The Unpredictable Life

The Unpredictable Life
Indah~

Wednesday, November 6, 2019

Cuti Itu Bukan Milikku



1. Tadi called mak, mak sedih cakap dah lama xbalik kampung. Bibit-bibit kesedihan merungkai, rasa macam anak derhaka pon ada.

2. Bila fikir balik, dalam dunia ni mmg xboleh nak kejar serentak; masa, duit, kesihatan dan keluarga.

3. Kerja aku ni, cuti setahun dapat 15 hari. Last time aku check, since January sampai November ni, dah lebih separuh aku cuti sebab anak-anak sakit.

4. Kampung laki-bini dua-dua kat Kelantan. Perjalanan 1-way makan masa 6 to 7 jam. Balik baru nak panas punggung dekat satu rumah, dah kene ke rumah satu lagi, sedar sedar dah kene balik KL. Total minimum 4-hari!!!

5. Since wife eden doktor, banyak hari dia kene kerja weekends, so xsemua weekends boleh balik. Den pulak, ada certain weekends kene pergi sites, ada certain weekends kene g aktiviti sekolah anak-anak. Ni tak sambung study lagi ni, kalau sambung, hummmmm... terpikir macam mana laki bini yang kerja doktor, sambung study, kampung sebelah-sebelah, tapi 7jam perjalanan pulang, agak agak kategori 'anak neraka' terus la gamaknya, dah xnyempat balik.

6. Katakan, kalau aku x kawen lagi, xkerja dan duduk rumah, mmg la sepanjang masa duk rumah. Tapi, rasanya jadi biawak hidup aku ni. Minda yang statik akan merosakkan tubuh!

7. So, apa kesudahannya? Jom kita summarizekan;
I don't regret on things yg dah berlaku. No matter what, masalah mmg senantiasa ada.
You do best what you can do, xsempat tolong physical, tolong dari segi lain. Hatta seekor katak membawa air dalam mulut utk padamkan api dalam kisah Nabi Ibrahim.
Apa apa komen, ambil positif dan ubah apa yang patut. Kalau xboleh ubah, xpayah.

P/s: Rezeki orang berkahwin, xberkahwin, ada anak, xde anak, ada kerja, xde kerja, lain-lain semuanya.


No comments:

Post a Comment

About Me

My photo
"Kadang-kadang, aku rasakan hidup aku terlalu menarik, sehinggakan bila masa berlalu, ingin saja aku kembali"