The Unpredictable Life

The Unpredictable Life
Indah~

Monday, December 21, 2020

Sedekah

 Sedekah.... 


1. Seorang makcik jual nasi ayam berempah, 6.50 satu. Selalu aku gi beli dua (utk Aisyah sekali) sebab malas nak masak. Makcik ni baik, senyum xputus. Ada sekali tu isteri aku ada sekali, so aku tapau 3. Hulur 20, baki diberi 2, seraya berkata hari ni rezeki makcik murah, makcik bagi hadiah pada adik. 


2. Ada satu kes, aku panggil orang pasang kabinet dekat rumah. Aku biar diorg berkerja, manakala aku mengadap logs yang tak pernah habis. Aisyah dan Maryam berlari sambil bermain. Selesai kerja, seorang perkerja bagi duit 10 seorang pada anak-anak. Aku kaget...dia berkata, buat baik dengan budak sunnah nabi. Terpana aku! 


3. Ada makcik jual nangka madu tepi jalan bukit antarabangsa. Ada satu waktu tu, hujan, aku berhenti, tgh kalut cari payung, makcik tu redah hujan datang tanya nak beli apa. Amik order, terus gi amik barang patah balik. Makcik dah biasa dengan hujan nak... 


"Mereka itu adalah golongan yang berkasih-sayang kerana Allah tanpa ada pertalian persaudaraan antara mereka dan bukan kerana harta-benda. Demi Allah, muka-muka mereka adalah "cahaya" dan mereka berada di atas "cahaya". Mereka tidak takut meskipun manusia lain berasa takut, dan tidak bersedih ketika orang lain bersedih..." quoted. 


"Ketahuilah sesungguhnya penolong-penolong agama Allah S.W.T itu, mereka tidak takut dan tidak bersedih (surah Yunuus Ayat 62)"



No comments:

Post a Comment

About Me

My photo
"Kadang-kadang, aku rasakan hidup aku terlalu menarik, sehinggakan bila masa berlalu, ingin saja aku kembali"