The Unpredictable Life

The Unpredictable Life
Indah~

Saturday, March 5, 2022

Different League 

 



1. Dulu, awal-awal kerja, aku satu team dengan expats PP ni. Ada 3 org senior PP, umur range 56 to 60. 


2. Satu hari, sempena TGIF, diorg berborak dan plan nak tgk wayang weekends waktu tu. Cite Amir Khan yg baru keluar waktu tu, PK. Depa suh aku check waktu tayangan. 


3. Dgn innocent nya, aku buat apa yg disuruh. Aku bagitau waktu tayangan pada depa sambil check harga sekali, utk TGV dan GSC. Lepas tu, aku cakap/suggest, tiket weekends mahal sikit, tambah pulak movie baru. Dlm rm18 per kepala tak salah aku. 


4. Dah orang tua, duk terbayang nenek dan atuk aku, aku kesian. Aku made extra efforts mtk kawan aku download kan bluray quality movie tersebut, dan pas pada depa.  Mereka senyum je, amik movie tu, cakap terima kasih. Later, aku dapat tau mereka pergi jugak tengok movie tu. Aku diam je la, sambil pikir kenapa la nak bazirkan duit tu. 


5. Byk tahun kemudian, selepas aku paham situasi, baru aku boleh rationalize kenapa/mengapa tindakan mereka tu. Mereka tu expats, dah berusia, anak-anak pun lagi tua drp aku dan masing-masing dah berkeluarga sendiri. Ada diantara mereka isteri dah meninggal. 


6. Tujuan mereka nak keluar sebenarnya lebih kepada nak bersosial dan keep them active. Agaknya, bila aku offer solusi murah illegal kepada mereka tu, mereka just ambil walaupun xguna sebab mereka nak jaga hati aku. Lagi pun, mungkin mereka tak sampai hati nak cakap, yang tiket tu mungkin mahal bagi aku, tapi bagi mereka mcm kacang je. Later, aku baru tahu rupanya gaji expats dan seniors mcm mereka, tiket tu hanyalah 0.025% gaji mereka sebulan. 


7. Manalah saya tahu. Dalam keluarga saya, paling kaya saya pernah jumpa adalah pakcik saya yang kerja dekat PPD. Tu pun cukup bulan depa selalu puasa sunat utk kemaslahatan ekonomi dan kesihatan. Kenangan dah semua tu. Mereka dah pulang ke negara asal mereka. Ada yg dah meninggal rasanya. 


P/S: Gambar from event lama, circa 1925 masihi.

No comments:

Post a Comment

About Me

My photo
"Kadang-kadang, aku rasakan hidup aku terlalu menarik, sehinggakan bila masa berlalu, ingin saja aku kembali"