1. Hidup dengan isteri ni, ada je topik yang dia bangkitkan utk diskusi.
2. Topik malam ni; Kenapa aku jarang say 'I love you".
3. Aku cakap, aku selalu jugak cakap ILY, pada anak-anak, pada isteri, pada Appa. Kalau compare dengan lelaki lain yang kita kenal, aku ni kategori kerap la jugak.
Dia balas, aku hanya cakap bila dia/anak wish dulu.
4. Aku cakap pulak, lelaki ni lazimnya say ILY melalui perbuatan atau percakapan tersirat. Ucapan setiap pagi sewaktu isteri nak pergi kerja, 'Hati-hati drive!', 'Minyak kereta dah isi?', 'Anak kunci, jam, telefon, tag nama, laptop dah bawak nak ke tempat kerja tu?' That wishes lagi meaningful, bahkan membawa maksud ILY lagi dalam. Dia replied, Tak sama!
5. Aku tambah lagi, kadang-kadang takut nak wish ILY tanpa henti ni. Lupakah anda pada ayat;
“Apakah manusia mengira bahawa mereka akan dibiarkan mengatakan: Kami telah beriman, sedang mereka belum diuji?”
Al-Ankabut:2-3.
Xpasti aku menang argument ke tak, tapi waktu bukak puasa tadi diam seribu bahasa, lol!
Sorry....


No comments:
Post a Comment