mahar Usia Tua


1. Mahalnya mahar menjadi tua. Menjelang usia tua, seribu satu sakit menjelma. Dengan faktor uzur, masalah kewangan dan juga kesempitan masa, selalunya diri kita akan terabai.
2. Pada usia ini, selalunya anak-anak baru nak mula kerja, atau pun masih sibuk urusan di university, ataupun masih kesempitan duit sebab baru nak mula hidup, apakan daya kita. Utk urusan bertemu doktor dihospital, selalunya minimum setengah hari terhabis usia.
3. Dengan parking kereta yang mahal (tu pun kalau dapat), nak makan pagi dan lunch, dan pelbagai lagi.
4. Afterall, we never get enough time and resources. And, we always do the best (as we could).
Bersediakah kita?



Friday, June 10, 2022

Sembang Fakta




1. Dulu, ada sorang mamat ni, dah slightly tua, middle age, orang kampung panggil dia penglipur lara. 


2. Sebabnya, dia sembang/cakap pasal pelbagai benda yang 'mcm tak masuk akal'. Ramai orang gelakkan beliau dan beliau hanya tersengih sambil terus bercakap. So that was told to me by the people about him. 


3. Later, waktu tu around 2011, aku baru lagi start kerja. Waktu tu, internet was not a big thing and easily accessible mcm sekarang, especially mcm kat kampung aku. 


4. Waktu dlm kumpulan, aku ada sekali, dia cakap gas masak tu sebenarnya takde bau, tapi company inject 'gas kentut' utk keselamatan. Golongan belia remaja ketawa dan gelakkan beliau, cakap 

"Dia dah 'start' dah... "

Aku cakap, not technically accurate, tapi dia cakap betul! 


5. Dia cakap lagi, dlm tayar kereta atau motor ada besi, company letak utk keselamatan pemanduan. Belia remaja sambung gelakkan dia. Again, aku cakap, not that accurate tapi dia sememangnya cakap betul. Lepas tu, ada lagi byk benda yg dia cakap, sememangnya betul, dan ada antara benda yg dia cakap, aku tak tau pun, dan later bila aku balik office, aku check, dia mmg betul. 


6. Aku punya summary pasal beliau ni adalah, dia sememangnya knowledgeable. Kira mcm Mr Google dekat kampung. Mungkin beliau rajin membaca, atau beliau belajar melalui pengalaman hidup. 


7. Tapi yang lebih mengagumkan adalah, beliau sgt beradab dan beretika. Dia tak pernah nak marah bilamana bagitau sesuatu ilmu, tapi tak dihargai oleh golongan belia remaja. Bahkan terus menerus berkongsi ilmu tanpa segan dan silu. 


Semoga Allah memberkati dan memuliakan dia, ameen.

Tuesday, June 7, 2022

Perjalanan kita

 



Who, when disaster strikes them, say, “Indeed we belong to Allah, and indeed to Him we will return.” (Al - Baqarah: 156). 


1. Ibu mertua sakit berat few days back. Sepanjang dihospital, isteri dan her siblings cuba memberikan sepenuh masa utk ibu semampu yang boleh. Daripada wad isolation ke icu sehinggalah ibu meninggal semalam. 


2. Utk membantu, aku amik alih jaga anak-anak. Mandikan, pakaikan baju, bagi susu dan sebagainya. Aku ingat, tempoh hari, waktu ayah aku meninggal, aku tak pegang pun anak-anak aku. Terlalu sibuk buat benda-benda sepatutnya. Isteri dan adik-adik yang uruskan aisyah dan maryam. So, aku cuba buat benda sama kali ni. 


3. Parenting is hard work, indeed it is. Selama ni, kalau keluar ke mana mana, kami takes turn uruskan anak-anak. Bila buat sorang, mmg nak patah belakang. 


4. Masa dlm kereta nak ke hospital, isteri dah gerak dulu, masa tulah musa berak, masa tu lah maryam nak susu, masa tulah aisyah tido, masa tu lah selipar nak putus. Mcm mana nak buat? Mcm biasa, you do the best you could, one by one ikut priority. 


5. Agak dah selesai semua, angkut anak-anak dengan stroller naik ke tingkat satu utk solat. Letak puting dekat mulut musa, pesan pada maryam kalau puting jatuh, letak balik. Abah ngn aisyah nak gi amik wudhuk. Aisyah takut nak gi sorang-sorang. Lol. 


