The Unpredictable Life

The Unpredictable Life
Indah~

Friday, February 25, 2011

~Bukan kesudahan...

Suka membaca, mengambil tahu akan sesuatu...
biarpun tidak penting, namun penting untuk diri ini...

Namun, apabila tidak lagi berupaya membaca...
Membuatkan hati sedikit sedih...
Namun, dunia belum berakhir...

Mungkin sesuatu yang berlaku bersebab...
Yang mana sebab tiada siapa yang tahu melainkanNya...


~Sesungguhnya...kamu begitu istimewa buatku...
Tidak tahu apa alasannya...
Namun, syukur ke hadratnya...Allah memisahkan kita...dengan pelbagai cara...
Kerana Allah tahu apa yang lebih penting buat masa ini...
Sayang kembali pudar~ Sedih...tapi...
Alhamdulillah~Allah Maha Mengetahui...

Wednesday, February 16, 2011

Kebanggaan~

Salam, apa cerita di rumah?

Tiada apa-apa yang menarik, semua macam biasa sahaja, si Aiman dah bersedia untuk ke SMACH. Hanani ke Kuala Lumpur, katanya ada kursus. Si Firdaus dan Fakhruldin dah ke Universiti masing-masing,

Oh, ya ke...

Owh, sekarang ini, mak ada pekerjaan baru!,

Kerja apa pula?

Mak sekarang menoreh getah, ada orang upah menoreh getah, jadi, apa-apa hasil yang dapat nanti akan di bahagi dua. Sekurang-kurangnya dalam seminggu itu dapatlah, kalau tak banyak, sedikit,..

Daripada nada percakapannya, terbit kebanggaan! Kepuasan! Suatu yang tidak dapat digambarkan, mungkin bangga kerana dapat membantu suami untuk menyara anak-anak. Aku terkelu, tidak berkata-apa, tidak tahu untuk berkata apa, terbit keresahan dan syahdu di hati, namun aku anggukkan jua apa sahaja yang disampaikan...


Ooo, ya ke. Hati-hatilah nanti, takut ada bahaya, manalah tahu ular, tebuan dan perompak. Kita mana tahu semua itukan,..

Aku cuba bersahaja dan mengingatkan...

Alahai, macam tak biasa pula, jangan bimbang, ramai yang menoreh di sini, jadi, kalau turun pukul 10 pagi, balik pukul 12 tengah hari, sepatutnya tiada apa-apa, kalau dah takdir, beringat macam mana pun, jadi juga....

2 jam bergelumang dengan nyamuk dan bau, agaknya apalah sangat nak di bandingkan kelaparan anak-anak di universiti, memerlukan duit untuk membayar yuran dan makanan, membayar yuran anak ke asrama...

Hati kembali sayu~

Sunday, February 6, 2011

Sempadan~

Nun jauh di sana,
Dalam kehidupan yang luas,
Kelibat banyak garisan sempadan,
Banyak yang telah ku terlangkah,
Setiap kali terlangkah,
Pasti diri ku rebah~


Ada kala, aku tahu sempadan itu tidak patut aku lalui,
Namun apa yang ada di seberang nampak terlalu manis,
Sehinggakan bahana itu cuba aku tanggung,
Namun apa yang berlaku,
Ia tidaklah semanis di sangka,
Dan bahana itu menimpa...

Namun,
Syukur Alhamdulillah...Matlamat aku kembali kelihatan,
Bukan Fatamorgana lagi...
Sempadan mengajar dan menyedarkan aku,
Akan siapa diriku,
Mana mungkin aku terus mendambakan angan,
Bahana membawa aku pulang~
Alhamdulillah...Alhamdulillah...Alhamdulillah~
Yang Maha Pencipta menyedarkan aku!

Aku tidak berjanji untuk tidak mengulangi kesilapan,
Namun aku berjanji tidak dengan orang yang sama~

Thursday, February 3, 2011

Mimpi ini~

Sedang menaiki sebuah kereta, yang mana kami seramai 5 orang,
Abah, Mama, Aiman, Fatihah, dan aku.
Sewaktu di selekoh, kereta seakan-akan semakin laju...

