The Unpredictable Life

The Unpredictable Life
Indah~

Friday, June 10, 2022

Sembang Fakta




1. Dulu, ada sorang mamat ni, dah slightly tua, middle age, orang kampung panggil dia penglipur lara. 


2. Sebabnya, dia sembang/cakap pasal pelbagai benda yang 'mcm tak masuk akal'. Ramai orang gelakkan beliau dan beliau hanya tersengih sambil terus bercakap. So that was told to me by the people about him. 


3. Later, waktu tu around 2011, aku baru lagi start kerja. Waktu tu, internet was not a big thing and easily accessible mcm sekarang, especially mcm kat kampung aku. 


4. Waktu dlm kumpulan, aku ada sekali, dia cakap gas masak tu sebenarnya takde bau, tapi company inject 'gas kentut' utk keselamatan. Golongan belia remaja ketawa dan gelakkan beliau, cakap 

"Dia dah 'start' dah... "

Aku cakap, not technically accurate, tapi dia cakap betul! 


5. Dia cakap lagi, dlm tayar kereta atau motor ada besi, company letak utk keselamatan pemanduan. Belia remaja sambung gelakkan dia. Again, aku cakap, not that accurate tapi dia sememangnya cakap betul. Lepas tu, ada lagi byk benda yg dia cakap, sememangnya betul, dan ada antara benda yg dia cakap, aku tak tau pun, dan later bila aku balik office, aku check, dia mmg betul. 


6. Aku punya summary pasal beliau ni adalah, dia sememangnya knowledgeable. Kira mcm Mr Google dekat kampung. Mungkin beliau rajin membaca, atau beliau belajar melalui pengalaman hidup. 


7. Tapi yang lebih mengagumkan adalah, beliau sgt beradab dan beretika. Dia tak pernah nak marah bilamana bagitau sesuatu ilmu, tapi tak dihargai oleh golongan belia remaja. Bahkan terus menerus berkongsi ilmu tanpa segan dan silu. 


Semoga Allah memberkati dan memuliakan dia, ameen.

No comments:

Post a Comment

About Me

My photo
"Kadang-kadang, aku rasakan hidup aku terlalu menarik, sehinggakan bila masa berlalu, ingin saja aku kembali"