6. Agak dah selesai dekat hospital, bertolak balik ke rumah ibu. Isteri tinggal utk perform the last duties utk ibu (mandi dan kafan). Disebabkan macet, pertambahan masa yg lama. Alhamdulillah, baby and kids car seats membantu, walaupun kesan nya kereta jadi sempit. Tambah pula, aisyah dah besar. Agak baby menangis kat belakang, aisyah keluar drp car seat bagi susu/puting pada musa. Susu, puting, makanan, kene prepare awal-awal dan bagi tau lokasi sebelum perjalanan bermula. 


7. Ibrah kisah ini, selain drp kisah kematian yang senantiasa memberi peringatan kepada manusia, parenting is hard work. Buat sama-sama, bykkan trainings dan 'premeditated executions' makes it simpler, but never easy.


Monday, June 6, 2022

This is Goodbye... 

 



1. Innalillahiwaiinnailaihirajiun...Dukacita dimaklumkan, Appa sudah tiada. 


2. Few days back, beliau masuk ward. Sepatutnya hari ini keluar. Semalam kami rush balik kampung, ada emergency, family matters. Call clinic, tolong extend staycation. 


3. Hari ini, doctor called. Appa telah tiada. To make it more sad, tak boleh nak uruskan the burial process sebab urusan masih belum selesai. Terpaksa upah clinic utk uruskan. 


For a moment, I felt empty...

Perbezaan dan Persamaan 

 



1. Appa sakit lagi. Bangun jam 530 semalam, rasa pelik, kenapa takda makhluk berbulu yang datang. Cari-cari, beliau tgh terbaring. 


2. Bawa ke klinik. Doktor cakap mungkin sebab batu karang sebelum ni tak fully resolved. Itu yang tak boleh kencing tu. Lepas tu, beliau dah ada infection,  so dah demam. Utk rawatan lanjut, aku request utk warded Appa. 


3. Masa balik, jumpa dgn jiran akak dan brother ni. Akak tu tanya, apa jadi. Aku cite bla-bla, yada-yada. Akak tu cakap, owh, kesiannya, mesti beliau sakit, takut. Anak-anak mesti sedih sebab kawan (refer to Appa) dah takde kat rumah utk beberapa hari. 

4. Brother tu tanya sepatah, "berapa habis?" "Bertabahlah, insyaAllah ada rezeki kot lain". Ameen! 


5. Nampak tak beza laki dan perempuan. Dua-dua care and concern pasal sesuatu, tetapi cara yg berbeza. Kalau kami tak sayang, kami tak hantar ke klinik tau. Balik kerja naik motor, kene hujan, tak sempat tukar baju, bawa ke klinik. Pejam mata, bayar je (God bless who created credit card). Lol. 


Janganlah dibandingkan antara bulan dan bintang, kedua-duanya bulat, eh, memberi cahaya tetapi waktu yang berbeza. 


May Allah ease everything for us, ameen.


 Si Bongsu

 



1. Hidup sebagai anak drp geng bongsu ni, cabaran dia lain sikit drp golongan sulung. 


2. Hidup mereka dikala parents meniti usia senja, yang mana tenaga telah tiada, dengan seribu satu penyakit. 


3. Mereka dibayangi dengan kisah-kisah silam abang dan kakak mereka. Kadangkala jadi pedoman, kadangkala jadi bebanan. 


4. Sebab faktor usia dan kesihatan, mereka kurang mendengar bebelan parents, dan kurang juga mendapat 'buah keras tangan' parents. Tapi asbab itu juga, tidak merasa manisnya zaman parents bertenaga. 


5. Dikala abang dan kakak menguruskan keluarga masing-masing, mereka sibuk menguruskan urusan sakit demam parents. Kalau uruskan budak yg sakit cabaran dia dah lain mcm, apatah lagi nak uruskan orang tua yg sakit. 


6. Sepanjang kehidupan mereka, mereka bimbang kalau dapat kerja jauh sebab parents tak sihat. 


Bagi mewakili persatuan abang kakak sulung, kami memohon maaf dan mengucapkan terima kasih. Semoga Allah memberkati hidup anda, dilimpahkan hidup anda dengan rezeki dan kesihatan yang baik.


About Me

My photo
"Kadang-kadang, aku rasakan hidup aku terlalu menarik, sehinggakan bila masa berlalu, ingin saja aku kembali"