Semua orang berkata;
"Kenapa makin laju? Belok ke kiri!"

Kelihatan pemandu seolah-olah terpaku, terkaku! Daripada riak wajahnya, dia seolah-olah mahu belok ke kiri, namun pergerakkan nya terbatas, lidahnya kelu. Kereta terpaksa di hentikan secara paksa, 2 penumpang di keluarkan dan dibiarkan berjalan di bahu jalan...

Giliran aku memandu... Aiman berkata;
"Dia memang selalu begitu, seolah-olah tidak tahu berfikir dan bertindak seperti hilang akal"

"Kami di rumah ini seperti tiada harga, tidak pernah bercakap, dan selalu dimarahi", tambah Fatihah...


Air mata mula mengalir, terdengar sendu tangisannya...Semakin lama, semakin kuat...

"Percayalah, dia dulu tidak begitu... tidak di nafikan...dia memang garang, tapi dia baik, dia peramah, dan dia mithali dengan aku suatu ketika dahulu...Aku, abangmu dan kakakmu selalu bermain dengannya, bergurau-senda, bergelak ketawa, dia kawan kami..."

Aku menambah lagi;
"Apa yang berlaku sekarang adalah sangat berlainan dengan dulu...aku bersimpati dengan kamu...Hakikat yang ada adalah...dia sudah mati! Jasadnya masih di sini...tapi mindanya telah pergi...Aku percaya itu bukan pilihannya...tapi semuanya berlaku...telah berlaku...Tekanan darah tinggi, terlampau tinggi memberikan impak besar pada mindanya, telah membunuh mindanya sekaligus membunuh dirinya, jadi apa yang ada, apa yang kalian nampak adalah jasad yang masih tertinggal",

"Aku kasihan dengan kalian semua, tidak mendapat apa yang aku dapat sewaktu dahulu... Banyakkan berdoa dan bersabar, mungkin Allah akan mengembalikan apa yang telah hilang, ataupun mungkin Allah menjanjikan sesuatu yang lebih baik untuk kalian berdua di masa hadapan"...

Aku bangkit...tersedar dari perjalanan itu dengan suara Azan Asar daripada laptopku...Bantalku basah...esakkan ku masih belum berhenti... Aku terkaku seketika... Apakah ini benar-benar berlaku... Perlahan-lahan aku kembali ke realiti~

Tuesday, February 1, 2011

Katakanlah Salji~



Salji berwarna putih, kelihatan sangat cantik,
Hati ini tenang melihat salji, terasa ingin bersama salji,
Dengan beraninya aku melangkah keluar untuk bersama salji,
Namun...
Sangat sejuk, mana bisa aku tahan salji ini,
Dengan sedih dan hiba, aku melangkah kembali pulang,
Mungkin satu hari nanti,
Apabila baju aku sudah cukup tebal,
Aku akan mencari salji kembali,
Sekarang ini, seolah-olah mencari masalah,
Tapi, jikalau salji sudah tiada,
baik berlalu pergi mahupun di ambil zaman,
selamat tinggal salji~
Mungkin hujan dan panas lebih sesuai untuk aku.

~Ya Allah,
Solat amatlah penting, aku berusaha untuk tidak meninggalkan solat,
sedangkan Muhammad S.A.W berjumpa denganMu untuk solat ini,
Semoga Allah membantu aku dalam menunaikan amanat ini,

Ya Allah, aku tidak pernah meninggalkan solat,
dan aku berazam tidak akan cuba untuk meninggalkan solat,
Ya Allah, kurniakanlah pada aku,
Seorang isteri yang tidak pernah meninggalkan solatnya,
Kurniakanlah aku zuriat yang tidak meninggalkan solat~

Ya Allah, aku inginkan isteri yang dapat membantu daku membimbing zuriatku,
Meniti kehidupan dunia dengan rahmat Mu~




About Me

My photo
"Kadang-kadang, aku rasakan hidup aku terlalu menarik, sehinggakan bila masa berlalu, ingin saja aku kembali"