The Unpredictable Life

The Unpredictable Life
Indah~

Thursday, June 4, 2020

Bahagia yang Tersembunyi 



1. Geng prsb ni, hari jumaat makan di food court dekat uniten. Makanan sedap, harga murah, paling penting jarak dekat dengan masjid.

2. Ada sekali tu, meja penuh, aku main taram je duduk dengan sekumpulan brothers ni. Kami bersuai kenal. Alkisahnya, diorang kerja felda, office belakang prsb. Since diorg ramai, byk soalan mereka tanya aku dan aku layan je jawab setakat aku tahu.

3. Antara points mereka, untung kerja oil and gas ni, petronas pulak tu...gaji mahal. Bahagia hidup. Itu kata mereka la... aku cuba explain few things sesimple mungkin, sambil senyum, maklumla, azan lagi 10 minute.

4. Selesai makan, aku solat. Sebelum masuk office balik, aku muhasabah diri. Bahagiakah kami (aku)?

5. Masa form 5, hidup penuh tekanan. Dengan study dan latihan, sebab nak score spm. Setiap hari, bermula Jan sampai bulan spm, aku tidur tepat 1115 malam, bangun pukul 5am. Nak dijadikan cite, spm lepas raya. Banyak masa cuti balik kampung, aku spent masa study dan buat latihan.

6. Dekat kmb, lagi horrible gila. Dah la di momokkan dengan cost IB yg mahal, kalau xlepas kene bayar balik berserta pakej malu, bahasa inggeris aku personally waktu tu mcm harem, walhal 90% komunikasi disekolah adalah bahasa inggeris. Byk masa weekends, even cuti, xbalik kampung, spent dekat asrama membaca buku.

7. Dekat uni, dengan puasa dan raya di perantauan. Parents eksiden xboleh balik. Kalau sekarang majority kita sedih sebab raya tahun ni xboleh balik sebab mco, aku telah melaluinya sejak 2008 lagi. Lagi teruk sebab ada masa xleh g solat raya sebab clashed dengan kelas dan quizzes. Melayu waktu tu ada la 6 to 7 kerat. Lepas abis uni, kahwin pulak dengan doktor. So, raya mmg xbalik sebab isteri kene kerja.

8. Zaman kerja pon sama je. Sebab nak kekalkan quality pekerja, kami diwajibkan exams (acd) setiap tahun. Dia punya feeling dan penat, setiap kali exam, mcm nak mati, tapi setiap tahun. Setiap kali harga minyak drop, tidur malam xlena, sebab duk fikir esok ada kerja ke tak? Sepanjang 9 tahun berkerja ni, dah byk kali aku terpaksa mengucapkan perpisahan pada rakan-rakan yang kehilangan kerja, sambil berdoa keselamatan kerja sendiri.

9. Jom patah balik pada soalan, bahagia kah kami?
Xde jawapan actually, kerja mana mana pun, ada baik dan buruk tersendiri. Ada yang kene berkorban, ada yang kita enjoy. Itulah yang Allah jadikan sebagai ujian dalam dunia ni.

And the worldly life is not but amusement and diversion; but the home of the Hereafter is best for those who fear Allah, so will you not reason? (6:32)

P/s: bak kata member arab aku dulu, kalau kerja semata mata nak kaya dan duit, baik kau jadi pelacur.
Tapi aku lelaki!
Err, then you can sell drugs.
Point noted my friend, jawab aku.

No comments:

Post a Comment

About Me

My photo
"Kadang-kadang, aku rasakan hidup aku terlalu menarik, sehinggakan bila masa berlalu, ingin saja aku kembali"