Thursday, June 4, 2020
Beli laptop...
1. Adik aku nak beli laptop. Laptop lama rosak. Bagi rakyat marhaen, process nak beli laptop is not that straight forward.
2. First, dia bagi tau mak nak beli laptop. Lepas tu mak bagi tau adik-beradik lain bahawa adik bongsu nak beli laptop, ada drama air mata sikit berkenaan budget, pilihan laptop dan sebagainya.
3. Kemudian, adik-beradik yang lain mesyuarat sesama mereka. Benda pertama yang di bincangkan adalah, process nak tong-tong duit. Selesai bab ni, seterusnya adalah process mencari laptop. Beberapa calon dipilih untuk tujuan tersebut.
4. Memilih laptop pon ada strata dia. First kene cari yang sekufu, dah course engineering, kene cari yang ada graphic card, ram dan processor tertentu. Cari yang terlampau bawah nanti merana sewaktu berkerja, cari yang terlampau power nnt budgeting issue dan underutilised...
5. Agak agak dah berkenan subject, proposed pada tuan kedai. Tanya lagi, takut ada terlepas pandang, takut boleh lagi tuan kedai bagi apa apa yang patut, upgrade ke, potongan harga ke, pesanan merbahaya yang tentang laptop yang kita tak tahu.
6. Lepas semua setuju, tinggal nak bayar. Boleh pulak tetiba adik called cakap, "eh, eh, eh, nanti jap, ada lagi calon yang seems better, specs lagi tinggi tapi harga slightly mahal".
Cara dia adalah, ingatkan balik apa tujuan asal beli laptop. Kalau overspecs, overspends, xbahagia jugak nnt. Then, barulah kembali ke pangkal jalan.
7. Mcm tu la jugak process nak kahwin ni. Kalau main langgar je (main beli je), nnt ada sedikit masalah, terus xleh handle, sebab begin with on a very weak foundation.
Dah, sekian, nasihat pagi utk orang muda. Selamat beramal.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
About Me
- fajarimi
- "Kadang-kadang, aku rasakan hidup aku terlalu menarik, sehinggakan bila masa berlalu, ingin saja aku kembali"

No comments:
Post a Comment