1. Hari ahad yg lalu, last minute, kami decided utk pergi tidoq semalam dekat satu hotel di port dickson ni. Sampai kol 5-6 pm tu.
2. Alhamdulillah, bilik besar, mengadap laut sunset, lokasi bilik pulak tgh laut. Tips nak bilik murah, amik hari ahad dan isnin. Tapi bukan itu point cerita.
3. Malam tu, layan anak-anak bergelak ketawa, sebab penat sangat, aku solat asing, isteri dan anak solat asing. Ni starting cerita ni. Selalunya, kalau aku sampai tempat baru, aku lazimi solat jemaah dan baca ayat Quran lazim. Tapi tidak mlm itu, penat sgt.
4. Pukul 130 pagi, tetiba aku mcm mamai mcm tu, aku nampak satu lembaga perempuan baju putih, cuba masuk dekat. Aku tau dia tak berniat jahat, cuma mungkin kami orang baru sampai, dia just datang nak tengok. Puas aku tahan, cakap jgn dtg, anak aku kecik-kecik lagi ni, tapi beliau tak reply apa-apa, sebaliknya, cuba dekat.
5. Sedar sedar, bini aku kejut, cakap aku mimpi cakap sorang. Tanya kenapa, aku jawab, biasalah, kita baru sampai tempat orang. Ada orang nak usik. Sebelum tidur, baca ayat Quran sikit dan doa. Dalam pukul 2, Maryam bangun xleh tido. Lupa nak cakap, bilik tu ada 2 katil besar. Satu katil kat tengah, aku, isteri dan musa. Satu katil lagi Aisyah dan Maryam.
6. Isteri suruh pindahkan anak-anak naik katil utama. Damn, lepas pindah anak-anak, sorang tak muat. Takkan aku nak letak musa tidur sorang-sorang. Lol. Aku la tu kene tidur sorang katil dekat dgn tingkap tu.
7. Sambil-sambil tidur, sambung baca doa dan ayat Quran. Masa mamai tu, aku nampak beliau meninggalkan kami sekeluarga, tanpa sepatah kata. Beliau means no harm. Sambung tidur. Bangun subuh pukul 6, isteri cakap, beliau takleh tidur sebab takut drp semalam lagi. Hahahaha...
Moral of the story, mana-mana kita pergi, jgn lupa baca doa dan ayat al Quran.

No comments:
Post a Comment