1. Wabak tengah menular. Semahunya xnak keluar tanpa sebab menjadikan keadaan makin teruk.
2. Cuma duduk terperuk WFH ni byk kesan negative. Tekanan datang daripada pelbagai sudut; mental dan fizikal.
3. Rasa stress, tapi xboleh nak keluar exercise sebab ada dua anak kecil. Rasa zalim pada anak-anak sebab xboleh nak bagi makan proper (selalunya main tibai je apa yang segera), xboleh nak main dan layan anak-anak. Fitrah budak ni bermain dan bertanya tentang alam sekeliling, diulang-ulang.
4. Diri sendiri pun dah tak berapa sihat. Tak boleh nak focus kerja straight mcm sebelum ni. Faktor kejar masa menambahkan hiruk-pikuk suasana. Daya tumpuan merosot teruk.
5. Itu kesan pada yang dewasa, pada anak-anak siapa yang tahu? Mereka tak pandai meluahkan seperti kita. Acap kali kedengaran Aisyah cakap dia stress dan buntu (aku rasa dia copied ayat aku masa cakap pada isteri). Maryam pula, tengah main-main, tetiba dia baling barang. Protest maybe? Wallahu’lam.
6. Bila nak habis Ya Allah…
P/s: Masih menunggu wakil datang bagi harta RM100k yang aku tak tuntut sebelum ni…
Fajarimi
Anak Orang Kaya Terbuang


No comments:
Post a Comment