The Unpredictable Life

The Unpredictable Life
Indah~

Saturday, May 7, 2022

Sampai Bila

 



Sampai Bila 


1. Buli boleh terjadi disekolah, ditempat kerja, hatta dalam keluarga dikalangan adik beradik atau saudara mara. Ia boleh terjadi bila mana ada gap umur, hatta dikalangan sebaya sekalipun. By definition,  buli adalah perbuatan mengasari orang yang lemah (fizikal atau mental, atau kedua sekali) dengan tujuan utk menunjukkan kekuatan sendiri. 


2. Bahana buli ni, selain drp memberi kesan negatif kepada mangsa, juga bakal memberi kesan buruk kepada pembuli in the near future. 


3. Dunia ni adil, ada masa kita diatas, ada masa kita dibawah. Kita bermula dengan muda, ada duit dan kuat. Satu hari nanti kita tua, lemah, dan mungkin tak sesenang dahulu. 


4. Tidakkah kita terfikir, bahawa orang yg kita ejek/buli itu tidak akan selamanya lemah? Waktu mereka diatas, barulah kita tahu langit itu tinggi atau rendah. Barulah waktu itu kita meratapi pada Illahi akan kesusahan diri. 


5. Kalau ada mangsa yang berprinsip "Forgiveness is between the bullier and God. It's my job to arrange the meeting" (Man On Fire, 2004), haru hidup kita. 


6. Rasanya, tibalah masa utk kita bertindak menghentikan buli. Kalau kita pembuli, berubahlah. Kalau kita nampak kejadian buli, laporkanlah. Kalau kita penguasa, ambil tindakanlah. Takkan lah kita nak tunggu anak kita sendiri kena baru nak terngadah. 


Ingatlah, hakikat hidup sesudah mati. 


P/s: Dengarkanlah, disepanjang malam mangsa berdoa, bersujud dan lalu meminta, agar pembuli hidup merana (baca jangan nyanyi).

No comments:

Post a Comment

About Me

My photo
"Kadang-kadang, aku rasakan hidup aku terlalu menarik, sehinggakan bila masa berlalu, ingin saja aku kembali"