The Unpredictable Life

The Unpredictable Life
Indah~

Monday, February 14, 2022

Cerita Dongeng…




1. Awal-awal kerja dulu, ada a few things yang ‘kurang pandai’ pernah aku buat. Terlebih excited.

2. Ada satu tahun tu, aku officially berpindah ke sebuah bangunan/pejabat baru. Punyalah excited dengan tempat baru, aku cerita dekat abah aku. Waktu tu dia dah start sakit, tapi masih boleh cakap lagi walaupun kadang-kadang ingat tak ingat.

3. Kebetulan waktu tu weekends, abah aku ada stay dengan aku. Aku bawa abah aku pergi ambil gambar depan pintu pagar pejabat. Waktu tu, dia dah tak berapa boleh jalan. Tapi dia layan je.

4. Rasa tak puas, aku pergi cakap dengan polis bantuan, boleh tak saya nak masuk pusing-pusing dekat area kawasan ni. Polis tu garu kepala. Dia cakap, tak boleh masuk cik, kecuali staffs je. Orang luar tak boleh. Sedikit kecewa, aku akur je la. Berjalan masuk balik dlm kereta.

5. Kebetulan ada senior officer terdengar perbualan kami. Dia tengok aku, abah aku dan kereta. Dia pun cakap, bawalah abah awak masuk. Buat satu pusingan je, tapi jangan turun. Scan kad kerja tu.

6. Aku punyalah excited, senyum sampai ke telinga. Sambil pusing kereta, aku tunjuk ni la bangunan, bla-bla, yada-yada. Abah aku tengok sambil mendongak kepala. Senyum je dia. Walaupun aku tahu esok confirm dia akan lupa balik.

7. Setelah sekian lama, abah aku pun dah takde, aku terkenang balik, kenapalah aku buat mcm tu dulu, lol. Mesti polis tu pun pelik, ada jugak orang mcm ni ye. Tapi, deep in my heart, rasa bangga boleh tunjuk tempat kerja pada ayah aku. Lol!

Disclaimer: I can neither confirm nor deny on the story above.

No comments:

Post a Comment

About Me

My photo
"Kadang-kadang, aku rasakan hidup aku terlalu menarik, sehinggakan bila masa berlalu, ingin saja aku kembali"