1. Balik kampung kejap. Tengok mak dan abah. Sekadar mencemar duli, balik sekejap sgt. Balik aim beli barang sikit utk mak, settelkan hal saman motor adik aku (kureng asem punya adik~ lol).
2. Masa dekat rumah mertua, nampak bapak mertua aku duk tenung ikan, sambil main cucu. Sedar tak sedar, umur beliau dah 60 lebih. Alhamdulillah, masih sihat, gaya orang tua la. Yang penting, boleh bawa berborak dan masih boleh kejar Maryam dan Aisyah.
3. Borak dengan isteri...tajuk topik kesihatan. Ikut pemerhatian, put aside gaya pemakanan, gaya hidup sangat memainkan peranan dalam kesihatan. Ikut pemerhatian, kalau dekat pejabat, manusia yg selalu jerit, maki hamun dan sumpah seranah, ditimpa pelbagai penyakit hampir nak mati, walaupun umur baru 40 to 50-an (regardless ramai defend kata hati baik).
4. Geng geng yang xbanyak argue, boleh control emosi dengan baik, dengan izin Allah masih sehat. Bahkan, wajah nampak berseri walaupun umur 60an...Bahkan, geng geng ni la yang kami orang muda cuba approach bila mana ada masalah teknikal...analogi pada cucu main dengan atuk.
5. Waktu melantak satay dengan bapak mertua, waktu mak mertua dan isteri tengah bergosip dalam bilik, waktu Aisyah dan Maryam tengah main dengan lembu dan arnab, bapak mertua cakap dalam hidup ni, kene belajar forgive and forget. Jangan besarkan benda kecil. Simple!
P/s: tgh tgh LPT, ada satu tempat ladang kelapa sawit nama dia New Zealand. Waktu pagi mmg mcm oversea dah dah....

No comments:
Post a Comment